<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Syurga Kecil~Hotel Puri Melaka.

Entah mengapa,ketika mahu menghabiskan cuti di Melaka.Aku teringin sekali bermalam di sekitar kawasan Bandar Lama.Aku memang tahu,yang di sekitar Jonker Street memang ada banyak hotel-hotel murah yang boleh dipilih.Ada diantaranya,adalah bangunan kedai lama,yang telah di tukar menjadi hotel.Dengan harga kos penginapan yang amat murah.Aku terus buat keputusan,untuk bercuti selama 3 hari 2 malam di sini.Jadi,ketika mencari-cari senarai nama hotel di Melaka.Aku cuma menaip kata kunci "Hotel Di Melaka ".Kata carian yang pertama,terus memberi aku sebuah nama yang teramatlah unik sekali.Iaitu Hotel Puri.*Terus minda aku teringat-ingat,pada tomato puri.Yang orang selalu guna,untuk buat kuah spegetos.

Jadi,aku terus mencari lebih info tentang lokasi dan Servis yang ada.Kali pertama melihat gambar ruang hotel,dari laman web rasmi.Aku terus jatuh cinta.Bagi aku,hotel ini sangat-sangat unik.Sangat berbeza sekali rupanya,dari hotel-hotel lain~yang pernah aku menginap.Lagipun,aku pun sudah lama berhajat.Mahu menginap di hotel,yang lokasinya dekat dengan Bandar Hilir.Senanglah,jika aku mahu berpusing-pusing mengambil gambar.Di Melaka,terutamanya di Bandar Hilir.Lokasi sejarahnya amatlah dekat dan berhampiran diantara satu sama lain.Jadi,jika aku dapat menginap di Bandar lama.Senanglah aku mahu berjalan-jalan kesana-kemari.

Hotel ini adalah sebuah Butik Hotel.Terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock.Malah lokasinya betul-betul,berhadapan dengan Rumah Agam milik keluarga Tun Tan Cheng Lock.Yay,aku rasa amat pelik sekali.Kerana selama ini,aku sudah menyusuri beratus kali di jalan itu.Tapi aku tak pernah pun perasan tentang kewujudan hotel ini.Selepas menyerahkan kunci kereta pada valet.Aku lihat,hotel ini kecil sahaja dari luar.Sama sahaja rupanya,macam rumah kedai 3 tingkat yang lain.Tetapi,bila aku melangkah masuk.Aku sangat-sangat terperanjat.Bila melihat betapa luasnya ruang hotel ini.Malah aku macam tak percaya,yang Hotel ini mempunyai sebanyak 82 buah bilik !!!.Dengan Nilai sejarahnya,berusia lebih dari 100 seratus tahun.Hotel ini,asalnya adalah sebuah Rumah Baba Nyonya milik Keluarga Tan Kim Seng (1805-1864).Aku sangat terpegun,melihat seni bina rumah dan material milik keluarga yang masih dikekalkan.Bila berada di sini,terasa macam berada di dunia yang lain pula.Terlupa aku pada kesibukan di Jonker Street.Yang terletak hanya 1 blok dari hotel ini.[ tak sampai 5 minit pun, jika berjalan kaki].Malah jika mahu ke Bangunan Stadhuys,cuma mengambil masa 15 minit sahaja.Isu nak pergi mencari makanan pun tak timbul.kerana di sepanjang Jalan terdapat banyak restaurant Baba Nyonya.Yang amat asli,dalam menyediakan juadah tradisi kaum tersebut.

Sekarang,aku benar-benar sudah jatuh cinta pada rumah ini.Pengalaman selama 3 hari 2 malam menginap di sini.Memang sesuatu yang mengasyikan.Dengan keramahan staff hotel,yang sentiasa menguntum senyuman.Aku rasa sangat-sangatlah bangga,kerana Negeri Melaka~masih menyimpan banyak keunikannya.

“Syurga Kecil~Hotel Puri Melaka.”

  1. Anonymous Andre Says:

    indah

  2. Blogger MORIBAYU Says:

    Andre-Bayangkan dengan hiruk pikuk di Jonker Walk.Ratusan manusia yang melaut.Tapi,masih ada tempat..yang menawarkan ketenangan dan keindahan.

    Owh,me mmg sangatttt suka dengan Bandar Lama.

  3. Anonymous Andre Says:

    agree..
    bila malam, bukan main sibuk..
    bila siang.. ini lah puncanya..
    cantik kan?

    8)

  4. Blogger MORIBAYU Says:

    Andre-Yups.

    Satu hari nanti,u patut pergi ke sini jugak.Rasakan apa yang me telah lalui.

    :-)

  5. Blogger Aisyah Sharif Says:

    harga bermalam?

  6. Blogger MORIBAYU Says:

    i-Sya ~Here,me sertakan link untuk rates harga bilik.

    http://www.hotelpuri.com/room_rates.html

    :-)