<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Di bawa

Di bawah pohon~aku pun menanti
Di bawak awan~kamu pun pergi.

Kerana : Ini sumpah takdir mengila.
Bara cemburu datang memburu kita.
Mahu membunuh cinta berbayang nafsu.
Kau dan aku;kita berpisah bercerai rindu.

Kamu pudar membawa diri.
Seperti embun pagi yang terbakar.
Embun hangus menjadi kabus.
Tanpa jejak di tanah-walau setitik debu.

Akal mula memadamkan kisah kita.
Bertahun yang lalu-aku ingat bait garis semua cerita.
Tahun seterusnya-aku lupa separuh juzuk pertama.
Minggu lepas-Aku bercerita kisah ini seperti lagenda.
Hari ini-Aku ingat suku... tajuknya sahaja.

Kita sudah mula dilupakan.
Tuhan ternyata sudah bosan .

Dalam siang :air mata ini suburkan muka.
Dalam senja :Bibir ini kering mengalun puja.
Dalam subuh :Udara yang aku hela,membakar setia.
Penderitaan memeluk erat aku..tanpa jemu.

Hati aku memalu kuat...nama rahsia kamu.
Supaya naluri kamu,jaga tersentak jaga.
Dalam gelap malam,aku berbisik pada bintang.
Agar bersusun menjadi peta.Mudah memandu kamu pulang.

Namun,Bonda Bumi penuh kasihan.
Dia berikan petunjuk di atas rupanya.
Gagak hitam mengusap Merpati putih.
Untuk kita mengusai teka-teki mengelirukan.

Di puncak bukit ini.Di bawah bayang pohon berdebu.
Aku menjadi tugu logam.Mereput kosong berdegup hidup.
Telah aku sabarkan,maut yang mahu ketemu.
Aku tidak akan lena-tidur berdengkur aman.


Hingga ~ kamu mahu pulang.

“Di bawa”

  1. Blogger Princess Ayang Says:

    kamu pandai tangkap gambar awan..
    sentiasa nampak cantik dan sharp..

  2. Blogger MORIBAYU Says:

    PA-Hey,kamu pun boleh snap gambar awan jugak.Sekarang sudah musim panas.Waktu yang paling terbaik untuk snap picca awan.

  3. Blogger alhariesz Says:

    setiap kali usung kamera keluar rumah, mesti waktu tu hujan turun sama.

    awan kelabu ajelah.

  4. Blogger MORIBAYU Says:

    Alhariez-Kamu harus bangun pagi.
    Me selalu snap picture langit waktu pagi.Langit sangat cantik..di dalam bulan ini.