<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-3355259866565760309', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Wayang

Keseorangan~aku berjalan menyusuri setiap lorong-lorong di istana Kraton.Di bawah panas terik matahari pagi.Aku mempercepatkan langkah kaki untuk ke Balai Wayang Kulit.Yang benarnya~Aku tak tahu pun,di manakah letak lokasi kedudukan balai tersebut.Aku cuma meneka-neka sahaja.Di manakah letaknya koleksi patung-patung wayang milik sultan itu.Bukanlah aku tak mahu,mengunakan khidmat jurupandu.Tetapi,mengenangkan keluasan Istana yang dibuka kepada umum tidaklah sebesar mana.Aku fikir,sangatlah mustahil jika aku sesat dan tak menjumpai apa yang dicari.Lagipun,jika aku tersesat sudah pasti aku akan berputar-putar di tempat yang sama.Berbekalkan semangat 'Ayuh kita sesat'.Aku redahkan sahaja kaki.

Tidak sampai 10 minit mencari.Akhirnya aku jumpa juga balai yang dicari.Dari kejauhan,aku sudah dapat melihat ratusan koleksi wayang kulit kepunyaan sultan.Semuanya disusun kemas di atas lantai balai.Di setiap deretan patung wayang kulit,ada 2-3 orang Abdi Dalem yang duduk menjaga.Semuanya amat ramah dalam melayan pertanyaan para pengunjung.Seorang abdi memberitahu aku.Semua yang dipamerkan ini cumalah sebahagian dari koleksi.Masih terdapat berkotak-kotak dan puluhan patung-patung yang tidak dipamerkan kepada umum.Aku rasa amat kagum sekali.Selepas puluhan tahun berlalu.Semuanya masih dalam berkeadaan utuh dan elok terjaga.Aku lihat dengan minat dan teliti,semua patung-patung yang dipamerkan.Indah sungguh buatannya~Dengan simbahan kemasan warna-warna terang pada setiap patung.Semuanya amat dihiasi lorekan-lorekan ukiran halus hasil buatan tangan~di atas kulit yang sangat bermutu.Koleksi watak-watak wayang ini~aku kira,adalah yang paling terbaik pernah aku lihat. 

Sedang aku leka meneliti keindahan,setiap patung wayang.

Tiba-tiba,ada seorang Abdi Dalem menegur aku dengan mengunakan bahasa jawa pekat.Pantas dia menerangkan kepada aku.Bercerita tentang salah-satu karekter wayang kulit di hadapan nya.Dia mengangkat patung wayang kulit itu~dan tekun sahaja memulakan cerita.Tangan dia laju,menyuakan hal-hal tentang karekter patung tersebut.Aku langsung tak memahami walau sepatah perkataan pun.Aku cuba juga berkomunikasi dengan bahasa melayu indonesia.Tetapi abdi tersebut,masih cekal menuturkan segala penerangan di dalam bahasa jawa.Aku rasa,mungkin dia tak pandai bahasa melayu moden..mungkin.Lagipun dia sudah tua benar.Aku rasa-rasa,umur dia mungkin sudah sekitar hampir ke 60-70 tahun.Jadi aku redhakan sahaja hati~untuk mendengarkan dia bercerita.

Entah kenapa,tiba-tiba hati aku merasa sayu.

Sayu kerana aku terfikir~Walaupun sudah dihambat usia tua,tetapi Abdi Tua itu,masih setia mempertahankan budaya dan bahasa jawa.Apatah lagi,pada waktu arus kemodenan menghakis jati diri dan keagungan budaya setempat.Aku rasakan,mereka semua ini.Yang menjadi abdi di dalam istana kraton.Adalah insan-insan mulia,yang masih kekal mahu mempertahankan tradisi lama.Aku ingatkan hanya di malaysia saja,rupanya di Indonesia krisis fenomenanya juga serupa sama.Hanya orang-orang tua,setia menjaga budaya.Sedangkan para remaja dan orang-orang muda,tiada pun yang sudi (apatah lagi mahu mengambil tahu ).Diakhirnya nanti apa ?.Kesenian Budaya dan Suara Bahasa Bangsa hanya dimainkan di Muzium ?.Terlalu lama mengejar barat,membuatkan kita terlupa~banyak sudah kita kerciciran.Aku berharap,bumi Indonesia kekal mempertahankan semangat leluhur.Kerna mereka ada sejarah cerita yang hebat,untuk diperdengarkan kepada generasi  akan datang.

Aduh~sangat jauh pula,lamunan rasa ini membawa aku pergi.

Kembali kepada realiti~Terasa sangat lawak dan jenaka bukan ?.Kerna aku dan Abdi itu,berkomunikasi seperti ayam dan itik.Aku cuba untuk memahami,setiap butir perkataan yang dilontarkan.Ada kala,bahasa isyarat tangan pun kami gunakan.~Aku dapatlah fahami sedikit apa yang dia mahu perkatakan.( aku cuma faham yang karekter patung wayang kulit itu~ada banyak tangan.Yups,ada sangat banyak tangan !! ).Sudah lebih 5 minit berlalu dan Abdi tua itu,masih kusyuk meneruskan perceritaan.Sehinggalah datang seorang abdi yang lain,menegurnya sopan~"Pak,anak ini tak pandai berbahasa jawa".Lalu Abdi Tua itu menghentikan cerita lalu tersenyum.Aku hanya membalas pendek~"Tak mengapa".Di dalam hati~Aku sungguh hargai layanan Abdi Tua itu.Kerna dia sudi bercerita,walaupun aku tak memahami.Kesungguhan dia untuk teruskan berkongsi itu,amat meninggalkan kesan kepada aku.

'Boleh ya saya mau merakam foto ?'
Aku meminta keizinan untuk merakam wajah abdi tersebut.
Dan gambar ini~Adalah jawapan kepada soalan itu.

“Wayang”

  1. Blogger Gadis Misteri Says:

    cantik setiap ketelitian atas watak tu. Saya kurang tahu pasal wayang kulit indonesia. Wayang kulit Kelantan, tahu la.Dlm wyg kulit kelantan, ada 1 watak yang seakan akan watak ni. Namanya Maharaja Rawana. Sama tak?

  2. Blogger Muhammad Says:

    Wayang kulit di jawa~sangat berbeza dengan wayang kulit malaysia.Baik dari segi perbezaan rupa-warna-ukiran dan watak yg lebih pelbagai.

    Yups~ini adalah waktak Maharaja Rawana.Sangat menakjubkan bukan ?.Me melopong lama,melihat keindahan pada patung wayang ini.Sangat sempurna.

  3. Blogger Gadis Misteri Says:

    kalaulah saya berpeluang ke indosesia, saya mesti pergi tempat ni.

  4. Blogger Muhammad Says:

    Jangan bimbang,satu hari nanti peluang itu pasti akan tiba.

    :-)

  5. Blogger jejaka anggun Says:

    ntah bile mahu melawat Indon lagi....

  6. Blogger Muhammad Says:

    shaz~sampai masa nanti sampailah tu.

    :-)