<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Setahun

Sudah hampir setahun,aku tidak memegang bidai canvas dan bebatang berus.Kesibukan dengan hal-hal kerja,dan kesempatan waktu yang semakin terhad.Membuatkan aku sudah amat terleka diri~dengan minat dan hobi baru.Sekarang aku lagi senang menghabiskan masa dengan memegang Kamera.Hasil kerja foto,menjamin satu karya terbaik berbanding lukisan.Kamera memberikan kebebasan expresi diri tanpa batasan.Jadi tidak hairanlah.Jika selama setahun ini~Kamera adalah teman paling agung,untuk aku puja.

Ada masa,memang aku rindu untuk dikotori dengan warna.Tapi,detik masa terlalu cemburu~untuk memberi aku ruang.Jika ada masa sekalipun,aku lebih prihatin untuk melakar-lakar di dalam buku journal.Itu sahaja,pengubat rindu untuk aku berkarya.Masa kehidupan aku,semakin pantas ligat mengejar putaran.Hujung minggu saja,aku sudah kesibukan dengan kerja yang tak kenal kesudahan.Balik rumah,aku sudah kepenatan.Jarum jam tepat ke angka 1 atau 2pagi,baru aku dapat masuk tidur dan lena.Tiada lagi,rutin keseronokan untuk duduk berjam-jam~mewarna dan mengulit berus pada canvas.Apakah impian aku,untuk menjadi seorang pelukis sudah menjadi pudar ?.Aku sudah tak mempunyai jawapan untuk persoalan sebegitu.

Sehinggalah,aku menjumpai buku ini.Aku menyelak muka demi surat.Aku mengeja setiap perkataan dan tanda baca.Habis membaca,kesedaran aku 'terjaga'.Dan seolah diberi tamparan hebat.Aku tersedar dari lamunan sesat.Selama setahun ini,hidup aku berlalu~tanpa mencukupi makna kehidupan.Jauh di sudut hati.Aku terfikir-fikir,mungkin aku memerlukan sebuah 'pulau perlindungan' yang baru ?.Satu tempat dimana aku tak di ganggu ataupun menganggu.Aku sudah tak betah,untuk tinggal di Kota.Kesibukan dan kesesakan,tak lagi memberi apa-apa inspirasi.Aku sudah bosan.Berputar-putar pada sejarah kehidupan,yang sama dan berulang-ulang.Aku mahu nafas yang baru.Tahun hadapan,mungkin masa  paling tepat.Untuk aku membina dunia semula~dan mencari teman-teman baru.Kasut di kaki ini,sudah terlalu dahagakan sebuah pengembaraan.
Moga aku akan terjumpa,apa yang ingin di cari.
Harap Tuhan tak tamak,dalam memberi panduan.
Kerna Aku cuma setubuh manusia yg paling lemah
~dalam memahami erti keduniaan dan mengenal diri.

“Setahun”

  1. Blogger Zamri Says:

    Sometimes we think we are good only in one thing, but in the end we can also be good in other things as well. It's what we call diversifying. :)

    Don't worry which one you can do, the things is your work is unique and SUPERB, dude! am loving all ur art.

    *jom gi restoran warisan, kuala pilah. pekena masak lemak cili padi - surely after you can rediscover ur true passion! haha.. =)

  2. Blogger MORIBAYU Says:

    zamri~Terima kasih,kerana sudi untuk suka. :-) Setiap kali me hasilkan sesuatu.Me cuma mahu berkongsi.Syukurlah,jika usaha me selama ini.Ada orang seperti kamu,yg mahu cuba fahami.

    Entahlah,semakin me tua.Semakin me keliru tentang apa yg me nak dalam hidup nieh.Yay,mungkin me sudah nyanyuk ?.Apa-apapun,moga tahun hadapan.Ada lebih banyak hari untuk gembira.

    ps:owh tidakkkkkk ! masak lemak cili padi,cuma akan membuatkan me menambahkan berat-kilo-gram ke dalam berat badan.hahahaha