Kenapa Kuning Kalah
Apa guna,bina Perhimpunan Aman.
Jika niat pada hati...mahu berperang ?.
Apa guna,titah raja~'Carilah Stadium'.
kaki angkuh terjumpa: mencium rupa jalan ?.
Apa guna akal itu bijak,umpama sang dewa.
Tapi kias kata,berdalih-dolak..berdesir setan.?
Apa guna,warna kuning di junjung puja-puja.
Akhir cuma,cebis-cebisan yang timbul pudar ?.
Apa guna undang-undang dikarang tulis pendeta.
Jika semua membuta-bisu: melacur membaca kata.
Apa guna lantang bersuara apabila kala ramai.
Waktu sendirian pula:berdecitan tikus longkang ?.
Apa guna Hujan turun membawa baraka syurga.
Tapi,mulut erat terkatup-tutup: memeluk dahaga.
Apa guna menjadi sebijak makhluk manusia.
Jika ikut telunjuk cinta:seperti anjing jalanan ?.
Apa guna,menghias tiru...serupa rasul Allah.
Suara terpekik-mekik~menjadi jahil biadap.
Apa guna berani-berjuang-seperti babi liar.
Tapi,hati lebih lembut,rupa..sifat dari lidah ?.
Apa guna lantang:menjatuh baling menghukum.
Sedangkan kita juga~akan..di adili hari pasti.
Apa guna apa guna apa guna..Apa gunanya.
Apa guna bila diperguna-guna.Aduhh terguna.
sedarlah nanti diri: perjuangan~tak lagi berguna.
sedarlah nanti diri: perjuangan~tak lagi berguna.
July 10, 2011 at 10:33 AM
memang lgsung tak bguna...tak dpt pa2..kan?kan?blgak cam hero tak serupa hero...:)
July 10, 2011 at 10:37 AM
Miss frog-perjuangan itu murni.
Cuma tanga-tangan manusia,terlalu kotor...utk mengibarkan perjuangan itu.
July 10, 2011 at 11:41 AM
Unggun-Bersih
Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
A Samad Said
*sy redha, mungkin hanya "Unggun Bersih" ini penawar bg mengubat bait2 "Kenapa Kuning Kalah" yg kaya nilai makna bahasa tersirat.
July 10, 2011 at 2:11 PM
apa guna tak berguna,
diri sendiri (& org lain jugak) yg merana.
sedeh
July 10, 2011 at 5:42 PM
hopefully, suara2 mereka ini didengari dan dipertimbangkan....
July 10, 2011 at 6:33 PM
Azrin-Semalam bukan kuning saja kalah.Tetapi,begitu juga kesabaran dan keimanan.
Cuma ada satu saja,pihak yg bersorak surai.Ketawa gelihati..melihat kebodohan bangsa manusia.Dan dia,adalah musuh kita yg paling nyata.
July 10, 2011 at 6:34 PM
Nae-Di akhirnya,tiada siapa pun yg akan menang.Tetapi,akan ada pihak..yang terasa rugi.
July 10, 2011 at 6:35 PM
Shaz-Bisikan kata cinta yang paling indah.Bulan pun,akan berhenti...utk mendengar.
July 10, 2011 at 11:20 PM
Hidney-Kebodohan,ialah bila...kita tak tahu membezakan.Mana satu "Tuhan" dan mana satu "Tuan".
akhirnya,kita menghambakan diri..pada bayang-bayang sendiri.