Jakarta
Apabila aku merancang,untuk pergi bercuti ke Pulau Jawa.Ada teman-teman telah mula mempersoalkan~'Tiada tempat lain lagikah,kau nak pergi bercuti ?'.Yay,aku membalas mudah~'Pulau Jawa itukan,aku belum habis terokai lagi'.Yeah..Aku sudah pernah ke Jakarta dan Bandung.Tapi itu bandar moden.Bagi aku~Rupa diri dan jiwa di kota-kota itu.Sama saja macam bandar-bandar membangun yang lain.Erti kemodenan itu,aku sudah faham sangat.Kali ini,aku mahukan sesuatu yang lain.Aku nak sangat melihat, sisi lain rupa Indonesia.Dan aku tahu,indonesia menyimpan banyak cerita untuk dicari.Lagipun,bukankah ada banyak tempat-tempat perlancongan teristimewa di sana.Kalau boleh,aku nak pergi ke semua pelusuk daerah.Dari Banda Acheh,sampailah ke Kalimantan.Aku tidak pernah lagi~ke Puncak Bogor,Jogyakarta,Solo dan Pulau Bali.Sekarang bila aku sudah ada peluang dan kesempatan.Sudah tentu aku akan menjejakan kaki.Sekarang,biar aku bungkuskan saja baju,siapkan bagasi~lantas, terbang pergi.
Aku memilih Kota Jogyakarta,untuk destinasi percutian kali ini.Kenapa Jogyakarta ?~Hurmm...sebab,aku mahukan sesuatu yang berbeza.Sesuatu,yang bercirikan nilai tradisional dan kedesaan.Lagipun,memang sejak dari kecil lagi.Aku memang sudah teringin.Mahu melawat ke Istana Kraton,Candi Borobudur dan Prambanan.Sudah banyak yang aku baca dan nonton di program tv.Tentang kehebatan bangunan-bangunan bersejarah di Jogyakarta itu.Yeah,aku minat sejarah dan kebudayaan.Lagi-lagi mengenai topik pengaruh hindu di Asia Tenggara.Jadi untuk ke Jogya~adalah satu keputusan tepat.Dari pandangan aku sendiri~Kota Jogya itu sendiri,memang sebuah wilayah istimewa.Seperti,menurut cerita seorang teman,yang pernah ke sana.Kota Jogya,amat lain rentak dan suasananya.Jogya menghimpun kisah,dan 1001 hikayat tak tercerita.Setiap lorong-lorong di kota itu.Amat dipenuhi rupa-rupa budaya,nilai sejarah dan ribuan misteri belum terngkai.Jadi,inilah masanya bukan ?.Untuk aku pergi,melihat-lihat dan mengalami pengalaman itu sendiri.
Berapa bulan sebelum bertolak.Aku sudah pun menempah tiket secara online.Kemudian,aku mendapat satu makluman.Yang MAS telah pun,menamatkan semua penerbangan terus ke Kota Jogyakarta.Yay,itu betul-betul membuat aku rasa pelik.Tiadakah rakyat Malaysia,yang pergi bercuti ke Jogya selama ini ?.Tak dapat nak di jualkah,semua tiket penerbangan itu.Hurmmm...Dari cerita seorang teman,yang bekerja di MAS~'Huik,elok je semua flight full.Kitaorang pun tak tahulah,kenapa penerbangan terus itu ditamatkan'.Jika tiket benar-benar laku,kenapa ditamatkan ?.Kenapa ? kenapaaa ?.Sekarang,dah satu hal,untuk aku upah dan rombak rancangan bercuti.Apalah yang tak menguntungkan MAS.Sampaikan flight ke Jogya itu di tamatkan ?.( Baru aku terperasaan.Yang Air Asia sekarang ini.Amat sibuk membuat promosi flight,terus ke Jogya.Hurmm sekarang baru aku faham.Memang suatu isu perniagaan sangat kan ! ).Ok lupakan sahaja hal light.Aku akan tetap ke Jogya.Tiada apa,akan menghalang.Biarpun,aku terpaksa naik sampan sekalipun.
Disebabkan tiada penerbangan MAS,untuk terus ke Jogya.Aku memilih~untuk ke Bandung dahulu.Sebab,dari Bandung.Aku boleh naik keretapi,untuk terus ke Stesen Tugu Jogya.Puaslah,aku melihat carta laluan dan jadual perjalanan keretapi Indonesia (PERSERO).Memang sedikit keliru,pada mulanya.Yups,sebab aku tak pernah pun,menaiki keretapi di sana.Boleh sahaja,naik flight tempatan.Tetapi,aku saja pilih keretapi.Sebab itu,cara paling terbaik,untuk berinteraksi dengan penduduk setempat.
Semua maklumat yang aku tahu tentang Jogya.Aku cuma cari di (YOGYES).Ada juga,aku dapat~melalui blog,web informasi dan data perlancongan lain.Takutlah jugak,jika aku terbuat silap.Tapi,berbekalkan semangat~'Ayuh..Mari kita sesat'.Aku redha saja.Ala,setakat sesat itu.Tak apalah,boleh dijadikan sebagai satu pengalaman.Walaupun,kawan-kawan aku amat mengsyorkan.Untuk aku pergi bercuti,mengunakan agensi perlancongan.Tapi,aku rasa-rasa.Jika kita pergi travel sendiri,itu kan lagi memuaskan hati.Kita akan lebih faham,tentang sistem pengangkutan,carta lokasi dan data setempat.Jika semua benda,nak diuruskan oleh agensi.Hurmm,tak mencabarlah.
Berapa minggu sebelum bertolak.Aku dapat lagi sms makluman,mengatakan flight sudah ditukar.Dari menuju ke Bandung sebelum ini,sekarang ke Jakarta pula.Yay,aku rasa macam nak pitam.Hahahaha,sebab sekarang waktu perjalanan,jika menaiki keretapi akan bertambah.Dari Bandung,perjalanan menuju ke Jogya saja.Sudah makan masa,dari 8 hingga ke 9 jam.Tetapi,jika sudah berada di Jakarta.Lagilah,terbuang banyak masa.Maka,aku terpaksa merombak semula jadual percutian.Semak,lagi semula jadual perjalanan keretapi di Persero.Hurm~Dari Jakarta,untuk ke Jogya~Kita boleh menaiki keretapi dari Stesen Gambir. Aku disyorkan,untuk ambik tren malam.Sebab,tak mahu kebaziran waktu siang.
Nad dengan Syaz,sangat gembira bila aku maklumkan flight sudah pun bertukar ke Jakarta.Yelah,mereka belum pernah sampai,ke Ibukota Indonesia.Bagi aku pula,Jakarta untuk manusia berjiwa metropolitan sahaja.Tak banyak,yang boleh di lawati jika masa terhad. Tetapi,aku berjanji kepada Nad.Sampai saja,ke Jakarta nanti.Aku akan membawak dia ke Tugu Monas.Hahahaha,sudah tentu aku mampu.Sebab Tugu Monas itu,memang betul-betul terletak di sebelah Stesen Gambir.Hanya 5 minit saja,jika berjalan kaki.
Hari yang di tunggu-tungu,akhirnya tiba.Aku dan Ray bertolak dari Seremban.Manakala Nad dan Shaz,menuju ke KLIA menaiki Transit (ERL) dari KL Sentral.Aku saja melambatkan waktu pertemuan~selewat 15 minit di KLIA.Sebab selama ini,jika telah berjanji mahu ketemu.Mesti aku kebuntuan,menunggu orang.Kali ini,biar aku menjadi orang paling lewat sampai.Apabila nad call,bertanya aku dimana.Aku jawab~'Masih dalam perjalanan'.Hakikatnya,sudah lama pun samapai.Hahahahaha.Sampai saja ke KLIA,terus kami daftar masuk begasi. Sebab aku ,tidak sarapan lagi~terus pergi lunch bersama-sama.Yay~Nad dan shaz,sangat jelas penat.Dengan muka tak cukup tidur.(Gara-gara pergi melepak, di mamak sampai subuh ).Itulah,aku sudah pesan.Masuk tidur awal,kita dahlah nak berjalan jauh.Sudahnya itu,lagi nak kurangkan masa tidur.Nanti,kalau penat,maaf aku tak mahu tanggung.Nad membalas~ 'Ala,nanti...di dalam keratapi boleh juga tidur '.Aku jawab~'Yay,keretapi punya goncangan dah macam gempa bumi.Boleh kah nak tidur lena ?'.
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta.Cuma mengambil masa 2 setengah jam.Syukur,cuaca di luar sangat baik dan cerah.Aku cuma~duduk membaca dan menulis -tulis catatan ke dalam journal.Sempat juga,aku mengarang 2-3 puisi dan sajak.Kepulan-kepulan awah yang memutih di luar.Terlalu banyak memberikan inspirasi.Dengan diiringi irama lagu gamelan suling,dari MP3.Aku layangkan saja perasaan.Dari satu lagu,ke lagu yang lain.Jauh sudah fikiran aku menerawang.Aku tak tahu,apa yang akan aku jumpa di Jogya nanti.Aku cuma si anak kecil,yang mahu mengukur,berapakah besar dunia ini.
Terus terang cakap.Aku memang suka dengan dunia indonesia.Aku membesar dengan membaca buku Hikayat Sang Para Dewata,Keberanian Para Pejuang Acheh menuntut kemerdekaan dan Keagungan kerajaan Mataram di Pulau Jawa.Ya~Aku sangat mengagumi para-para pejuang di indonesia.Keberanian Sultan Iskandar Muda,Imam Bonjol dalam menegakan syiar islam.ManakalaCut Nyak Dhien,wanita yang berjiwa kental menentang Penjajah Belanda.Begitu juga,dengan kehebatan Paku Buwono X,sultan yang setia memakmurkan Solo.Selepas itu,aku mula mengenali penulis agung Buya Hamka.Naskah karya-karya Agung beliau.Seperti Di bawah Lindungan Ka'bah dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.Adalah diantara buku-buku,yang pernah menghiasi rak buku di rumah orang tua aku.Melewati frasa kemodenan,aku suka pula dengan hasil puisi karangan Chairil Anwar.Siapa boleh lupa,dengan bait sajak 'AKU' hasil tulisan beliau itu ?.Bagi aku,Indonesia adalah Tanah yang amat memberi Inspirasi.Buminya masih punya keaslian budaya,dan permikiran suci luhur.Aku selalu berharap,Indonesia akan kekal berbudaya.
Akhirnya aku tiba ke ruang udara Jakarta.Hamparan sawah pagi,yang menghijau dan sedia kuning.Menyambut kedatangan aku dan teman.Indah bukan ?.Sayup sungguh mata ini memandang,kepada ufuk di kejauhan.Rumah-rumah berdiri berselerak,meconteng kedudukan pada petak-petak sawah.Mereka di sini,masih lagi mengunakan cara tradisional dalam mengerjakan ladang pertanian.Kelihatan di sana-sini,ada asap-asap putih berkepul ke udara.Terhasil,dari pembakaran secara terbuka.Cara paling mudah,murah dan berkesan.Bagi membersihkan ladang,selepas musim menuai.
Ini adalah kali pertama,aku ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta.Selepas selesai,segala urusan.Tiba sahaja ke luar,pintu airport.Aku mula terasa,bunyi bising dan pikuk dari penghuni kota.Dengan jumlah penghuni kota,kira-kira seramai 16-18 juta orang !!(di wilayah Jabotabek sahaja).Jakarta memang sebuah bandar Metropolitan tersesak dan padat.Banyak kemajuan,yang sudah mula di capai bandaraya ini.Deretan Apartment dan gedung-gedung perniagaan,berdiri sunyi melatari kaki langit.Sama sahaja,seperti bandar-bandar moden lain.Jakarta juga tidak lari,dari masalah rumah setinggan,kemiskinan tegar dan kesesakan jalan raya.Walaupun,sudah lebih 60 tahun merdeka.Semua permasalahan ini.Masih menebal dalam mencengkam jasad bandaraya mega ini.Sesuai dengan nama jolokan 'Bandar Durian'.Macam-macam jenis bau dan aroma.Boleh kita bau dan rasa di kota ini.Dari bau sate dan baso semerbak,dari pendati kayu.Sehinggalah ke bau sampah dan longkang yang tak terurus.Aku teringin sekali.Membeli makanan dari peniaga-peniaga di tepi jalan.Bau masakan mereka memanglah sedap.Bila mereka menumis,yay~semerbak sungguh bau aroma ke udara.Tetapi,mengenangkan bahana,yang bakal aku terima selepas makan nanti (Sakit perut).Maka,aku lupakan saja
.Aku bukanlah nak kata,makanan mereka tak bagus.( Aku pernah rasa tempe goreng dari tepi jalan.Yay,memang tersangat sedap dan ranggup).Cuma,itulah~sebab makanan telah terbiar lama.Dengan debu bertebaran,dan asap kenderaan di sekeliling.Itu membuatkan kualiti makanan amat tercemar.Jadi untuk lebih selamat.Pergi sahaja,makan di restaurant.Jakarta mempunyai banyak pilihan restaurant.Yang menghidangkan bermacam jenis makanan asli,dari pelbagai wilayah.Harganya pun,tersangatlah murah dan berpatutan.Dengan muka bumi dan berpuluh ras kaum/suku.Indonesia mampu memberikan beratus pilihan juadah makanan.Dari style sundanese,javanese,padang mahupun balinese.Antara juadah-juadah yang aku suka.Adalah seperti Nasi timbel,Gudeg dan Baso bebola daging.Begitu juga dengan Nasi Padang.Percayalah~Gulai kawah di sini,paling tersedap.Pernah aku makan dan rasa.Yay,kat malaysia pun,aku tak pernah sekalipun memakan nasi padang.
Dari lapangan terbang Soekarno Hatta.Aku terus ke Stesen Gambir.Kami ambil Airport Transfer Service.Caj yang kenakan cuma Rp 200.000.Ini disebabkan,kerana terlalu banyak bagasi,yang dibawa.Kalau mahu naik teksi Bluebird,memang tak akan muatlah.Dalam perjalanan,seperti biasalah.Jalan-jalan di Jakarta tersangat macet.Tapi,entah mengapa.Aku tak pernah rasa itu menyusahkan.Yay,sebab bukan aku yang memandu.Lagipun,aku di dalam mood bercuti.Tak perlu,nak rasa marah atau emo.(sebab hal-hal yang tak perlu).Aku tak kisah pun,jika aku terkurung selama 3 jam didalam kereta.Aku tak akan,pernah merasa bosan.Dengan merenung ke luar.Menonton~Drama kehidupan manusia,di tepi jalan.Sudah cukup,untuk menghiburkan aku.Aku on kan saja kamera.Tekan-menekan butang..dan terus merakam-rakam.Ada banyak subjek indah di kota ini.Aku cuma perlu lihat-nikmati dan fahami
.
Sistem trafik di Jakarta,memang boleh buat kita lemah jantung.Tiada aturan,sewaktu memandu.Semua kenderaan bermotor,boleh dibawa laju sambil selit menyelit.Lampu isyarat itu,semacam perhiasan sahaja.Cakap,apa sahaja jenis kesalahan lalu-lintas.Semuanya akan dibuat oleh pak supir.Aku pernah melihat,orang lalu lintas di rel keratapi~dengan selamba muka.Walaupun,lampu isyarat di rel keretapi sudah terlalak berdenting-denting,dengan lampu merah.Memanglah ada kereta/motor yang sudah berhenti.Tapi,macam banyak pula lagi motor-motor.Yang tanpa rasa takut.Elok melaju dan meluncur~Melintasi rel keretapi tanpa gusar.Yay,memanglah mereka buat benda itu,hari-hari.Sudah tegal lagi sudah biasa.Tapi,bagi kita yang melihat.Pun laju-lajulah berdoa.Agar tiada siapa pun,yang tercedera.Hurmmm,tapi penduduk jakarta memang pakar didalam memandu kenderaan.Memang mereka bawa laju.Tapi,sebenarnya mereka sangat berhati-hati.Bila lihat Jakarta,buat aku terfikir.Betapa kita di Malaysia~sangat mewah dengan jalan raya.Tentang isu-isu yang lain.Aku tak mahulah mengupas panjang.Aku harap,satu hari nanti Jakarta akan berubah indah.Sudah tentu itu pasti.Kerana Jakarta mempunyai keunikan tersendiri.Insya Allah.
Sampai sahaja ke Stesen Gambir.Terus kami pergi beratur ke kaunter,untuk membeli Tiket sehala ke Stesen Tugu Jogyakarta.Harga seunit tiket bagi kelas Eksekutif,adalah 265,000rp.Untuk 4 orang,jumlah semua adalah 1060000rp.Mulanya,kami rasa berdebar juga.Jika tiket,untuk perjalanan malam sudah kehabisan.Memanglah ada plan B~Iaitu cari hotel.Dan bermalam saja,semalam di Jakarta.Pagi selasa nanti,baru naik tren pagi.Tetapi,itu cuma akan membuatkan.Aku kehilangan waktu sehari di Jogya.Aku silang jari,berdoa agar adalah tiket~untuk kami berempat.Akhirnya~Yehaaaaaa.Syukur,dapat juga beli tiket,dengan seat yang selari.Keretapi akan bertolak,sekitar jam 8:45 malam.Dan akan tiba di Stesen Tugu,pada jam 4:30 subuh.Jadi sementara menunggu waktu bertolak.Kami simpan dulu bagasi,di tempat simpanan barang.Aku sudah lupa,berapa kami dikenakan caj.Satu yang aku fahami,di Jakarta.Ialah janganlah segan ataupun malu untuk bertanya.Penduduk tempatan,ataupun Staff bertugas.Akan sedia hati,dalam memberikan bantuan.Mereka sangat peramah,dalam menjawab setiap persoalan anda.Jadi sementara menunggu-nunggu.Kami terus keluar dari stesen gambir,dan berjalan kaki ke Menara Monas.
Cuma 5 minit sahaja,dengan berjalan kaki.Yang kelakarnya,setiap kali ke Monas.Aku mesti tak akan jumpa jalan masuk.Jadi,kami masuk ke taman.Melalui bukaan pagar besi yang terlopong.Memang jalan tikus betul.Bukanlah tak mahu mencari pintu pagar utama.Tapi,aku memang malas nak berjalan jauh.Lagipun,ada pula pakcik-pakcik yang duduk meniaga di depan stesen.Yang,amat ramah hati menunjukan arah jalan masuk.Jadi kami ikutkan sahaja.Hahahaha,bayangkan~bukaan jejari pagar cuma sekaki.Susah payahlah,kami memboloskan diri.Syukur,tiada siapa yang tersangkut.Bila kami sampai di perkarangan Monas.Cuaca sudah mulai suram.Suhu terasa amat hangat,tapi menjadi segar sedikit kerana berangin.Sekarang adalah musim kering di Indonesia.Kelihatan rumput taman yang terhampar,sudah terlihat mati ataupun menguning.Suasana taman pun,agak kelam.Tapi,itu tak menghalang untuk kami berjalan-jalan.Mengambil angin petang di Monas.
Monas adalah satu singkatan,bagi nama Monumen Nasional ataupun Tugu Monas.Tujuan didirikan,sebagai satu monumen peringatan.Dengan ukuran ketinggian,setinggi 132 meter (433 kaki).Tujuan utama pembinaan,adalah sebagai mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia.Pembangunan monumen ini,telah bermula pada 17 ogos 1961.Ianya adalah projek mega,sewaktu di bawah perintah presiden Sukarno.Monas mula dibuka,kepada umum pada 12 julai 1975.Terletak betul-betul,di tengah Medan Merdeka.Monas di kelilingi,dengan bangunan-bangunan lain.Seperti Istana Merdeka,Makhamah Agung dan berapa bangunan penting milik kerajaan.Yups,kita boleh naik ke pelantar pemerhatian.Untuk menikmati pemandangan kota jakarta.Huik,bilalah aku dapat peluang naik ?.Sebab waktu lawatan,hanya dari 8 pagi-3 petang.Monas juga,merangkumi,Dewan Kemerdekaan dan Muzium Nasional,terletak di bahagian tapak menara.Apa yang membuatkan monas unik adalah.Dengan adanya binaan Obor Api di kemuncaknya.Terbina~Sebagai satu simbol perjuangan rakyat indonesia.Yang sentiasa menyala dan berkobar-kobar.Di saluti dengan emas tulen,seberat hampir 50 kilogram.Ianya sentiasa bersinar terang,selari dengan maksud pembinaan obor.Iaitu sebagai~'Api Nan Tak Kunjung Padam'.
Mulanya teringin juga,mahu bersiar di sekeliling Lapangan Medan Merdeka.Tapi,kerana mahu menjimatkan tenaga dan masa.Kami cuma bersiaran di Taman Medan Merdeka Timur.Kerana,ini sahaja bahagian taman,yang sangat berhampiran dengan Stesen Gambir.Orang yang mengunjungi taman pun,tidaklah ramai.Cuma ada seorang dua,penjaja menjual air minuman.Hurmm..mungkin kerana hari pertama bekerja.Tiada siapa mahu berlibur ke Monas,pada hari isnin.Malah, hanya kami sahaja para pelancong sesat di situ.Jadi,seperti biasa.Aku keluarkan kamera.Lantas memenuhkan memori card~dengan aktiviti berfoto-fotoran.Satu yang aku perasaan,tentang tugu ini.Ianya di bina,betul-betul di tengah pusat pemerintahan Indonesia..Kita boleh perhatikan.Di setiap bahagian mata angin taman ini.Ada berdirinya,bangunan-bangunan yang sangat berkepentingan bagi Pusat pemerintah.Terletak bahagian utara Menara Monas~Adanya bangunan Istana Merdeka,Mahkamah Agung, Kementerian Dalam Negeri,Markas Besar Angkatan Darat.Manakala di belah bahagian barat pula,terletak Bangunan Muzium Nasional Indonesia,Markas Besar Tentera Nasional dan Kementerian Informasi.Di bahagian timur pula,adanya & Stasiun Gambir,Kantor Pusat Pertamina,Markas Besar Kostrad,Gereja Immanuel dan Galeri Nasional.Semuanya dibina dan terhimpun di sini.Yay..kompleks Monas,benar-benar seumpama jantung bagi kota Jakarta.
Masjid Istiqlal pula,terletak di belah sudut timur laut.Dengan ukur diameter kubah,sebesar 45 meter.Dan luas bangunan Masjid sahaja,sebesar 2.5 hektar.Telah menjadikan Masjid Istiqlal ini,sebagai Masjid yang paling terbesar di Asia Tenggara.Malah ruang solat masjid,mampu menampung~lebih daripada 200,00 ribu jemaah.Indonesia,adalah sebuah Negara yang mempunyai penganut agama islam terbesar di Dunia.Maka tidak hairanlah,masjid ini.Sentiasa menjadi pusat kegiatan dakwah.Bagi penduduk islam di sekitar kota Jakarta.Masjid ini,memang dibina unik.Setiap bentuk,dan ukuran binaan Masjid.Mempunyai maksud yang tersendiri.Dibuat ukuran sebanyak 45,bagi diameter kubah utama.Adalah bersempenan tahun kemerdekaan indonesia~iaitu 1945 !!.
Sambil berjalan,sambil ambik gambar.Tak sia-sia aku membawa 2 unit kamera.Bukan apa,sebab mudah untuk mengambil gambar.Satu aku berikan kepada Nad.Gunalah,snaplah apa sahaja.Janji jaga elok-elok.Satu lagi kamera,untuk kegunaan personal aku.Yay,memang hobi aku mengambil gambar.Aku tak rasa~Jika hanya bawa satu kamera.Itu mencukupi,apatah lagi untuk memuaskan hati semua orang.Sebelum berebut,nak mengunakan kamera.Awal-awal lagi,aku sudah pinjam satu lagi d40x dari kawan baik aku,Amaron.Dengan adanya 2 kamera+bermacam lokasi=Dan hasilnya ?~Setelah seminggu di Indonesia.Berjaya buat Aku miliki,hampir 2000 keping gambar.Itu tak campur,yang telah di delete (terpaksa).Sebab tak mencapai tahap,seperti aku mahu.Banyak ?..Yups sangat banyak.Berpinar mata,waktu duduk memilih.Owh..lain kali.Aku sepatutnya ada rasa benci~waktu mengambil gambar.
Ini adalah suasana Taman di Monas,setahun yang lepas.Aku pergi pada hari sabtu.Yay,sangatlah padat dan penuh dengan para pengunjung.Baik tempatan,warga jakarta sendiri mahupun pelancong dari luar.Suasana sekeliling memang meriah sekali.Ada yang datang membawa keluarga.Berbondong-bondong,duduk beriadah sambil berpicnic.Anak-anak kecil berlarian,sambil bermain layang-layang.Di sudut-sudut taman,pakcik-pakcik tua~leka bermain catur.Manakala di kaki menara,pelancong bingar sambil mengabdikan gambar.Sangat berbeza,dengan suasana kali ini.Seolah-olah,aku telah pergi ke tempat yang berbeza.Kali ini,suasana sangat sunyi dan sepi.Tiada hiruk pikuk.Tiada ratusan pelancong yang bergembira.Tiada si penjaja dan penjual,yang menjual barang dagangan.Yang ada,cuma 3-4 orang warga tempatan yang berjogging di sekitar taman.Hurmm..mungkin aku,datang pada hari yang salah.
Waktu,meneliti jadual percutian.Aku sudah pening kepala sebenarnya.Banyak tempat yang mahu dilawati.Tetapi,masa pula yang terhad.Walaupun,aku akan berada seminggu di Pulau Jawa.Tapi,hanya 4 hari saja aku peruntukan untuk berada di Jogya.Baki hari-hari yang tinggal ,aku akan habiskan di Bandung.Mulanya,memang pada peracangan asal.Aku sangat-sangatlah,nak habiskan seminggu bercuti di Jogya saja.Puas sudah aku melobi-lobi.Agar semua orang pergi bercuti ke Jogya.Puas aku bercerita,tentang keunikan wisata di Bumi Jogya.Namun,disebabkan kawan-kawan aku.Memang spesis tegar kaki shopping,dari kaki peminat Sejarah Budaya.Maka aku terpaksa akur diri hahahahahaha..Yups~Mula-mula,ikut pada rancangan.Aku mahu sangat pergi ke Jogya,bersama Ray dan Shafiq saja.(mudah,semua lelaki.Jadi boleh sewa satu sahaja bilik hotel).Boleh juga,dilatih skill photography bersama-sama.Aku pasti sudah,Jogya itu memang dipenuhi.Dengan subjek-subjek foto yang gempak-gempak.Tapi,disebabkan oleh kekangan masa.Dan jadual kelas shafiq,yang terlalu padat.Aku terpaksa lupakan saja niat itu.
Semasa memberitahu kepada Nad,yang aku mahu ajak dia perci bercuti.Aku cuma mengajak-ajak ayam sahaja.Sehinggalah~Nad call dan berhasrat mahu ikut sekali.Aku seriau pada mulanya.Yelah,pergi bercuti dengan anak dara orang.Tetapi,sebab dia membawa Shaz sekali.Jadi tak menjadi masalahlah.Terima kasih,kepada Ibu-Bapa Nad,sebab amat percaya dengan niat aku.Yups,memang mahu pergi bercuti saja.Bukannya,mahu membawak lari nad pergi honeymoon.Lepas,itu ada aku mengajak-ajak teman lain,agar bercuti sama.Yay,yang mahu ikut bercuti itu.Memanglah lah ramai.Tetapi..mereka semua itu,cuma mahu ke Jakarta dan Bandung saja.Cuma Ray,Nad dan Shaz saja,yang termakan pujuk rayu aku.Untuk temankan aku bercuti ke Jogya.Disebabkan semua orang mahu ke Pulau Jawa.Tetapi berbeza-bezapula destinasi.Jadi,kami pecah-pecahkan kumpulan dan hari berangkat pergi.
Selepas lama duduk berbincang dan duduk bertelagah.Perancangan baru pun di buat~aku dan 3 orang kawan ( Ray,Nad dan Syaz ) akan terus ke Kota Jogya pada hari Isnin.Pada hari Jumaat pula,kami akan terus menuju ke Bandung.Sebab 3 orang lagi kawan,sudah menunggu di Bandung ( Kak Amy,Abang Sham dan Farah ).Mereka akan tiba,sehari lagi awal.Iaitu pada hari khamis.Pada hari Sabtu pula,kami akan di sertai lagi 4 orang lagi teman,yang baru tiba dari Jakarta (Abang Syuk,Shafiq,Kak Waty dan Kak Nita ).Wow,memang sangat cuti-cuti Indonesia betul.Jadi jumlah kesemuanya,adalah 11 orang pengembara.Yang amat berbeza sekali..tujuan,niat dan destinasi.Tetapi di Paris Van Java~kami akan berjumpa dan berkumpul semula.Kami pilih~Kota Bandung jadi tempat perjumpaan.Disebabkan kota ini,elok terletak di tengah-tengah~di antara Jakarta dan Jogyakarta.Jadi sangat adilah bukan ?.
Apa-apa pun,aku gembira.Kerana di akhirnya.Impian untuk pergi berlibur sama teman-teman.Sudah pun tercapai.Rasa macam bermimpi pula.Di bawah,bayang Monas aku habiskan masa bersama teman-teman yang sangat aku sayang.Aku tak punya ramai kawan.Yang sedia ada itu pun,taklah sampai seramai 20 orang.Yang betul-betul rapat,dengan aku pun~cuma seorang dua.Bila aku lihat semua.Nilai kehidupan aku,yang sekarang ini.Aku rasa,aku sudah punya kawan yang mencukupi.Tak perlu banyak kawan.Sebab banyak itu,cuma membazir.Yang sedikit itukan,lebih berkualiti.
Akhirnya aku ketemu,dengan tugu pejuang yang aku sangat kagumi. Pangeran Diponegoro.Mulanya,aku mencari Patung Penyair Chairil Anwar.Tetapi tak ketemu.(Sebab hari sudah mula gelap).Siapa Dipogegoro ?.Nama itu,mungkin asing di Malaysia.Tetapi,di Indonesia~Beliau adalah Sang Pejuang Sebenar.Keberanian beliau menentang kekejaman Penjajah,adalah rangkap terbaik dalam buku sejarah Indonesia.Demi membantu rakyat yang ditekan&ditindas Pemerintah Belanda.Beliau bangkit,mengajak rakyat menentang sistem koloni.Perjuangan berani Diponegoro.Menjadikan beliau,seorang Hero Nasional yang sangat terkenal di Nusantara.Telah banyak buku,aku baca mengenai kisah riwayat hidup beliau.Dari pertempuran dan perperangan,dengan pihak belanda.Sehinggalah beliau ditangkap dan dibuang negeri.Amat,menyedihkan,kerana beliau meninggal dunia,saat dalam buangan di Makassar.Patung seberat 8 tan ini,telah diukir oleh Coberlato.Seorang pengukir dari Itali.Beliau mengambarkan Diponegoro,diatas kudanya.Bersedia untuk melonjak ke arah satu lagi peperangan.Entah kenapa,aku rasa sayu sekali.Mungkin kerana,aku terbawa-bawa dengan apa yang aku baca.Seorang berjuang bermatian-matian,untuk negaranya.Bukankah itu,tindakan yang terlalu mulia ?.Aku harap,kisah Diponegoro akan kekal untuk semua.Bukan sekadar di tulis,ke dalam buku.Atau di pahat kosong pada batu.Semangat Diponegoro,adalah untuk semua umat manusia.Peringatan~Untuk sedia bangun,berani membela bangsa,agama dan negara.
Sekitar Jam 5:57 petang.Suasana sudah kelihatan sangat senja di Jakarta.Ini adalah di sebabkan,waktu masa Indonesia lebih cepat sejam dari Malaysia.Sedikit pelik rasanya.Bila melihat,matahari sudah mulai terbenam jam 6:00 petang.Aku rasa,semacam tak cukup pula masa siang.Baru duduk,bersiar di taman dan snap 3-4 keping gambar.Tiba-tiba,langit sudah bertukar gelap !!.Tapi,serius...sewaktu momen ini.Kaki langit,kelihatan sangat-sangat cantik.Monas,masih setia berdiri keseorangan.Bangunan-bangunan pencakar langit sekeliling,mula bertukar menjadi silhouette.Bias warna matahari petang.Terasa sangat sureal.Bayangkan,tadi aku melihat kesibukan seluruh isi kota jakarta.Tiba-tiba,semuanya seolah-olah mati dan senyap.Bagaikan satu panggilan,menyatakan masa di jakarta~sudah berakhir.Tiada lagi bunyi bising dan bingar.Pengunjung taman,mula beransur pergi.Angin bertiup perlahan,membawa sama rasa sunyi.Susah nak digambarkan perasaan ini.Aku on kan saja,kamera dan mula merakam-rakam.Aku sudah lupa,bila kali terakhir aku melihat matahari terbenam.Tapi,aku pasti akan ingat selalu.~Menonton matahari tengelam di Monas,antara yang terindah. Sudah tentu,memori ini~tidak akan di lupakan.
October 10, 2011 at 7:05 PM
kenapa di jakarta sahaja? mana pic jogja? borobudur? prambanan? merapi? tmn tema ancol? ;p
October 10, 2011 at 7:39 PM
shaz-Sabarlah lah.Nieh baru nota jakarta.Nota Jogya,Borobudur,Kraton belum lagi..hohoohoho
October 11, 2011 at 7:51 PM
megat. taktau nak cakap macam mana. kalaulah bahasa i mcm u =,=
btw sumpah pic gila cantek. :D
October 11, 2011 at 8:14 PM
Shafiq-Tak perlu guna bahasa macam me.Call saja sudah,n cakap hahahahah.
No lah,gambar me mana ada soul.
Belajar pun sendiri-sendiri jer.
:-)
Huik,pic kamu~lagi gempaks !! *jari ketam.
October 12, 2011 at 3:40 PM
Suka baca... tak dapat pergi, tapi saya dapat bayangkan hampir semuanya. Terima kasih :)
October 12, 2011 at 4:40 PM
ed-jangan risau,sampai masa nanti.Pasti,kamu sampai juga.
:-)
October 13, 2011 at 6:00 PM
Yeay best betul baca! Cant wait for part 1 2 3 4. Hahahahhaha :D
October 13, 2011 at 10:02 PM
Nad-Yay,post yang ini pun.
Ambik seminggu utk draft dan pilih picture.Hurmmmm,part di Jogya.Minggu ini,me akan siarkan.
Tunggu ya.
October 17, 2011 at 5:41 PM
beautifully written and narrated megat. really.
October 17, 2011 at 8:16 PM
reez-Holla,reez :-).
Well ?,yay me selalu rasa.Karangan bahasa melayu me sangat-sangat teruk.
Hurmm,ini pun..2-3 kali me tulis dan draftkan semula.Lama tak menulis,beginalah jadinya. :-)
sabar ya,me sedap menaip-naip part 2 pula.
October 20, 2011 at 12:28 PM
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck by Hamka dan Aku by Chairil Anwar.. Sayang kepada sesiapa yg x baca buku tu.
Btw best sangat baca post ni. Btw eihter hujung tahun ni or tahun depan may b akan backpacker ngan sorang anak dara kot..
Jom sesat
October 20, 2011 at 1:13 PM
aj-me menangis,bila membaca memoir hamka.Sayu sangat,bila bab akhir kehidupan beliau....tak seagung,pencapaian beliau.
sekarang pun,tak ramai lagi yg kenal dengan hasil karya beliau.
sayang~Hamka,sudah mula dilupakan.
err..best kah ?,rasa macam banyak sangat kesalahan tatabahasa.Ayat pun tunggang langgang sangat.
huik,itu harus.Pergi dan alami sendiri.Mmmg berbaloi !!
:-)