<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Kerja Seharian


Semalam,sehari suntuk aku bekerja.

Seawal jam 7 pagi,aku sudah terbangun dari lena.Waktu jam sudah menunjukan jam 10:00 pagi, terus aku bersiap dengan pantas.Aku kena berada di studio tepat jam 10:30 pagi.Yayaya..tak sempat pula mahu menyiapkan sarapan.[Aduhai,perut amat terasa kosong.Tapi syukur otak aku masih mampu untuk aktif dan berkerja].Aku terus berkejar ke studio.Dalam perjalanan, tiba-tiba klien sudah call : " Di mana anda ya ". Hohohohoho...tak tahu nak jawap apa. "Owh,me nak sampai dah.Maaf kerna lambat sedikit.".Yups memang salah aku pun.Itu memang aku akui.Walaupun tadi dah elok dah bangun awal.Tetapi disebabkan aku terleka dengan kerja-kerja lain.Akhirnya, buat ku lewat sudah.Arghhh,aku benci perasaan terkejar-kejar ini.

Nasib baik traffic sepanjang perjalanan tidak terlalu teruk.Jalan amat lenggang dan lancar sungguh.Semua orang sudah bercuti raya kah ??.[ Dan aku tetap terlewat hampir 10 minit ].Masuk ke studio,terus aku setelkan apa yang patut.Team aku cuma ada 2 jam sahaja,untuk menyiapkan sesi photoshoot kali ini.Walaupun penat dan dihambat rasa lapar.Tetapi,aku tak lah terasa sangat.Sebab ini bukanlah sesi kali pertama.Sudah hampir 4 tahun,aku terlibat dengan project ini.Sekarang semuanya aku sudah rasa mudah.

Yeah..memang seronok berkerjasama dengan klien, yang kita sudah biasa.Tak lah jadi stress otak ini,untuk mencari jawapan.Masing-masing dah faham dan tahu,apa yang dimahukan.Apa yang boleh aku katakan.Hasil kerja hari ini,memang antara yang terbaik team aku telah lakukan.Tak sia-sia pecah kepala dan sakit tekak berbincang dalam menghasilkan idea.Masa terhad,item pun lagilah teramat terhad.Tapi aku rasa bangga,sebab dalam situasi kritikal pun.Team aku masih lagi,boleh duduk berbincang mencari jawapan dan keputusan yang terbaik.Walaupun,hasil kerja kami bukanlah di tahap piawaian gred A sangat.Tapi,sekurang-kurangnya kami masih tahulah juga, macam mana nak puaskan hati klien.



Syukur~semuanya terhasil mengikut rancangan.[Aku jika berkerja,aku cuma mohon.Agar semua perkara dan urusan jadi senang.Minta jauhlah semua benda-benda yang boleh meng-stresskan kepala].Syukurlah ,kerana perjalanan hidup hari ini,amat direstui dan dipermudahkan oleh-Nya.Siap segala urusan sesi photoshoot,terus laju team aku berkemas-kemas.Masih ada banyak agenda yang menanti.

Dari Shah Alam->Bandar Tun Razak->Kampung Baru>ShahAlam.Dari satu meeting ke satu meeting.Dari satu meja ke meja perbincangan yang lain.Syukur,semuanya berjalan dengan mudah.Semua yang dirangka sebelum ini,mula membayangkan keputusan.Yay,berputar-putar sahaja seharian di dalam kota.Dalam perjalanan ke destinasi yang lain.Traffic yang amat teruk selepas jam 5 petang,benar-benar buat aku terlena di dalam kereta.Owhh tuhan,hari ini memang terasa amat panjang sekali.

Hampir 3 jam tersangkut di dalam traffic.Telah berjaya membuatkan aku,tak pulang ke rumah untuk mandi.Aku terus putuskan untuk terus keluar makan malam.Masih ada baki 2 jam lagi.Namun,aku tak mahulah ambik risiko pulang ke rumah.Buatnya jalan sesak lagi??.Haru dibuatnya hidup aku hari ini.Walau meeting seterusnya jam 9 malam.Tetapi,kerana risau tak sempat on time [ Pagi tadi dah lambat,tak kan malam pun mahu lambat lagi ??].Maka aku hanya mampu lepak-lepak sahaja di restaurant.

Jam 9 malam:Terus aku berkejar ke tempat meeting yang seterusnya.Syukur,semua pihak sampai on time.Perbincangan pun bermula.Kepenatan selepas seharian berfikir,memang buat aku kering idea dan tenaga.Badan aku sahaja,yang mungkin masih di situ.Namun Akal dan minda ??.Aku pun tidak tahu, kemana sudah fikiran aku ini menerawang.Hohohoh,jauh sudah aku mengelamun.Setelah semua urusan selesai.Lewat hampir jam 12 malam,baru aku sampai ke rumah.Dalam kepala aku ini,sudah berhalusinasi tentang bantal,katil dan selimut.Hanya terfikir mahu segera melompat ke katil.Sampai ke tangga apartment.Laju kaki aku melangkah deras.Masuk ke rumah...Dengan segera,aku campak sahaja semua beg dan camera ke lantai.

dan terus tumbang~Zzzzzzzzz

“Kerja Seharian”

  1. Blogger ceksumolek's Says:

    aloloo~ cian dia.. seharian bekerja :) tp seronok kan..? duduk saj aboring pulak nnt..

  2. Blogger MORIBAYU Says:

    Seronok memang seronok.
    Tapi penatnya...Ya Allah.
    Sampai berasap otak nieh berfikir.
    hohohohoho

    :-)

  3. Blogger alhariesz Says:

    bila sume settle. hati puas. tdo pun lena...ye megat...

    hehe

    [kepuasan buat kita menghargai setiap liku & cabaran kehidupan]

  4. Blogger MORIBAYU Says:

    Alhariez-Huarghhhhhhhhhhhhhhh,mengantuknya.Me ada 2 event yang perlu diselesaikan sebelum habis hujung tahun ini.Harap semuanya berjalan dengan lancar.

    Terima kasih ya
    kerna memahami.

    :-)

  5. Blogger ♥Syamelia♥ Says:

    way 2 go megat...
    how i wish i dp join sama... tp nk wat camne kan...

    ps: 2 me, tahap kerja u adalah gred A :)

  6. Blogger MORIBAYU Says:

    Kak Amy-wah,tahap A ????.Tq tq..kan apa,me tak reti lah nak buat kerja tangkap muat sahaja.
    :P

    apa yg kita buat.
    jika tak dibayar sekalipun.
    Namun bila dibuat dengan ikhlas dan sepenuh hati.Tentulah, hasilnya mmg memuaskan.