<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://draft.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Laksa

Aku membesar di Selatan Semenanjung.Jadi aku hanya biasa memakan laksa style Johor ataupun Laksa Nyonya.Ini adalah kali pertama aku duduk makan dan merasa hidangan semangkuk laksa dari belah Utara.Mulanya~Aku tak tahu kenapa ada sebotol kicap di situ.Untuk dicecah makan bersama telur rebuskah ?.Sehinggalah seorang teman memberi ingatan di 'Instagram'.'Orang utara biasanya akan makan laksa bersama kicap'.~Errr betulkah ?.Ada sesiapa yang mahu menyokong fakta ini ?.Pelik sungguh bagi aku.Untuk makan laksa yang berkuahkan isi ikan bersama kicap.Bagaimanakah rasanya nanti ?.Persoalan itu aku tak jumpa pun jawapan.Setiap kali aku memesan laksa.Aku cuma makan seperti biasa.Kerna terasa sayang pula,mahu mengeruhkan kuah laksa yg sedia keruh dengan hitam pekat kicap.Biarlah~Sama ada berkuahkan kicap atau tidak.Bagi aku itu tidak pernah menjadi terlalu penting.Aku cuma mahu duduk menghirup kuah yang suam itu..dengan aman.Cukuplah biar bebutir pasir di Pantai Pasir Hitam ini saja yang berwarna kelabu kelam.

“Laksa”

  1. Blogger Zamri Says:

    Unfair. 1. Unfair becoz kamu mkn laksa yg memang buat semua org mengidam. I can feel masam2 kat tepi tekak dah ni. 2. Unfair sbb gambar kedua tu has the best storyline. Simple but has the product placement right on place. iPad on d corner, main subject on d center, the ambience that even tell d story more. Absolutely suka gambar ni. Wish i could capture the same. ~unfair~ hahaha.. :)
    *good 'unfair' btw. :D

  2. Blogger MORIBAYU Says:

    zamri~makcik laksa itu pi bubuh sotong dalam kuah dia.yippaaa rasa laut sungguh kuah laksa itu dibuatnya.
    itu yang buat me rasa sangat ke laut sungguh dibuai perasaan. hahahahah :-)

    takpa,sampai masa nanti.
    pengalaman akan mengajar kamu...bagaimana nak snap gambar dan 'bercerita'.