<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-3355259866565760309', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Masa

Kesibukan dengan hal kerja.Membuatkan aku mempunyai masa yang terhad untuk menaip-naip di blog.Balik saja dari kerja,aku sudah kepenatan.Jika ada Cuti di hujung minggu pun,adakalanya habis atas urusan kerja juga.Bila lihat blog ini terbiar tanpa dijamah.Aku selalu rasa bersalah.Apatah lagi bila,ada yang bertanya kenapa aku semakin malas menaip ?.Yay sejak bilalah aku pernah rajin untuk menaip-naip ?.Aku lagi selesa untuk menaip dengan style rubaiyat.( Menulis di dalam bentuk puisi dengan 4 baris ayat ).Tapi,jika ada kesempatan memang aku akan menulis panjang lebar.( erk,tapi agak lama sudah perkara itu tak berlaku bukan ?).Apapapun~Aku memang selalu berharap,agar aku punya banyak masa dan kerajinan untuk duduk menulis macam orang lain.Terus terang cakap,aku memang cemburu dengan penulis blog-blog yang lain.Mereka yang punya kesempatan untuk membuat satu post yang panjang berjela dengan bermacam cerita dan info.Mereka boleh duduk bercerita tentang apa saja.Dan mengenai beratus-ratus perkara yang meliputi semua aspek.Yay,kenapalah aku tak sepintar dan sebertuah mereka ?.

Aku selalu rasa iri-hati pada penulis blog http://mynameisnazir.blogspot.com.Tolaklah pada isu keluangan masa.Tapi pada aku,dia sentiasa boleh hasilkan beratus post terbaik di dalam masa yang singkat.Sampaikan aku terkejar-kejar,untuk membaca setiap post yang dimuat naik di blog beliau.Hurmmm...kan bagus jika aku ada semangat sebegitu.Menaip-naip tanpa jemu.Cuma ikhlas meluahkan tulus apa yang berlaku di hati,tanpa merisaukan apa-apa.

Walaupun ada kala,aku berbeza pendapat dengan apa yg beliau tulis.Tapi,itu tetap membuka mata aku.Tentang wujudnya sudut berbeda,di dalam setiap isu.Jadi itu sangat mengajar aku,untuk tidak terlalu mementingkan diri~dan perlu sentiasa membuka minda terhadap pandangan orang lain.

Terima Kasih En Nazir.Untuk setiap sisi berbeza,yang kamu tulis untuk dibaca.

“Masa”

  1. Blogger Aj Abdullah Says:

    kalu ketawa leh batal puasa then pasti ia sedang berlaku pada aku sekarang nih. wakaka..





    hmmmmm

  2. Blogger Afeeqa Says:

    ni Megat dah buat banyak entri. kena ambil masa jugak untuk baca. lagi lah yang ayat 4 baris, perlu masa untuk memahami & menghayati. apa2 pun, semoga Megat dapat lebih banyak peluang utk menulis. fighting!

  3. Blogger Muhammad Says:

    en nazir~eerrr....simpan ketawa itu,sampai habis waktu terawikh,.

  4. Blogger Muhammad Says:

    affeeqa~hahahahahaa,terima kasih.yups,harap me punya lebih banyak masa. :-) terima kasih sebab memberikan sokongan.me sangat menghargai kata-kata awak.