<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-3355259866565760309', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Mejongket

Aku tidak pernah jejak kaki ke Pulau Pinang.Yups,ke Pulau Langkawi pun tidak pernah.
Dan pengakuan jujur ini menyebabkan kawan-kawan membalas ~"Hah !! memang tipulah ".
Bagaimana seorang pecinta sejarah lama seperti aku.Boleh tak tersasar ke pulau kolonial itu.
Mereka berkata~"Peliklah kamu yang suka dengan Melaka,tapi tak pernah ke Pulau Pinang". 
Memang pelik-Aku pun merasa ini sangat pelik.Aku tak pernah ada nafsu untuk ke sana pun.
Bandaraya Ipoh dan Johor Bharu pun terlalu asing untuk aku.Hampir 15 tahun aku tak jejak kaki.
Kehidupan aku selama 5 tahun ini,hanya berputar-putar di antara melaka-seremban dan shah alam.
Dan untuk 7 bulan mendatang,aku sudah membeli tiket ke Beijing & merancang ke Jakarta.
Ahhhh malu sungguh.Aku jauh menjongket ke gajah diseberang.Tapi kuman di depan mata ?.
Aku patut merancang satu trip ke Utara.Merentas kuala Selangor-Ipoh dan berakhir di Penang.
Harap aku akan punya banyak masa-tenaga dan peluang.Untuk memahami 'Jiwa Negara' ini pula.

“Mejongket”

  1. Blogger Aj Abdullah Says:

    Pulau Pinang, Ipoh & Taiping. Yap, ketiga-tiga tempat tu harus pergi dalam Malaysia terutama Taiping. I got cultural shock bila first time datang ke Taiping sebab tempat tu totally cam berada dalam filem Yasmin Ahmad dan masa totally terhenti di situ. Hmmmm..

  2. Blogger Zamri A. Says:

    U should mai ke Utara. Penang is deff photographers dream too. Nnt on d way, singgah2 la Ipoh. It's Visit Perak Year 2012. :)

  3. Blogger jejaka anggun Says:

    yg mcm batu bersurat tuh cantik. di manakah asalnya?

  4. Blogger Muhammad Says:

    aj~minggu lepas me ke ipoh.tapi disebabkan atas sebab temankan orang.Masya allah,ipoh memang cantik.Me cuma lalu disetiap jalan di dalam bandar ipoh.Aduhai,kenangkan hari dah senja (nak ambik gambar pun mmg tiadalah).Arghhhhhhhh...me patut ke ipoh dalam masa terdekat ini.

    betul cakap kamu...ipoh mmg macam scene dalam filem kak min.

  5. Blogger Muhammad Says:

    Zamri~yups,me patut serang penang.
    Malulah..umur dah 27 tahun,tapi tak pernah naik feri.

    :-)

  6. Blogger Muhammad Says:

    shaz~errr dari terangganu lah.

    :-)

  7. Blogger Nurarnida Sabrina Says:

    penang tuh syurga makanan. dan food maniac seperti aku, pilih penang untuk senaman mulut.


    Datang lah penang. Tak rugi

  8. Blogger Muhammad Says:

    nuranida~sudah tentu me akan kesana.Moga masa dan takdir,akan mempunyai belas.