<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-3355259866565760309', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Demam

Sudah hampir seminggu berlalu,sejak aku dicium dengan 'Demam Panas'.Azabnya hanya tuhan yang tahu.3 malam tak tidur,kerna dijilat sakit kepala.Ditambah kenaikan suhu badan yang mencanak-canak hangat.Masuk hari ke-5,aku gagahkan diri ke kedai gunting rambut.Terlalu rimas sudah dengan rambut panjang,kala otak berdenyut-denyut minta diberi ruang.Sudah lama aku tidak demam seteruk ini.Syukur aku tak mengalami masalah untuk duduk makan.Walau tekak dan lidah,telah payau seperti jadam.Namun selera untuk makan itu tak lah hilang tanpa dikesan.
Walaupun dihambat demam,aku masih kekal mejongket sehingga ke Ipoh.Dari manalah aku mendapat semua kekuatan itu ?.Memang betul cakap orang.Bila dah jumpa kawan,sakit semua hilang.Tapi bila sakit kembali datang ? (semua kawan hilang hahahaha ).Aku boleh layan berbual di dalam kereta,sewaktu perjalanan pulang.Dan masih kekal berjaga sehingga sampai ke rumah sekitar jam 3 pagi. (Sewaktu suhu badan aku,dah cukup panas untuk merebus ketupat ).Aku tak rasa aku demam.Aku rasa aku dah nyanyuk sebenarnya.Aku dah lupa yang aku sebenarnya demam takat nak mati dah.Tapi masih ligat meronggeng ke sana-kemari.
Di dalam 2-3 bulan ini~kualiti kesihatan aku memang sangat merudum jatuh dan merosot teruk.Demam+Selsema+Migraine silih berganti,ditambah bersama bacaan BP yg turun naik macam ekonomi greece.Itu tak kira lagi berat badan,yang turun naik macam emosi Anuar Ibrahim bila disergah wartawan.Arghhhhhh...Tuhan,berikanlah aku sedikit ketenangan.Apabila Nad berkata "Kamu asyik sakit".Buatkan aku terfikir sendiri~"Orang gila saja yang tak sakit..cik nad oiiii".Aduhai,siapalah yang mahu rela hati untuk demam+sakit setiap bulan ?.Aku pun dah naik muak nak pergi ke klinik.Apatah lagi nak derma duit,untuk membayar kos ubat sahaja ?.Doktor kata~"Kamu ini kurang makan sayur lah".Aku menjawap "Errr saya cuma vegi yang murtad".(berani dia kata pemakan sayur seperti aku..kurang makan sayur ?). Ahhh mungkin doktor pun sudah bosan melayan aku.Tuduhan dia itu,cuma tekaan  saja untuk menyedapkan hati aku.
Entahlah,mungkin terlalu banyak benda yang aku fikirkan sekarang ini.Hal kerja lagi.Hal tak cukup tidur.(yups,aku ada masalah tidur sekarang).Aku boleh tidur selama sejam,dan kekal berjaga untuk 2 hari yang berikutnya.Itu tak termasuk hal emosi lagi.Ahhhhhhh aku memang terlalu kompleks untuk dikendalikan.Aku selalu terfikir.Kenapalah hidup aku tak semudah A-B-C ?.

“Demam”

  1. Blogger Aisumi Chan Kawa'i Says:

    Hidup kalau mudah tak seronoklah.. Kepayahan tu pengalaman.. Semoga kanu cepat sembuh ya? :-)

  2. Blogger Zamri A. Says:

    Rehatkan badan, rehatkan minda, jgn bnyk fikir yg bukan2. Nnt kalau minda serabut, kesihatan pun akan terjejas jgk. Get well soon Muhammad!

  3. Blogger Edzlin Says:

    Semoga cepat sembuh Megat...

  4. Blogger Muhammad Says:

    Aisumi~terima kasih,me dah henti makan ubat.lenguh pulak badan asyik tidur seharian.sekarang mula ansur-ansur untuk kurangkan bergantung pada ubat.

  5. Blogger Muhammad Says:

    Zamri~baiklah doctor,me ada di seremban sekarang.mungkin besok petang me nak jalan-jalan sekitar taman tasik seremban.tenangkan fikiran..hohoho

  6. Blogger Muhammad Says:

    Edzlin~itu sudah tentu :-) terima kasih yg edz

  7. Blogger jejaka anggun Says:

    saya baru (macam) sihat, cik me. semoga lekas sembuh.

  8. Blogger Muhammad Says:

    shaz~samalah kita,me pun demam baru nak kebah.
    kamu pun..jangan nak mejongket sangat.pi rehat cukup-cukup ya.

  9. Blogger armouris Says:

    terjumpa info ni, pasal demam…. sharing is caring :) - Cara Redakan Panas Demam Dengan Mudah