<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-3355259866565760309', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Gajah Si Blogger

" Kenapa letak Gajah di zoo ??? Saya nak tengok Semua binatang sahaja..Melainkan Gajah "



Bab i - Kenapa Orang letak Gajah di Zoo ??- Bukankah gajah itu membosankan.

Idea tentang Gajah mungkin menarik di paparan skrin Discovery Channel Atau National Geographic. Namun di dunia nyata , Gajah amat beku dan kaku. Aisberg yang terapung di lautan Atlantik pun nampak 1001 kali menarik , jika mahu dibandingkan dengan gajah dalam kandang zoo. Gajah di Zoo , terserlah kejengkalan dan kedunguan nya. Aku sebu dalam melihat saja. Kenapa Gajah yang dikatakan hebat itu boleh leka dengan alam kebodohan ??.

Mana keunggulan nya ??? Mana tempik soraknya yang dikatakan mampu merobek alam ?? .Bukankah Gajah itu keturunan Makhluk Agung. Mereka dipuja sembah.... sebagai Insan suci dalam hikayat Hindu. Mereka disorak sorai sebagai tentera yang menjahanamkan tentera pimpinan Alexander yang Agung. Tapi kenapa Gajah yang aku lihat ini , macam kene sawan ??. Lebih molek jika aku katakan , gajah ini seolah kekal dibawah kecacatan terlebih kromosom. Sindrom Down kah ???. Ya , kerana inilah sifat gajah. Mereka hebat kerana dunia ilusi yang menghebatkan mereka.Mereka memiliki semua kehebatan itu - kerana " IDEA " , yang menjolok diri mereka ketahap syurga. Namun di dunia nyata , apa yang gajah itu ada ???. Hanya kebodohan yang sama tahap dengan si bedal , yang selalu jadi pencacai pada kancil.

Kenapa aku menulis tentang Gajah ini ??. Kerana aku rasa Gajah dan Blogger amat rapat sekali utk dijadikan perumpaan. Mereka saling berkait , macam bayang mengejar jasad. Walau cahaya tak tumpah sekalipun , blogger dan si gajah amat kembar utk hidup bersama.

Ada blogger yang hidup dalam syurga firdaus mereka sendiri. Mereka percaya itulah yang terhebat utk mereka nikmati. Macam gajah dalam kandang , mereka rasa hebat jebat dalam mengusai kawasan sekangkang monyet itu. Bagi gajah itu sahaja kawasan yang mampu dimiliki. Mereka lupa , kat luar sana..ada gajah yang berlari 2 kaki di dataran Savanah. Tapi gajah dalam kandang Zoo ,masih terasa diri hebat.

Bila para pengujung datang lalu. Gajah mula lupa diri. Mula mengedik dan mengangkat Gading kontot. Apa itu sahaja yang mampu kau buat Si Gajah Zoo ?? . Siapa kata dari 100 orang yang lalu , mahu melihat kau gajah ?? , Jika tak kerana 2 anak si limah berhenti nak tengok kau. Tak akan sekali-kali pun , satu keluarga seramai 15 ahli tu mahu berhenti kat tepi kandang kau. Kau ingat Si limah tu nak sangat tengok badan obesiti kau itu ??. Dia nak tengok kambing gurun tau. Anak dia yang 2 orang tu sahaja yang gila dengan dakyah tentang kehebatan kau. Jadi jangan kau mudah lupa diri , gajah gemuk. Besar badan kau , masih kecil rupanya jika diletak sebelah tangki aquarium paus biru.Ingat-ingatlah...

Bab ii - Kenapa Blogger itu mengajah ??

Gajah owh gajah - Sikap mereka sama macam blogger yang mudah taksub dengan kehebatan diri. Adakah sebab baru menulis tentang raja dan hamba. Mudah untuk seseorang blogger itu terasa " wali diri " ??.

Alah jika setakat menulis tentang yang menongkah arus , apa bezanya dengan pakcik hussin yang menebar jala di sungai cetek ??. Sudah tahu ikan lari ke hulu , tapi masih berharap ada anak sepat terlekat di jala. Tebarlah 10 kali , pasti akan ada ikan mabuk yang tersangkut. Menulis itu mudah , mengarang itu pun mudah. Budak 5 tahun pun mampu jadi blogger jika rumahnya ada internet. Jadi apa perlu kehebatan diri itu ??

Idea dan kehebatan adalah 2 benda yang saling berkait. Aku suka jika idea yang lahir itu real dan asli. Mereka yang menulis dengan hati yang tulus , amat aku puja dan dambakan. Orang yang hinggap di blog sebegini , akan mudah untuk memberi kata-kata komen yang tulus lagi luhur. Mudah kata , jika kita berniat baik - maka hasil responnya pun bijak dan baik jugalah. Tapi jika menulis utk menarik perhatian murah ?? Aduhai...cukuplah industri seni sahaja berpaksikan gossip-gossip bodoh dan jelak.

Dunia blogger ini memang tiada sempadan. Namun jika kita sudah mula memetakan ianya dengan suku-suku dan kaum-kaum. Maka makin kecil lah ianya , lebih kecil dari batang yang kita ada. " Owh , kau blogger yang famous , Owh kau blogger tak famous , " - " Blog aku ada 3.4 juta pembaca - Blog kau orang tak drop komen " - " Blog sini kelakar - Blog sana kelakar tapi seram " - " Kau blog kulit hitam - Aku blog Kulit putih " - " Aku blog pilihan Tuhan - Kau Blog Ahli Neraka " - " Blog si polan tu hasil penulisan nya bagus - Blog si Pondan tu merepek jerk lebih " .

Aku tertanya ??? Bila omongan ini semua akan berakhir ?? Kita jadi prejudis - Hati membusuk reput bila melihat usaha orang lain. Kenapa perlu jadi Yahudi ?? Biarlah orang itu nak menulis tentang kentang busuk sekalipun. Malah jika orang itu menang Oscar sekalipun , bagi kategori " BLOG TERBAIK - Untuk Artikel Kentang Busuk Kesayangan saya " . Perlu ke ada yang terasa hati ??. Murka hingga memperlekehkan orang lain ??. Bagi aku , tiada istilah blog yang itu bagus atau tidak. Namun jika rakyat dah membuang undi, utk mengangkat satu blog itu sebagai pilihan. Maka sila tunduk dan beri hormat. Sila hormati keputusan rakyat. Ini sistem demokrasi. Jika kau rasa , kau Senator yang hebat , lantik diri jadi Diktator dalam dewan senat sendiri. Tak salah tunduk pada keinginan ramai...Ingat , Jangan jadi iblis yang tak suka nak tunduk. Lihatlah apa dah jadi kat setan sekarang. Meroyan sampai kiamat ....sebab tak tunduk sekali dulu.

Terus terang , aku terfikir sejenak. Melihat dunia orang kita. Yang tak senang dengan kejayaan orang lain. Jika dah berdarah melayu itulah sifatnya. Pantang 7 keturunan lihat jiran sebelah beli sofa IKEA baru , mulalah hati lemas dengan jelous melous. Tak tidur malam , makan tak sedawa bila mengenangkan , jiran sebelah yang lena dalam dakapan sofa empuk.

Namun jika si gajah itu yang ada sofa IKEA , sure dia akan diam ( tapi tak pula nak jemput jiran duduk sama ). Itu lah rupanya. Orang lebih tak boleh , Jika kau yang lebih tak mengapa. Apa kau ingat kau sultan melaka penuh daulat ?? Sultan melaka penuh daulat pun lenyap keturunan. Jadi apa yang hebatnya....dengan kau yang hanya mampu bersultan di hati..namun menghamba di mata orang . ?? Fikir-fikirlah...

Mudah cakap : " Tak perlu nak berhasad dengki dan mengajahkan diri ".

“Gajah Si Blogger”

  1. Blogger Farazila Says:

    uiks..
    xpenah i tgk u perli2 org dlm blog u....

  2. Blogger Muhammad Says:

    lilo - ya , mmg tak pernah n tak suka nak perli2. But tu lah , bila kita diam. Orang mudah pijak kepala. Jadi biar me bersuara ....

  3. Blogger Mr NAEmnzr Says:

    1. terus terang naem ckp,blog kamu en. megat,naem sgt suka baca,sb naem dpt rasakan[kalo x banyak,sikit] apa yg kamu nk sampaikan.

    2. sy suka sofa ikea[related kah dgn post ni]?ada sikit kamu sebut psl ikea,haha...rekaan ringkas, tp kdg2 terlalu kosong,tapi masih cantik utk dipandang+ disentuh.

    3. 'meggajahkan diri'?gajah...gajah...gajah,walaupn dia besar,tp dia pernah kalah dgn semut yg kecik!

    tc

  4. Blogger alhariesz Says:

    Tentera bergajah Abrahah laknatullah yang gah juga ditundukkan dek burung Ababil... kan?

    Hakikatnya, hasad dengki dan cemburu itu senjata manusia yang cuba menutup pekung di dada dan juga kelemahannya... Mereka sebenarnya takut untuk melihat wajah mereka di cermin....

    Walhal, tidak salah untuk mengaku kalah sebenarnya...

    Bak kata Vince... "Kita semua pemenang...tiada pengalah..."

    sabar ye bro...

  5. Blogger jejaka anggun Says:

    hik hik cik mat...

    org letak gajah dlm zoo utk memberitahu generasi hadapan bahwa satu ketika dulu gajah itu adalah mammoth....

  6. Blogger Muhammad Says:

    Nae - hohohoho , tq tq atas pandangan kamu itu.

    Alhariez - Errrr...me dah sabar dah nieh. Dunt wurry lah. hoohohoh

    Shaz - Hahahahaha , siot jerk kenyataan ini. Abis tu if letak itik nila ??? Nak kata ..dulu ianya adalah burung dodo ??

  7. Blogger Afiq Deen Says:

    tak sangka sebalik senyuman riang si megat ni ada juga sisa-sisa orang yg tgh depressed.

    Megat, aku kagum ngan senyuman yang menganjing ko. Tak payah fikir bende berat, fikir fotografi dan anda akan jadi happyyyyy!

  8. Blogger Muhammad Says:

    :)

  9. Blogger Ajami Hashim Says:

    nama gajah dlm filem Ice Age ialah Manny! memula dia jahat tapi lelama dia baik hati! huhu!

    "At the start of Ice Age, Manny is portrayed as an antisocial and inward-looking character who cares for no one but himself. However, throughout the course of the movie it is shown that he is a compassionate character who has just been through a lot of trauma and despair, due to the fact his wife and child were killed by cavemen. In fact he is a very caring mammoth, though a little bull-headed. He treats Sid like a pest and Diego more like an equal, more so after he saves him." -wikipedia