<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-3355259866565760309', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Tabu~Shaz Johar

'Telefon hanya untuk berbual.Kalau nak dengar lagu,saya guna MP3.Kalau nak ambik gambar,saya pakai kamera.Kalau saya nak main Facebook,saya guna laptop'.

~Mohd Nadim Abd Yusof. [ Bab 3 Mukasurat 41 ] 
F=Fixi + Tabu = Shaz Johar

Selepas amukan Kougar pada tahun 2011.Tahun ini muncul pula Tabu.Selepas hampir 2 minggu aku habiskan masa,untuk mencari buku ini.Seperti sebuah dejavu pula,saat aku terjumpa naskah ini di cawangan MPH Mahkota Parade.(tempat yang sama,aku menjumpai Buku Kougar).Dari susunan rak yang membusung dek buku-buku cinta.Aku mencapai laju satu unit buku Tabu.Aku cuma membelek-belek 2-3 muka dan terus membeli tanpa banyak soal.Aku tahu Shaz tak akan mengecewakan para pembaca naif seperti aku.Aku memang suka pada penceritaan 'Kougar'.Dan aku yakin 'Tabu' tidak akan menghampakan.Sampai di rumah,aku terus rebahkan diri dan minda.Dari muka ke muka,aku selak tabir dunia 'Bibi' yang sendat dipenuhi dengan kejutan,jenaka dan drama.Seperti biasa,aku tergelak kuat sepanjang malam sewaktu membaca naskah ini.Setiap kata kunci yang mampu mengeletek hati.Di tulis cermat dan di susun tepat.Sampaikan aku terfikir 'Dari manalah shaz dapat idea-idea hebat',dalam menyusun plot-dialog dan hiburan santai di dalam buku ini ?.Membaca 'Tabu' memang berjaya buat aku jadi awet muda.Hilang semua segala resah-marah dan masalah hidup.( tak apalah walaupun sebentar ).

Di dalam tabu~Aku nampak ada persamaan diantara 'Rakisha' (watak utama Kougar ) dan 'Bibi'.Kisah hidup mereka,berputar-putar tentang permasalahan dunia yang sama.Walaupun mereka punya sisi nakal dan gelap.Tapi adakala rupa islam mereka akan terserlah,walau kelam berbaur dengan konflik diri.Shaz dengan berani~telah melahirkan watak-watak perempuan yang punya beza moral,di dalam setiap buku beliau.Beliau seolah menekankan.Setiap perempuan itu,bukanlah terlahir semulajadi~untuk menjadi sempurna sebagai putri atau dewi suci hikayat melayu.Tapi lebih kepada satu entiti real,mewakili kebenaran tentang apa yang dihadapi oleh makhluk bernama perempuan.Di mata shaz,perempuan tak seharusnya cantik.Perempuan adalah makhluk pelbagai spesis ( merangkumi gemuk-tua-bodoh-malas-kufur-meroyan dan dosa besar ke lapan ).Berlawanan sungguh dengan sifat kewujudan watak lelaki seperti Nadim dan Mosi.Mereka ditempa untuk menjadi malaikat~dengan sifat diri yang sasa-kacak-rupawan dan mulia.Petembungan dua sifat ini,melahirkan satu kekusutan yang sangat harmoni.Dari bab ke bab,aku jenuh membaca penceritaan indah ini.

Selepas membaca bab ke 3.Aku mula merasakan~setiap watak-watak di dalam tabu  seolah benar-beanr 'wujud'~sampaikan aku ada terfikir~'mungkin memang ada di luar sana,perempuan-perempuan yang macam rakisha atau bibi'.Mereka tidaklah sebaik heroin filem melayu.Mereka punya banyak kesilapan dan miliki ketohoran rupa segelap malam.Namun kenaifan mereka itu,membuatkan kita simpati,berbelas kasihan dan terhibur.Satu perkara yang aku puji tentang buku ini.Adalah bagaimana tepatnya,setiap ayat dan petikan perkataan dalam mewakili emosi setiap watak.Aku cakap dengan  seorang teman~"Memang pelik bukan,penulis buku ini adalah seorang lelaki..tetapi cara dia menulis seperti dia seorang perempuan sejati".Dan teman aku jawab "Errr..mungkin pada kelahiran yang lepas,penulis itu adalah seorang penulis wanita paling popular".Aku tergelak sunyi pada jawapan itu.Hurm,mungkin ada  betulnya pada tuduhan tersebut ?.Sebab 'Kougar' dan 'Tabu',disampaikan secara luhur dari kacamata seorang watak wanita.Dan shaz telah berjaya di dalam 'lakonan' beliau,dalam memahami dunia wanita yang cukup kompleks.

Ada yang bertanya kepada aku.Adakah ini sebuah buku cintakah ?.Mungkin  kerna dia terfikir isu cinta peluk pkok pisang itu~adalah isu lama berbuih basi.( Aku sendiri pun sudah muak,melihat novel-novel cinta yang membukit memenuhi pasaran ).Aku pun tak tahu,adakah ini sebuah buku cinta ?.Jika ya..tak kisahlah,kerna di tangan shaz.Cinta telah berpinak menjadi satu 'Cinta Mutasi'.Ini bukan kisah cinta lara tahun 90an.Ini kisah agung untuk tahun 2012.Yeah..Realism telah menjinakan 'Tabu'.Jadi sila sediakan diri,sebelum duduk membaca.Jangan terperanjat dengan sifat-sifat manusia sebenar,yang telah dibogelkan seksi di dalam setiap perenggan buku ini.Ingat ini bukanlah kitab suci untuk mencari pedoman.Ini hanyalah sebuah buku sejarah,tentang seorang perempuan subur bernama 'Bibi'.

Kepada teman-teman di luar sana.Dapatkanlah naskah ini secepat mungkin,di kedai-kedai buku berhampiran.Buku setebal 312 muka surat ini,adalah sebuah drama paling ringan~tentang seorang perempuan paling berat.

“Tabu~Shaz Johar”

  1. Blogger jejaka anggun Says:

    heheh. best review nih. i like!

  2. Blogger Muhammad Says:

    shaz~buku kamu,yang buat me buat review ini.Yay,me sangat 'like like like' buku kamu juga.