<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Muallaf - 2009

Semalam aku pergi menonton " Muallaf ". Seperti biasa .. pangung akan kosong dan lenggang. Tayangan waktu ke-2 dan bertempat di Sunway pun tak mampu untuk memenuhkan panggung. Walaupun , kawan aku.. Cik nad terpaksa beratur selama hampir 20 minit , untuk mendapatkan tiket. Namun diantara beratus-ratus manusia yang melaut membeli tiket. Cuma lebih 10-12 orang ... yang mampu duduk dan menghayati legasi terakhir dari kak Yasmin ini.
Bila tayangan bermula.Aku tak tahu kenapa . Aku rasa seorang sangat . Bila melihat kerusi-kerusi kosong yang memenuhi dewan panggung. Aku dapat rasakan .. betapa karya ini dipandang sepi. Aku tidaklah salahkan sesiapa. Cuma aku kesal , kerana minda dan pemikiran rakyat malaysia sudah entah kemana perginya.

Aku sayu...kenangan ketika menerima jemputan dari kak yasmin utk menonton Muallaf di pejabatnya,mula menerjah minda.Walaupun jemputan itu cuma melalui facebook .Tapi aku rasa teruja , kerana Kak Yasmin tak pernah lupa kepada insan " kecil " seperti aku.


"Jangan lupa..bawak euan sekali "

Sebenarnya jemputan itu , adalah untuk kawan FB aku..iaitu Shaker Hanafi , tetapi Kak Yasmin meningatkan beliau untuk membawa aku sekali. Aku tak tahu kenapa. Kenapa tiba-tiba kak yasmin teringat tentang aku. Mungkin dia masih ingin berjumpa dan berbual dengan aku. Tetapi kerana kesibukan dengan kerja , dan waktu itu , aku berada di luar kuala lumpur. Aku tak dapat menerima jemputan itu. Namun aku sempat menghantar satu mesej ringkas kepada kak yasmin di FB :


" Jika orang lain menunggu filem ini..Me akan menunggu. Terima kasih kak...sebab ingat n jemput me "

Ya , aku memang teringin untuk duduk berbual dengan beliau. Lagipun selama ini , kami hanya berbual dan bertukar-tukar fikiran hanya di dunia maya. Mungkin pertemuan pertama diantara aku dan dia , semasa pratonton " Talentime " , amat singkat. Lagipun kami hanya berbual ringkas pada waktu itu :-


" Ehh..kamu pun ada. Akhirnya jumpa juga kamu "


Ya...Jumpa juga .. selepas hampir 2 tahun kita kenal kan,kak ..

:-)

Aku tak akan lupa pertemuan kali pertama dan terkahir itu. Kerana pada hari itu lah.Kak Yasmin mengotakan janji dan kata-katanya pada aku. [ Journal ]

Semua ini akan kekal dalam memori . Terus terang cakap , aku rasa ... aku juga seperti Brian. Lelaki Berbangsa Cina yang sejuk dan beku sifatnya. Akhirnya berubah kepada insan yang lebih " bernyawa". Dunia "Muallaf " amat utopia. Ramai yang akan sinis mengejek , ehh ada ker Orang islam macam tu ?? Ada ker Orang Cina bersifat macam tu ?? ..ada ker..ada ker ??. Persoalan demi persoalan. Bagi aku , jika kamu bodoh - maka ianya tetap jadi alasan. Jika kamu pintar . Maka carilah jawapan.

Muallaf mmg amat berat temanya. Terlalu serius , terlalu gelap terlalu pahit untuk ditelan. Tapi ada benarnya di situ. Melihat bagaimana dunia orang melayu yang beragama islam waktu kini , yang berputar-putar pada kekeliruannya. Aku suka bagaimana kebenaran itu di bogelkan pada skrin layar. Muallaf meneriak .. membawa satu kenyataan - Inilah hakikat , dan rupa budaya melayu kita ..cuma kadangkala tak semua suka untuk mengakui.

Apa yang boleh aku katakan. Pergilah..menonton Muallaf,bukan kerana simpati atau kerana memori. Tetapi.... kerana,ini sahaja yang tinggal.

“Muallaf - 2009”

  1. Blogger Edzlin Says:

    memang berbaloi menonton muallaf. saya akan menontonnya lagi. sangat suka filem ini.

  2. Blogger ikanbilis Says:

    saya tonton muallaf semama tayangan premier.


    pandangan saya berbeza. saya fikir cerita ini lebih ringan dari TaleNtime untuk saya kerana cerita ini banyak merungkai prinsip keagamaan secara sinis dan menonjol realiti kehidupan seperti karya arwah kak yasmin yang lain.

    saya jumpa kak min di "rundingan baling" di annexe. itu lah kali pertama dan terakhir.

    al-fatihah.

  3. Blogger Afeeqa Says:

    sy dah lama tunggu Muallaf di tayangkan di M'sia. Melayu sememangnya sebegitu. terlalu banyak mempersoalkan tentang sesuatu.

    after this mesti serang panggung. :)

  4. Blogger MORIBAYU Says:

    edz - Baguslah.

    Ikan Bilis - Yeaps , ringan kepada yg amat memahami. Dan amat berat kepada yg tidak.

    :)

    apa2 pun..tugas kita , adalah mencari jawapan.

    salam kenal ya..en ikan bilis .

    afeeqa - Serang jangan tak serang..hohoohoo

  5. Blogger alhariesz Says:

    cuma dapat DILIHAT pada yang NAMPAK dan ingin MELIHAT...

    mase tonton Talentime dulu pun puas saya lobi pada kenalan, tapi hampa...

    mungkin sesuatu yang HEBAT dan BERNILAI tu lebih bermakna pada yang SUDI menerima dan BIJAK menilai...

    sikit adakalanya lebih baik kan? berbanding banyak, tapi KOSONG...

    Semoga LEGASI beliau terus 'HIDUP'...

  6. Blogger jejaka anggun Says:

    x sempat lagi. harap2 balik nnt masih ada tayang kat KL. jom skalik lagik?

  7. Blogger MORIBAYU Says:

    alhariez - kita tak boleh suruh orang pergi tgk. but kita boleh suruh orang rasa...
    :)

    shaz - Yeaps..insya allah . Jika ada kesempatan. Dunt wurry shaz .. sure sempat tu.