Setahun
Selepas hampir setahun aku duduk menunggu,akhirnya pokok ini meriah berbunga semula. Di bawah panas terik matahari pagi.Bunga-bunga kuning kembali kembang merimbun.Selama ini,aku ingatkan pokok ini~sudah berhenti hidup dari mahu terus berkarya.Bulan demi bulan aku menunggu kedunguan.Menanti-nanti bilalah pokok ini akan berbunga semula.Aku ingatkan pokok ini sudah mati dari terus berbunga.Nampaknya jangkaan aku terpeluk satu kesilapan fakta~Kebodohan aku akhirnya sudah mendapatkan jawapan.Pokok ini,cuma berbunga sekali di dalam setahun.Gembira ?Sudah tentulah ya.Kerna aku sudah puas membelai dan menjaga.Dari satu pokok,kini aku sudah ada 4 buah pasu,pokok yang sama.Tak sia-sialah aku menunggu,menyiram,membaja dan membisikan doa.Akhirnya,aku berjaya !!.Aku renung kosong saja,pasu -pasu bunga itu.Aku sudah siram semalam.Hari ini memang tak perlulah.Lagipun aku malas !!~Aku cuma mahu terbaring merenung kosong ke luar.Melayan lagu 'Cintailah Cinta' dari Dewa.Sudah hampir 2 minggu berlalu~aku terbaring kemalasan tanpa mahu membuat apa-apa.Cuaca panas lagi membahang di luar sana~Berjaya membuatkan aku bersifat pasif dan terlalu naif.