<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-3355259866565760309', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Sang PeLuQies

Aku sedang di dalam perjalanan menuju ke Kota Lama Jakarta.Apabila teksi berhenti lama di atas jalan kerna kesesakan lalu lintas.Aku merenung kosong ke luar tingkap kereta.Memerhati teliti segenap aktiviti rancak manusia di sepanjang tebing jalan.Aku memang suka memerhatikan gelagat manusia bagi menghilangkan bosan.Bagi aku setiap manusia punya cerita untuk dikongsikan.Walaupun tanpa membuka sebaris mulut~lenggok aktiviti seharian mereka.Sudah cukup untuk aku terima sebagai sebuah kisah tauladan.Seperti sebuah babak filem.Setiap benda yang berlaku~atau menarik perhatian aku.Akan aku rakamkan dengan kamera.Bagi aku..cerita mereka adalah inspirasi sebenar.Dan itu yang membuatkan kenapa aku suka dengan bumi indonesia.Ada banyak kisah di sini untuk didengar.Asalkan kita sentiasa ikhlas membuka mata-minda dan hati.

Dalam erat peluk lembab masa,yang seolah tak berputar~ teksi mula beransur bergerak perlahan.Ahhh kesesakan di perut kota mega ini,memang mesenakan fikiran.Aku cuba-cuba pujuk diri sekali lagi.Untuk menjamu mata hati,dengan cerita-cerita dari manusia di tebing jalan.Namun tiada apa yang terlalu istimewa untuk ditonton.Hanya kelibut sang penjaja pendati dan riuh-rendah rakyat biasa~menyibuk-nyibukan diri dalam urusan harian.Setiap tahun berlibur ke Tanah Raya ini,membuatkan semua ini menjadi pemandangan biasa.Oh Tuhan tolonglah~berikanlah aku sebuah cerita yang berbeza !. 

Aku kembali pada zon permikiran dan pandangan paling kosong.

Sehinggalah teksi berhenti entah dimana.Dalam sesak kekalutan traffik yang mengila.Aku lihat di tebing jalan.Ada seorang anak kecil kusyuk melayan dunia-Nya.Jari-jemari mulus itu amat pantas mengusap warna ke atas kertas.Seperti seorang pakar,dia amat tekun dalam meneruskan kerja tanpa mempedulikan apa-apa.Ahhh ini memang sifat dan bakat  sebenar seorang anak seni.Aku lihat hasil kerja yang sedang dibuat,melebihi usia beliau.Walaupun masih kelihatan agak kasar.Namun insya allah,masa dan takdir akan lebih mengajar.Pengalaman akan menjadikan dia sempurna.Aku pun tak pintar melukis di dalam satu saat.Tiada siapa pun pelukis agung,yang mencipta nama dari bakat yang terlalu semulajadi.Hanya Usaha-Kerja keras dan kesilapan akan mengubah.Dan aku harap,memori di tebing jalan ini.Akan memberi takdir yang baik untuk Sang Peluqies kecil ini.

Selama hampir 5 minit,teksi berhenti betul-betul di sisi tebing jalan.Pantas aku angkatkan kamera dan mula merakam.Dan inilah hasilnya.Satu rakaman paling jujur kerna yang duduk disitu~Adalah makhluk tuhan paling tulus yang pernah aku lihat.
Ketika Teksi mula bertolak pergi.Dalam bisik paling sepi~Aku sisipkan doa di dalam hati.Moga satu hari di masa depan.Anak ini akan terukir nama sebagai seorang peluqies yang sohor.Keajaiban tercipta dan berlaku setiap saat.Dan Di bawah langit tua ini~Tiada apa yang terlalu mustahil untuk berlaku bukan ?.

“Sang PeLuQies”

  1. Blogger _rifan_ Says:

    Amin... semoga...

  2. Blogger Muhammad Says:

    rifan~amin :-)