Kosong
Fikiran aku terbazir kosong~seperti hati aku yang melohong.
Aku mula mengisi penat~dengan segala yang mampu dikutip.
Namun tak pernah cukup segala rasa terisi~Lalu aku meneriak tangis.
Di kepit siang di hentam subuh~Aku terperosok seorang tanpa kawan.
Aku letih menjadi sang badut di mata manusia.
Aku penat menjadi boneka di tangan iblis meraja.
Di kepit siang di hentam subuh~Aku terperosok seorang tanpa kawan.
Aku letih menjadi sang badut di mata manusia.
Aku penat menjadi boneka di tangan iblis meraja.
Apakah ini hukuman nyata ? Atau aku yang masih tak jaga ?.
Ujian melahirkan ujian~Karma berputar haus~Takdir mereput.
Lalu membawa aku ke daerah kecelaruan.Kiri jadi kanan~Kanan jadi kanan.
Ini bukan rumah yang mahu aku bina~Ini bukan dunia yang mahu aku diam.
Seorang tanpa diri sendiri~Aku kelana mencari erti~Mencari apa~Mencari kenapa.

Dan setiap jawapan melarikan diri~dihambat pemburu-pemburu kelaparan jawapan.
Semalam dewa cinta bersara~Hari ini aku keputusan erti dan maksud dicinta.
Hati aku mula berjelaga~Kelam membakar-bakar sumbu legam.
Bebola bintang mana pernah cukup terang~Merangkak aku tercampak.
Aduhai..dimanalah sang peneman yang mahu didambakan ?.
Aku larikan diri serata alam~cari cinta yang Tuhan pernah cipta.

Namun tak pernah aku terkesan.
Memang tak akan aku terjumpa.
Di bawah selimut malam~aku sekat air mata.
Aku tarik kelopak mata erat.Aku cengkam bibir ketat.
Jangan ada siapa mendengar~jangan ada makhluk yang tahu.
Tangis aku bermula~aku campak diri ke dalam mimpi paling suram.
Aku palu hati mengalun seribu doa.Aku carik serat kulit~adun jadi surat.
Darah ku bancuh~Air mata pekat jadi tinta.Tulang pecah aku kikis jadi pena.
Biar tertulis satu rasa~Untuk dikarang jadi kitab mudah.Menyisip segala raung.
Tubuh hancur~terkorban demi cinta yang kabur.
Roh yang kekal~menghantar nashkah ke pintu awan.
Moga bayu punya belas~Moga takdir kekal punya kasihan.
Tuhan oh tuhan~Aku cuba bersuara dalam semua cara.
Dengarlah
Dengarlah
Dengarlah
kerna yang lain sudah terpekak.~Kerna yang lain sudah terbuta.
Pada kamu yang mencipta~Yang kenal setiap sisi yang tak terisi.
Aku curahkan segala luah~Aku tumpahkan segala cerita.
Kerna aku tahu kau mendengar.
Kerna kau tahu aku akan mendendang.
Maka dengarlah sebentar~Biar saja cerita ini didengar.