<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Kembara Ke Bumi Indonesia Raya II

Akhirnya,aku selamat menjejakan kaki ke Tanah Jawa.Macam masih bermimpi pula.Plan bercuti yang dirancang selama setahun,akhirnya menjadi kenyataan.Suasana yang sedia mendung di Lapangan Terbang Husein Sastranegara,telah mendinginkan kan lagi suasana.Kota Bandung terletak di kawasan tanah tinggi dan berlembah.Dengan lokasi,hampir 768 meter dari aras laut.Jadi tidak hairanlah,jika suhu hariannya amat dingin.Malah menurut seorang teman,taburan hujan di kawasan ini juga adalah tinggi.Jika dalam seminggu itu,pasti akan ada harinya yang hujan akan turun.

Bagi aku,bila mendengar tentang hujan itu.Aku dah mula risau.Harap sepanjang aku berada di sini.Janganlah hujan turun sangat.Sebab,jika hari sangat mendung...tak cantiklah hasil picca yang di tangkap.Apa-apapun,Kota Bandung bagi aku..memang terbina unik.Kerana kota ini,mempunyai iklim sederhana sepanjang tahun.Udara sekeliling pun,terasa amat nyaman dan segar.Di tambah dengan bangunan-banguna zaman kolonial,yang memenuhi isi ruang bandar.Memberi sedikit imbasan..tentang masa silamnya.Kerana semua ini,adalah faktor yang membuatkan kota ini diberi nama ~

' Paris Van Java '

Aku amat suka,dengan hingar bingar di kota ini.Kota ini,menyajikan banyak subjek,untuk dirakamkan dengan lensa .Bagi aku,kota ini,ada memiliki rupa sebenar sebuah kehidupan.Semua bentuk dan jenis kehidupan,berharmoni indah di setiap lorong dan jalan.Sama ada,ianya laungan dari si penjual buah,hon mendayu dari kereta sapu ataupun keriuk bunyi tayar beca.Semuanya menjadi melodi indah utk didengar telinga.Orang cakap,jika mahu melihat keunikan sesuatu negara atau bangsa.Lihat sahaja,pada semua bentuk kehidupan yang subur di setiap jalanan.Dan dengan berpegang pada prinsip itu.Di akhirnya...aku benar-benar,telah menjumpai jiwa rupa Indonesia.Dan Kota Bandung adalah amat tepat,dalam mendefinasikanya.Di bawah,aku catatkan,berapa perkara yang menarik perhatian..selama aku di sini.

Benda yang pertama,yang aku belajar di sini,ialah.Jika mahu melintas ke seberang jalan.Lupakan sahaja niat itu [Jika anda,bukan jenis penyabar].Kerana kenderaan bermotor sangat penuh di atas jalan.Seolah-olah,setiap jalan raya...bukanlah tempat untuk diguna pakai oleh sang pejalan kaki.Maafkan aku,jika aku tersilap fakta.Tetapi,sepanjang 4 hari aku di sini..aku memang tak jumpa walaupun sebatang jejantas.Aku terpaksa mengambil masa yang lama,sebelum dapat melintas.Selalu hampir memakan masa,sehingga 10-15minit.Untuk melintas setiap jalan.Kereta,Motor,Lori,Bas,Beca,Beca Tarik,Kuda dan basikal..semuanya memenuhi setiap inci jalan raya.Jadi...jika menjadi seorang pejalan kaki.Ruang itu amatlah terhad sekali.
Entahlah,mungkin sebab aku yang tak pandai nak melintas jalan..hahahahah.Dan,mungkin ditambah dengan rasa gerun dan kejutan budaya lagi.Setelah melihat jutaan kenderaan yang bersimpang siur,pantas melaju..kesana kemari.[Lagilah,buat aku menjadi lagi gementar] Garisan lintasan Zebra pun amat kurang.Aku masih ingat,ketika mahu ke Warung Net yang berhampiran dengan hotel.Aku berjalan hampir satu kilometer.Dan aku hanya jumpa satu sahaja litasan zebra.Jadi,aku terpaksa berjalan menyusuri,sepanjang jalan.[Dan itu,merupakan jalan utama di tengah-tengah pekan].

Jadi,apa yang aku boleh nasihatkan.Sebelum teringin melintas jalan.Jangan hanya tengok kiri dan kanan sahaja.Malah,sila buka mata luas-luas,dan perhati ke semua arah [ Utara,Barat,Timur...dan,kalau boleh.Semua arah mata angin,yang diketahui ].Yups,bila aku tulis...sila pandang ke semua arah.Maka sila-silalah berwaspada.Seperti aku pesan pada seorang teman.Jangan jadi Ayam...dah kena langgar,baru orang nampak !!!.Yang pastinya.Kita memang tak akan sangka.Yang motor dan kereta itu,boleh datang dari mana-mana sahaja.[Kecuali di jalan sehala]~Hohohooho.

Aku lihat,motorsikal adalah kenderaan yang paling banyak di atas jalan.Ada beratus,mungkin juga beribu-ribu yang bergerak di sekitar jalan-jalan di kota ini.Tetapi,satu perkara yang betul-betul buat aku terkasima.Ialah,betapa cermatnya para penunggang motorsikal di sini.Maksud aku,jika di Malaysia.Para penunggang motorsikal kita,akan bawak motor macam orang separuh gila.Yups,macam orang sakit mental,baru dapat lesen.Tetapi lain pula,halnya di kota bandung ini.Walaupun kenderaan bermotor itu,ada banyak beratus beribu.Situasi yang selalunya,mampu orang jadi lagi stress dan mengila.Tetapi semua orang,kelihatan amat tenang dan berhati-hati.Malah,mereka semua kelihatan amat terlatih.Mungkin sebab sudah terbiasa??.

Memandu dengan sistem traffik,yang sentiasa padat dan berisiko.Benar-benar menjadikan para penunggang di sini..amat hebat.Satu lagi,mungkin faktor keselamatan.Tiada siapa pun yang aku lihat~Menunggang motor secara merbahaya,buat stunt sarkas atau melanggar lampu isyarat.Semuanya bergerak teratur bagai sudah diprogramkan.Puas lah juga,aku memuji-muji sifat para penunggang motor di sini.


Gerai-gerai bergerak,adalah rupa budaya paling sinonim dengan indonesia.Gerai-gerai sebegini,boleh di jumpai hampir di mana sahaja.Dan gerai sebegini,biasanya menjual juadah makanan tempatan.Ada juga yang menjual barang keperluan harian,seperti~ubat dan jamu,surat khabar/majalah ataupun rokok.

Aku teringin juga,ingin mencuba makanan di jalanan ini.Kerna saat,berjalan melewati gerai-gerai sebegini.Bau harum semerbak dari makanan yang sedang ditumis/goreng.Benar-benar mencabar nafsu aku,untuk mencuba.Ada Bakso,mee soup,tempe goreng,sate daging dan bermacam jenis makanan tradisi bumi indonesia.Tetapi,setelah dinasihatkan tentang faktor kebersihan.Dan akibat buruk,jika memakan makanan di tepi jalan.Maka aku kuburkan sahaja niat murni itu.Yeah,aku pun..tak mahulah mengalami keracunan makanan.Susahlah nanti...Lagi-lagi,jika sedang travel.Tak pasal-pasal nanti,aku ke rumah sakit.

Di kota Bandung,rumah-rumahnya kelihatan seperti model mini.Di bina amat rapat, diantara satu sama lain.Ilusi mata,membuatkan.Seolah-olah,sebuah rumah,telah dibina di atas rumah yang lain.Dan diantara rumah-rumah itu,berselirat lorong-lorong kecil.Dari tingkap hotel,aku amat leka melihat-lihat ke luar.Ke arah atap-atap bumbung bewarna merah itu.Aku terus mencapai lensa,dan mula menekan-nekan punat camera.Aku mahu abdikan semua keunikan ini.Lihat...indah bukan latar pemandangan di sini.Semuanya kerana,kebanyakan rumah di sini,mempunyai warna atap yang sama.Iaitu ~ Merah Bata !!!.

Dari ruang udara,warna merah ini..padat memenuhi setiap ruang mata.Kelihatan,amat contrast dengan kehijauan dan kebiruan dunia.Jurang kehidupan juga,amat kelihatan jelas disini.Penduduk yang kaya amatlah kaya sekali.Rumah Banglo mewah cantk menghiasi lereng-lereng bukit.Manakala penduduk yang miskin pula..amatlah melarat.Hidup dalam perumahan setinggan yang menyesakkan.Tetapi,itu bukanlah satu masalah atau beban.Semua inilah,yang membuatkan kota ini..terbina unik.

Bagi aku,Kota Bandung...terbina meliar.Penjajah Belanda pernah menjinakanya.Tetapi,selepas perang berakhir.Kemerdekaan..melahirkan rupa kota yang amat natural sekali.Dan inilah jiwanya,yang aku lihat hari ini.Kota ini penuh tradisi,alami dan tanpa batasan sempadan.

Melihat susunan rumah yang dibina rapat dan dekat ini.Di tambah dengan,puluhan jalan dan lorong yang berselirat.Memberikan aku,banyak ketenangan.Jauh aku termenung.Dan,ini mengingatkan aku...dengan bait-bait sajak lama dari penyair terkenal Indonesia~Chairil Anwar.

Rumahku dari unggun-unggun sajak
Kaca jernih dari segala nampak
Kulari dari gedung lebar halaman
Aku tersesat tak dapat jalan


Kawan aku berkata-Ini adalah rupa kemiskinan.
Tetapi..aku membalas perlahan-Inilah 'Kehidupan'.
~

“Kembara Ke Bumi Indonesia Raya II”

  1. Anonymous Anonymous Says:

    very well written.

    cuba cari rumah wak karto dalam gambar.

  2. Blogger MORIBAYU Says:

    Ray-Nope,u lagi pandai menulis dari me.Bahasa penulisan me hancur lah!!!.Hohohoohho.

    :-)

  3. Blogger jejaka anggun Says:

    so banyak shopping di bandung?

  4. Blogger MORIBAYU Says:

    Shaz-Ada lah sikit.Hohohohoho.Puas jugak lah nak mengangkut.

  5. Blogger Edzlin Says:

    byk info ku dapat :)

  6. Blogger MORIBAYU Says:

    Edz-Huh,info apa ??.Hey lam sudah tak nampak kamu dimana-mana.