Tumbuh
Apa telapak ini cukup gembur~untuk menatang satu kehidupan.
Apa daging ini cukup lembut~untuk mengusap tertib hadiah Tuhan.
Ajari aku~untuk menjaga hati kamu.Aku cuma anak kecil tak punya rasa.
Ampuni aku saja~jika aku bertepuk tangan..meranap sebelum menuai.
Kerna manusia berhati manusia seperti aku~Tak pernah punya pintar.
Aku mahu kita gembira~Aku mahu kamu berkongsi sama.
Ayuh kita duduk di sofa~Bicara semua cerita hikayat lama.
Untuk mengundang lena di sepanjang musim bahang yang terakhir.
Di kelongsong dada kamu~Aku labuhkan sebutir akal yg memuja nama kamu.
Wajah aku gerhana kekal~dibias tumpah sinar wajah kamu yg merembulan.
Hingga Cik bulan membunuh diri~kerna kau mampu terbit terang pada siang hari.
Sinar dua mata kamu~mengerling aku setia-Seperti 2 komet yang berlari.
Gelap harapan aku~yg gelita lagi likat sehitam gagak-Mula sesamar subuh.
Sejuk kata bicara kamu susun-sempurna..buat aku seperti dipeluk kabus pagi.
Aku tak mahu cinta ini tumbuh~kerna apa yang mekar pasti dicium lumat layu.
Biar-biar kita saling merindu.Terpisah masa terpinggir jauh diseret waktu.
Dendam berahi kekal terbalas~takdir dan percaturan biar berselirat kekal.
Kamu melengkapkan aku-Seperti senja yang melekatkan petang dan malam.
Lalu aku bina sebuah mimpi baru~Ada seruang-Untuk kamu lena bertandang.
Biar ini putaran abadi mengejar kekal-Biar cerita ini tak kenal penamat.