Maha-Marah-Raja
I
Aku bukan putra pilihan untuk menjadi Maha-Marah-Raja.
Setiap kali aku dimahkotakan di atas takhta mewah kebencian.
Oleh sang Iblis yang mahu melihat~Aku agung disinari pelita kebencian.
Oleh sang Iblis yang mahu melihat~Aku agung disinari pelita kebencian.
Aku akan rela mengesot turun.Melata mengemis pada gelap sunyi dan sepi.
Kerna aku hidup segar di atas ehsan belas dan kasih-sayang Allah Yang Tuhan.
Jadi kenapa aku perlu lokek dan berkedut kedekut kepada sekeping emas kemaafan ?.
II
Jika disepak dengan kemarahan~biasanya aku suka untuk diam.Kenapa ?.
Kerna membuka mulut.Hanya menambah oksigen..untuk aku terbakar hangus.
July 27, 2012 at 3:44 PM
bagi aku, lagi aku diam lagi ia hangus dan hangit. Tapi aku dah biasa bakar diri sendiri
July 30, 2012 at 11:42 AM
nurarnida~me membesar dengan gaya lama.
Jika marah...cepatlah Diam.
Jika terasa di hati..berilah sindir.
Jika tak suka..bangun beredar.
Namun terpulanglah.
terbakar atau membakar..kita cuma terlalu manusia,untuk menolak rasa.