<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Tembolok


'Manusia manalah pernah mahu puas~Selagi tak penuh serombong tembolok.'





Ini adalah kata-kata pesanan dari seorang teman.Bila aku mengadu kepada dia,tentang betapa tebalnya sikap Jahil-Zalim-Tamak dan Bongkaknya~sifat-sifat sepertiga manusia di dalam dunia blogger sekarang.

Terus terang cakap,selepas beberapa isu yang telah berlaku di dalam sebulan dua ini.Memang telah membuatkan aku sangat terasa hati dan merajuk.Merajuk pedih kerna penat sudah dengan sikap sesetengah manusia di dalam dunia blogger yang semakin kurang hajar.Mereka bila berbicara,lain di lidah...dan lain juga di muka.Aduhai ! Talam dulang pun tak punya muka sebanyak mereka.

Bertahun-tahun habiskan masa dengan duduk menaip di permukaan blog ini.Memberikan aku pengalaman dalam berjumpa dan memahami dengan bermacam-macam jenis sikap dan perangai manusia.Entahlah,aku rasa.Satu masa dahulu dunia blogger memang penuh dengan manusia yang punya prinsip diri yang tinggi.Mereka punya sikap saling hormat-menghormati terhadap Hasil Penulisan-Idea dan Karya orang lain.Tapi sekarang ?.Banyak blogger-blogger baru muncul~Dengan jalan dan cara mudah.Yang menulis hanya kerna mahu mencari nama,wang dan pengaruh.Sanggup mengadai hasil kerja orang lain,dan tanpa rasa bersalah mengaku sebagai hasil kerja sendiri.Ada juga yang berhati kering,dengan rasa tak segan silu.Dengan perasan bangga diri~berani secara terang-terangan merompak hasil kerja orang lain.Hanya untuk kepentingan dan memenuhkan tembolok diri sendiri.

Sejak dari bulan Januari,aku telah melalui banyak ujian-ujian hidup.Lepas satu,satu lagi ujian melanda.Adakala aku elok terhumban jatuh.Adakala aku terasa aku terbang kuat.Di halaman blog inilah saja~Aku dapat meluahkan segala-galanya.Terus terang cakap,bila aku menaip di blog.Aku dapat curahkan segala apa yang terbuku di dalam dada ini.Sama ada di dalam bentuk Foto-Puisi-Ataupun hanya dengan dalam sebentuk sebaris ayat.Ini cara aku untuk sembuhkan diri.Dalam pada masa yang sama,aku berharap apa yang aku baitkan di sini.Mampu jadi inspirasi dalam apa jua cara,kepada semua para pembaca.

Jujur kata.Blog ini adalah separuh dari diri aku.Ianya merakam apa yang aku rasa-lihat-fikir dan Impikan.Aku letak semuanya di sini.Untuk berkongsi.Dan bukannya untuk jadi bahan pajakan untuk sesetengah pihak mengaut untung.Ini soal prinsip.Maka aku fikir.Jika aku hormat,pada bahan tulisan dan kandungan isi blog orang lain.Maka apa salah ? Jika orang lain...buat perkara yang sama ?.

Dunia Blog ini kecil.Namun bila budaya rompak-merompak,ini semakin menular.Buat aku meluat.Inikah kemulian adab yang dijaja sorak ?.Apa kebebasan untuk bersuara itu,merangkumi satu tindakan halal ?.Untuk membenarkan satu pihak untuk menjarah satu pihak yang lain ?.Mungkinkah aku yang terlalu naif ?.Sudah tentu aku akan sentiasa berfikir naif.Ini bukan kali pertama.Dan aku tahu,bukan akan menjadi perkara yang terakhir.Hasil dari blog ini,akan sentiasa diperah,dijarah,dijaja dan dilacurkan.Aku tak akan berubah.Cuma kamu...kalian yang sentiasa mencekik perasaan orang lain.Demi niat dan tujuan yang entah apalah maksudnya.Mampukah untuk kalian terus bertahan ?.

Aku sentiasa berharap.
Untuk sesiapa yang membaca blog ini.Untuk hormati sedikit tentang kandungan yang aku kongsikan di sini.Jika isi blog ini adalah tentang diri aku.Maka jika ianya di copy,dan di canang sebagai hasil kerja seorang individu lain.Bukankah itu seolah 'mencuri' identiti-cerita-memori dan perasaan aku ?.Apatah lagi,aku tak pernah pun mendapatkan apa-apa keuntungan dari blog ini.Tapi apabila ada orang lain,yang boleh buat cipta nama dan buat duit.Dengan meramas setiap hasil karya/Kerja titik peluh aku.Tidakah itu sangat kurang hajar namanya ?.

Dan ini membuatkan aku terfikir ?.
Mereka ini semua~Tak pernah merasa apa itu rasa dosa dan bersalahkah ?.
Mereka tak pernah terfikirkah ?.












Yups....dan jawapannya~mereka tak pernah pun terfikir.

“Tembolok ”

  1. Blogger Azah Says:

    Kadang kala apa di blog itu, bukanlah diri mereka yang sebenar.
    Apa yang diperkatakan itu, tidak semestinya dibuat.

    Welcome back :)

  2. Blogger bukankosong Says:

    hmmm

    biasala bila blog dia wajah dia

  3. Blogger MORIBAYU Says:

    Cik Azah~Salam

    Dunia sudah berubah.
    Orang tak lagi bercakap dari hati.
    Tapi hanya dari gigi yang berlaga-laga...mengalunkan bunyi.

    :-)

  4. Blogger MORIBAYU Says:

    Bukan kosong~Ini blog saya,cerita saya..untuk semua.

    :-)

  5. Blogger Aqilarin Says:

    bila cerita kita cerita dia.
    hilanglah rasa.

  6. Blogger MORIBAYU Says:

    Nars~Dan itulah yang saya kesalkan.

    Bila cerita yang kita bina,dipajak-dijarah dan di lacur jual dan beli tanpa belas.