<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

4

7.6.11 by MORIBAYU

Owh tidak,sekejapnya masa itu berlalu.
Muchie sudah pun,berumur 4 tahun.
Tahun depan,dia akan mula ke Tadika.
Hurmm,mungkin sudah tiba masanya...
~Untuk aku mengajar dia,mewarna dan melukis.

Kota

by MORIBAYU

  Siapa rasa Kuala Lumpur ini cantik ?

Design

6.6.11 by MORIBAYU

 Hey,baru aku perasan.Yang aku selalu suka...
~mengambil gambar tingkap-tingkap.

Luncheon

3.6.11 by MORIBAYU

Hari ini,aku bangun sangat awal.Ada banyak design-design yang perlu disiapkan.Jadi,supaya aku tak berhenti dari berkerja.Dan terpaksa keluar untuk pergi membeli makanan.Maka aku buat saja sarapan,yang boleh bertahan sampai ke petang.Masa itu sangat penting sekarang ini.Aku tak mampu nak buang banyak masa.Aku perlu kenyang dan cergas,untuk duduk selama berjam-jam.Dan menyudahkan semua hal-hal kerja.Jadi inilah saja hasilnya.Boleh tahan kah ?. Hahaha,aku memang..sudah gila memasak.

:-)

2.6.11 by MORIBAYU

Aku sangat-sangat gembira,sekarang ini~Sebab,project buku yang aku usahakan sejak awal tahun dulu.Sudah mula menjadi draft,dan material yang kukuh.Insya allah,jika tiada aral menghalang.Pasti pada hujung tahun nanti.Buku ini akan dikeluarkan kepada umum.Sudah menjadi,impian aku,dari dulu lagi.Untuk buku ini,dicetak dan sampai kepada tangan pembeli.Aku cuma,mahu berkongsi sedikit idea dan pandangan.Termasuk segala apa,yang  telah aku lihat dan rasa.Syukurlah~Semuanya,sudah hampir menjadi satu kenyatan.

Sekarang,hampir pada setiap malam.Kadang kala,sampai ke waktu subuh.Aku akan tekun melukis ataupun menulis.Dari satu muka,ke satu muka..aku leka menyiapkan semuanya.Masih ada banyak,yang perlu di perbaiki dan diteliti.Aku memang sangat cerewet,dalam memilih~hasil kerja yang terakhir.Yay...Jika aku rasa,macam tak berpuas hati.Aku akan buat semuanya semula,sekali lagi.Biarlah menimbun kertas,diconteng atau terbuang.Janji terhasil kualiti.

Sekarang pun,selain dari project buku ini.Aku baru mendapat 2-3 tawaran project baru.Ada yang aku terima.Ada pula yang aku tolak.Tak mahulah jadi tamak.Aku buat,mana yang aku mampu nak buat.Hal bayaran,bukanlah satu persoalan.Janji aku dan klien,berpuas hati.Syukurlah,kerana diberi semua rezeki ini.Ini memberikan aku,banyak keyakinan kepada diri sendiri.Harap-harap kesemuanya,akan berjalan dengan lancar.Aku akan terus mencuba,untuk berikan yang terbaik.

Cuma itulah,masa untuk dihabiskan bersama dengan kawan-kawan.Jadi semakin terhad.Aku sudah jarang keluar rumah,atau berjumpa siapa-siapa sekarang ini.Balik dari kerja,aku akan terus mengadap kertas dan buku rujukan.Aku cuma tak mahu menggangu dan diganggu.Kepada kawan-kawan aku,harap anda semua faham ya.Aku bukan sengaja diri,tak mahu memenuhi jemputan kalian.Insya allah,jika ada umur.Kita jumpa lagi,pada waktu aku lapang.Lagipun,sejak dari awal tahun lagi.Aku sudah berazam.Yang tahun 2011 ini,adalah tahun untuk diri aku sendiri.Aku mahu habiskan,banyak masa untuk diri sendiri.Berikan aku sedikit ruang,kerana..
Aku hanya mahu 'gembira'.

Sarapan

by MORIBAYU

Aku bangun pagi ini,dengan perut yang tersangatlah lapar.Walaupun semalam,sudah 10 pinggan sushi dan satu set saba teriyaki aku telan.Tapi itu waktu luncheon.Sebab selepas jam 7,memang aku dah tak makan apa-apa.Apatah lagi,malam tadi aku masuk tidur awal.Kerana pagi ini,ada banyak kerja yang perlu di selesaikan.Aku bukak peti sejuk~lihat ada sosej,spaghetti hair,daun bawang,tomato dan sepeket Pesto.Dengan mata yang masih mengantuk.Aku siapkan saja sarapan untuk pagi ini.
Errrr..dan ini saja hasilnya.
Yay,aku memang tak pandai memasak.

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.