Muhammad
Aku boleh duduk membaca buku selama 30 minit dan memahami sempurna apa itu Coptic-Orthodoks-Amish-Quakers dan Anglican.Tapi kenapa masih ada segelintir populasi dunia kristian/Yahudi yang telah wujud,selari dengan setiap agama langit dan budaya : selama beratus-ratus tahun kelangsungan ketamudunan manusia.Masih mahu membakar kemarahan,dengan mempersenda Muhammad ?.Apa terlalu susah sangat kah untuk memahami apa itu "islam" ?.
Masalah terbesar dunia barat~Mereka suka untuk tutup mata pada perkara yg penting.Tetapi tidak bagi perkara yg tidak pernah sekalipun pernah utama penting.Mereka akan letak 'isu remeh "ini,di bawah microskop~belek,kaji,teliti,pe rhati...dan apabila mereka tidak dapat memahami-Nya.Mereka akan cuba meletak seribu satu alasan dan tipu daya.Bukan untuk mereka telan...tapi untuk disumbat kepada lubang mulut setiap umat manusia~biar tercekik biar terkunyah setiap fabrik kefahaman itu sampai lumat.
Selagi dunia barat masih punya kebaculan~untuk mendabik dada dengan kebodohan.Maka selagi itu~umat Islam akan kekal bertindak seperti sang buta berlari dalam gelap
Benar kata orang~Selagi Dilaung-laung perjuangan di Atas nama-NYA.
Selagi itulah Seluruh umat manusia,sentiasa mencari alasan untuk bersengketa.