<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-3355259866565760309', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Bersih-lat

 Demokrasi masih terlalu 'mentah' di tanah semenanjung ini.
50 tahun merdeka~masih tak cukup untuk mengajar apa-apa.
500 tahun berperang-ditakluk-dijajah-dijarah pun tak mencalarkan kesan.

Aku muak-Aku tahan muntah-Aku kejang tekak -Aku mati tersedak.

Kita paku dunia politik dengan adu domba-janji kosong-fitnah-peluh dan darah.
Lalu kita berimpian masa depan akan kukuh tanpa rapuh.Apa kamu bodoh ?.
Semua mahu diangkat jadi Hero tamil .Tiada yang mahu jadi Hamba indonesia.
Rakyat punya kuasa.Kuasa punya dosa.Dosa luka menuntut siraman cuka.
Aku bukan peguam.Yang pintar mahu mengadili salah bertaut benar.
Aku bukan Juri.Yang menjilat kitab undang-undang dan beramal.
Aku bukan polis.Yang membaham rakyat seperti harimau sumatera.
Aku bukan Anuar.Yang putih darah kerna terlalu banyak difitnah.
Aku bukan Najib.Suami mithali kepada Sultanah Putrajaya.
Aku cuma rakyat yang mabuk~di dalam pelayaran negara ini.
Haluan tak menemu hala.Kala ribut pilihanraya meruntun jiwa.
Lalu aku lemas.Runtun melihat rupa malaysia disundal jaja.
Hari paling terbaik untuk bersuara.Diluntur haus oleh sang celaka.
Diminta sopan beradab bersila-Kamu angkuh biadap bersilat.
Bunga yang elok disemat~Tin perabak mata yang dibalas.
Polis kejar Rakyat~Penyamun menari bersama pencuri.Tiada peduli.
Undang-Undang hanya tinta mencemar kertas.Tiada peduli.
Dalam saat ribuan bahu berlaga-Iblis semarak hati biar jelaga.
Anak lupa bonda-Ayah lupa keluarga.Kaki berbicara tulus mencium kepala.
Hari ini tanda kiamat yang ke-10.Hari ini kegilaan tertabal menjadi sultan.
Hari ini kita lupa siapa saudara-Hari ini kita membunuh rasional.
Atas sebuah nama 'Aku cinta Negara'.Kita jadi tuah berhati jebat.


Aku jelak-Aku ludah-Aku jelik-Aku tak pangkah.

Gila dan waras bersetubuh menjadi kembar.Benar menyolek muka dengan Salah.
Hati aku terkepit pedih pada Cerita.Bingit dogma melaung~'Kami lah yang Haq'.
Lalu aku tanyakan satu teka: 'Jika semua benar..apa guna dibina padang disana ?'.
Aku tersembam menaip doa-Aku kirim-Aku menanti balasan-Aku tak terima berita.
Impian aku untuk sebuah syurga Utopia sudah lama pudar.Dari hari ke bulan ~


'Kita cuma membenarkan apa yang telah dituduh oleh-NYA'.

“Bersih-lat”

  1. Blogger Sean Mustaffa-Marc Says:

    Proses perubahan dalam realiti baru politik ini boleh bermula di mana-mana saja samada di bawah, di atas, di kiri atau di kanan.

    Gambaran sebuah pencapaian dalam peralihan baru pemikiran dan amalan politik ini terjelma di dalam perjalanan pilihanraya yang telus dan adil betul ?

    Rakyat telah menentukan kehendaknya dengan sedar memilih parti-parti politik yang diyakini boleh memenuhi aspirasi semasa mereka.

  2. Blogger Muhammad Says:

    betul~dan perubahan itu menuntut kematangan permikiran.Tapi lebih selalu...ianya menjadi tepu desenak dengan sikap kebudak-budakan ahli politik dan media.

    pilihan raya menjamin kuasa baru.
    itu sudah tentu.rakyat pun sudah bijak memilih.namun...politik adalah kisah ultraman.berapa ratus kalipun cerita ini tamat.Raksasa tetap akan datang menyerang besok hari.

    ianya berputar-putar pada isu-cerita yg sama.berulang-ulang.
    sampai orang jadi muak.

    jadi ini membuatkan satu rumusan.

    selagi 'kebodohan' dan 'kuasa' bertemu.demokrasi cuma satu iklan...yang sentiasa mahukan kita terpaut hati untuk membeli.

  3. Blogger i'm shin... i'm inesen Says:

    meninggalkan jejak bayang bayang kat sini

  4. Blogger Aisumi Chan Kawa'i Says:

    sedih tgk dgan apa yang jadi.. orang lain mungkin tgk tepuk tangan sambil berdiri :(

  5. Blogger Muhammad Says:

    Shin~ :-) matahari bersinar amat terang hari ini.

  6. Blogger Muhammad Says:

    Aisumi~tepuk tangan menari-nari :-) siapa yang kalah terduduk berpura gelak...memujuk hati.