Hidup
Syukur~kerna pada hari ini.Aku sudah ada punya beratus sebab untuk teruskan hidup dengan rasa gembira.Pada usia 28 tahun~aku kira,aku sudah pun mempunyai sebuah kehidupan yang telah lama aku inginkan.Ada kawan-kawan rapat yang kurang dari 10 orang~Tiada beban hutang yang besar ataupun lawan.Telefon tangan yang tak pernah dipakai selama 2 tahun~dan hanya membayar caj rm10 untuk setiap 3 bulan.Aku masih mahu~hidup bersederhana seperti yang telah ibu-bapa aku ajarkan~Dengan memiliki sepasang selipar untuk ke semua tempat-Sepasang kasut untuk semua majlis dan acara.Dan yang paling penting sekali~Aku akan usaha untuk pergi kemana saja.Yang aku terasa mahu dan mampu untuk jejaki.Hidup ini terlalu pendek dan pantas,untuk tidak dihiraukan.Jadi untuk setiap detik yang menitik~Untuk setiap saat yang sejat.Aku hanya mahukan yang terbaik untuk semua.Selepas melihat kepada semua aspek ini.Memandang tenung pada setiap babak jatuh bangun.Aku telah mempelajari satu perkara penting~tentang kehidupan yang telah aku lalui.~
Ianya bukanlah tentang menjadikan diri kamu teramat hebat~
Tetapi bagaimana membina apa yang kamu rasa sempurna.
August 15, 2012 at 11:02 AM
inspiring
August 16, 2012 at 12:04 PM
abir~ :-) sudah tentu kamu juga,boleh memberi inspirasi.
August 17, 2012 at 3:25 PM
love this. live your life.
August 17, 2012 at 7:20 PM
Amir~yups,live your life...sampai ke tahap yang kamu mampu dan mahu.