<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-6212923364288346181', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

Luqies

15.10.13 by MORIBAYU

Orang boleh mencuri hasil kerja aku~Dan jaja pada satu dunia.
Yang ini adalah hasil kerja mereka.Demi mengaut untung popular sesaat.
Tapi yang nyata.Mereka tak akan pernah mampu mencuri 'HAKIKAT' paling nyata.
HAKIKAT~yang membezakan aku dengan mereka.Kerna ini Satu fakta paling kekal.
Yang aku memang punya BAKAT~Dan mereka tak pernah punya walaupun satu.

Itu yang membezakan seorang ARTIS dengan seorang PENCURI.
Artis sentiasa dipenuhi dengan inspirasi.Lalu kami duduk untuk mencipta sesuatu yang baru.
Kami akan penuhi hari-hari yang ada.Untuk sentiasa merealiti kan idea ke atas media.
Pencuri pula,hanya duduk melanguk di depan pc.Mengharap sedikit peluang untuk menumpang nama.
Bila ada yang berkenan di hati.Mereka akan load apa yg mereka mahu.Dan claim sebagai harta sendiri.
Pelik bukan.Mereka boleh hidup dalam lapisan penipuan demi penipuan.Demi perhatian.

Manusia sebegini bagi aku hidup dia memang sedih dan sial.
Macam lumut di tepi gantang.Hidup hanya atas belas~mati pun tiada siapa perasan.

Pesan aku cuma satu.
Berhentilah hidup dalam penipuan.Berhentilah bernafas dalam kepura-puraan.
Mulakan ambil pensel dan kertas.Duduklah melukis seperti orang lain.
Lalui jalan yang sama,seperti orang lain ambil.Cekalkan hati dan gigih berusaha.

Apa tuhan kamu tak pernah berpesan ?.
Yang balasan baik sentiasa ada,untuk orang-orang yang berusaha.


 Pilihlah..jalan hidup mana yang kamu mahu lalui.
Hidup dengan dipenuhi hari-hari yang penuh dengan cabaran.
Ataupun mati tertimbus dengan penipuan demi penipuan yang direka hati.

Dowager

14.10.13 by MORIBAYU

Tajuk : Empress Dowager Cixi
( The Concubine Who Launched Modern China ).
Penulis : Jung Chang
Harga : RM 59.90 

Pergi ke Summit USJ hanya untuk luncheon.Tapi selepas selesai makan,aku tersesat pula ke Popular Bookstore.Pusing-pusing hambar mahu mencari buku baru.Walaupun sebenarnya memang tak punya niat pun mahu membeli.Gaji masih belum masuk.Lagipun aku sudah berbelanja bulan lepas untuk membeli buku buku.Tiada lagi bajet untuk dihabiskan.Hurm~berpusing-pusing kosong mengamit majalah dan dari satu buku ke buku yang lain.Aku tak jumpa apa-apa buku yang menarik hati pun.Walaupun telah berpusing hampir 30 minit diantara rak-rak buku yg menimbun kemas dengan buku-buku baru.Bila mahu berjalan keluar.Tiba-tiba tergerak pula untuk melihat semula,ke arah rak khas untuk buku-buku baru yang masuk pasaran.Elok saja mata aku tertacap ke arah buku ini.Yay ! macamana aku boleh terlepas pandang ?.Padahal masa mula-mula masuk tadi.Inilah rak pertama yang aku tuju.Melihat pada tajuk buku.Yay ini memang buku yang aku cari untuk koleksi.Aku sudah ada 2 buah buku tentang Dinasti Qing,yang dipasarkan oleh Popular Bookstore.Iaitu "My Husband Pu-Yi" dan "The Last Eunuch of China-The Life of Sun Yaoting".Jadi buku baru ini,yang berkisar dalam era terakhir kejatuhan Dinasti Qing memang menarik minat aku untuk dibeli.

Sebelum ini aku sudah membaca buku yang menulis tentang Cixi.Iaitu "Two Years in The Forbidden City" hasil penulisan Der-Ling.Memang menarik dan sangat penuh dengan simpati.Sesuatu yang sangat berbeza dengan apa yang ditulis oleh penulis barat tentang Cixi.Tapi buku itu hanya berkisar tentang pengalaman 2 tahun,Der-Ling di Imperial Court.Banyak data dan dokumentasi hanya bersandarkan tentang pemerhatian beliau.Tak banyak yang mengupas tentang berdekad-dekad sejarah awal Cixi dari lahir hingga penglibatan beliau di dalam dunia politik kompleks dalam sistem feudal China.

Aku kira buku ini memang memberi sisi baru kepada setiap soalan.Walaupun buku ini sangat berbeza dalam memaparkan siapa Cixi.Yups ! Sangat berbeda,daripada apa yang telah di tulis oleh penulis barat.Hey,sekarang kita sudah ada 2 cerita untuk ditimbang tara.Aku baru membaca bab pertama.Dan aku sangat suka dengan isi maklumat yang ditulis oleh Jung Chang.Banyak yang aku tak tahu,akhirnya mendapat banyak pencerahan.Segala rahsia dan lagenda Cixi di sebalik tembok Kota Larangan,akhirnya mula terserlah di setiap bait-bait ayat yang menghiasi muka buku ini.

Jadi kepada kalian.Yang meminati sejarah.Terutama sekali yang berkisar tentang Dinasti Qing,China.Buku setebal 436 muka surat ini,adalah hasil penulisan paling terbaik untuk dijadikan koleksi.

Selepas 17 tahun

13.10.13 by MORIBAYU

Selepas hampir lebih 17 tahun mencari-cari rentak di dalam dunia seni lukis.
Akhirnya hari ini,aku sudah jumpa apa yang aku cari.Inilah gaya yang sesuai.
Selama ini aku terlalu memandang kepada rupa dan jiwa seni dunia barat.
Aku terlalu mengagumi Holbien dan Ruben.Mentuhankan Angelo dan Monet.
Hingga aku terlupa,dimana seni jiwa aku sebenarnya berakar dan bertapak.
Syukur selepas 5 tahun bergelumang dengan pencarian yang sebenar......
Akhirnya aku mikir.Inilah gaya yang sesuai dengan kemampuan aku.
Gaya Oriental dan Javanism~Dan sedikit campuran seni Baroque.

Bakat

12.10.13 by MORIBAYU

Sudah lama aku tidak duduk melukis-lukis di atas kertas.
Sibuk dengan hal kerja dan urusan dunia.Buatkan aku terlupa.
Yang aku punya bakat paling tak tajam,yg bisa tumpul jika tak di asah.
Besok,aku cuma mahu duduk di rumah dan melukis sepanjang hari.
Kerna ini saja perkara yang aku pintar dan paling tahu untuk usahakan.
Untuk yang di luar sana.Yang rajin melukis tapi tak masih tak sempurna.
Nasihat aku cuma satu ~'Bakat dan usaha adalah 2 benda yang berbeda'.
Aku tak pernah ada bakat.Tapi aku memang ada usaha dan tak ngaku kalah.
Dan syukur,selepas bertahun-tahun.Aku sudah ada skill dan kemahiran tersendiri.
Lukisan aku masih tak sehebat mana.Tapi aku masih bangga diri,Kerna aku telah usaha !.
Dan bila orang mengkritik hasil kerja aku.Aku boleh gagah diri untuk menjawab.

"Saya sudah berikan usaha~Walaupun saya tak punya bakat...".

N-A-D

11.10.13 by MORIBAYU

Selamat hari ulang Tahun untuk Nad.Teman travel paling sempurna untuk aku.Hey,sedar tak sedar.Sudah hampir lebih 5 tahun kita berkawan.Terima kasih kerna sentiasa wujud di waktu aku memerlukan kamu.Sudah banyak yang kita lalui bersama.Memang sudah jauh jalan yang telah kita jalani.Aku tak akan sesekali lupa,selama 3 tahun ini kita banyak habiskan masa cuti bersama.Yay~kamu memang teman percutian yang paling terhebat yang aku pernah miliki.Setiap hari bersama kamu.Mengajar aku banyak perkara baru.Tahniah ! kerna kamu sentiasa punya banyak sabar untuk melayan kebodohan dan segala sikap negatif yg aku punya.Maaf,jika aku selalu tak selalu sempurna untuk kamu.Apa-apa pun,untuk hari ini.Sempena ulang tahun kelahiran kamu.Aku cuma mahu kamu tahu.Yang sentiasa ada doa dari aku untuk kamu.Moga untuk tahun-tahun yang mendatang kamu akan sentiasa di limpahi dengan kegembiraan dari~Nya.Insya Allah.

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.