<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-3355259866565760309', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

2011

Setahun yang berakhir semalam.Adalah antara tahun-tahun terbaik,yang pernah aku lalui.Amat jelas sekali.Detik masa dan perjalanan takdir..yang berbelas kasihan.Telah membawa aku ke banyak tempat baru.Aku telah buka mata dalam melihat.Apa itu erti kehidupan yang sebenar.Aku belajarkan diri,dari pengamatan terhadap kehidupan orang lain.Buruk dan baik,semuanya adalah ajaran yang mengajar.Semua ini,membuatkan~Aku semakin jelas dan faham.Tentang matlamat dan tujuan..kenapa aku perlu hidup.Namun,perkara yang paling penting sekali.Ialah mengenai~jutaan pengalaman,yang telah aku kumpulkan.Setiap gambar atau coretan tulisan.Menjadi bekal-bekal ingatan,yang menyedarkan aku.Tentang,di mana aku telah pergi ??.Siapa yang telah aku kenal ??.Dan,segala kerumitan hari-hari semalam itu..Aku telah jadikan panduan~dalam menghadapi tahun-tahun mendatang.
Bila aku menoleh ke belakang sebentar.Baru aku sedar.Hidup aku ini,benar-benar telah dipenuhi dengan 1006 rahmat.Syukurlah,kerana aku masih hidup dan tetap bernafas lagi.Malah diberikan tubuh badan yang masih terelok.Aku belum terlalu tua.Dalam membuat andaian dan penghakiman.Dengan kesihatan diri yang masih segar.Aku masih tak terlalu lupa,untuk bersyukur.Harap,dengan segala kudrat yang bugar ini.Ada banyak bakti dan idea,yang mampu aku capai.Dan kongsikan bersama kalian.

Untuk tahun ini.Aku masih mahu selalu mengingatkan diri.Jangan terlalu bongkak dan bangga.Kerana kita semua ini,adalah manusia-manusia bodoh yang terhebat.Malah sangat bodoh,hingga layak belajar lagi.Aku masih manusia yang ada kelemahan.Dan itu semua,masih perlu diperbaiki.Harap-harap,setahun yang mendatang ini.Akan memberi aku banyak masa.Untuk mencapai setiap sudut kesempurnaan itu.
Apa yang boleh aku rumuskan.Tahun yang berlalu semalam.Telah pun membuka lebih banyak ruang.Aku telah dapat,buat dan pelajari bermacam jenis perkara yang baru.Aku tak lagi,hidup dakam ketakutan mahupun kebuntuan.Yang,paling penting sekali~Aku telah berjumpa dan berkenalan,dengan bermacam jenis rupa manusia dan kawan.Mereka inilah,menjadi faktor utama.Kenapa kau masih mahu berkarya.Mereka menyokong aku tanpa alasan.Dan,sudah tentu aku akan hargai sekali.Segala usaha dan sokongan percuma itu.Ya Allah..hidup ini memang satu kurnian debu syurga.

Kadang-kadang,aku terfikir juga.Semua ini [Kehidupan yang aku lalui] adalah perkara yang paling pelik. Aku tak pernah menjangkakan apa-apa.Namun segala perkara terhebat dan baik.Akan jatuh diatas kepala aku.Ini amat membenarkan kata-kata,seorang kawan....yang~'Perjalanan hidup ini,Semuanya akan berlaku pantas seperti magic'.Maka,jangan terlalu mengharap.Lalui hidup ini seadanya.Jangan putus nafas dalam memohon doa.Insya Allah,perkara-perkara yang baik..pasti akan terjadi.
Yupss,jadi aku tak pernah mahu merancang apa-apa pun.Aku tak mahu terlalu bercita-cita kosong.Aku cuma perlu buat,apa yang perlu dirasakan perlu.Aku juga,tak perlu jadi orang lain.Aku perlu telan diri ini seadanya.Segala kekurangan,itulah yang membentuk diri ini.Maka~Aku serahkan segalanya pada yang Esa.Lihatlah,kerana kasih dan belas-Nya.Telah pun,membawa dan membimbing aku dengan selamat~ke hari ini.

“2011”

  1. OpenID bukankosong Says:

    nice room!

  2. Blogger Qarl Says:

    megat!!!!

    bilik u awesome!

    hiks

    happy new year 2011

  3. Blogger Anisa Hang Tuah Says:

    me,selamat tahun baru...
    tu rambut tahun baru ke me?

  4. Blogger iKhRam Says:

    belajar, belajar dan belajar..
    itulah tujuan menjadi manusia

  5. Blogger Muhammad Says:

    Bukankosong-Hey,terima kasih.Errrr...tiada yang menarik pun.Cuma satu lagi,bilik bujang.Sama seperti yang lain.

    :-)

  6. Blogger ☺[ai][sUmi]☺Chan Says:

    hepi new year ^__^ ehh... banyak pensel warna..

  7. Blogger Muhammad Says:

    Qarl-Huik,bilim me buruk jerk lah.Hohohohoh !!!.
    Selamat Tahun Baru,untuk kamu juga.

    Anisa-Yups,tapi me rasa macam nak potong lagi pendek.Sekarang musim panas.Buat me,sangat-sangat rimas.

    Ikhram-Selamat Belajar,ya.

    Aisumi-Errrr,dua set dicampur-campur.Letak dalam satu cawan.Mmmg cantiklah jadinya.

  8. Blogger Azah Skaliskala Says:

    happy new year!
    may 2011 will be better than previous year :D

  9. Blogger Muhammad Says:

    Azah-Terima kasih.
    Selamat Tahun Baru 2011,untuk kamu juga.hohohoohoh.

  10. Blogger Afeeqa Says:

    selamat tahun baru, megat. :)
    semoga tahun 2011 ini akan lebih mewarnai dunia megat.

  11. Blogger Anez Says:

    yup setuju. jangan bongkak dan bangga diri. kita manusia ni hamba je nak bernafas pun pinjam oksigen. selamat tahun baru 2011. semoga dapat mencapai kesempurnaan itu ye :p

  12. Blogger Muhammad Says:

    Afeeqa-Salam Tahun Baru.
    :-)

  13. Blogger Muhammad Says:

    Anez-Salam,Salam tahun baru 2011.
    :-)

    Harap,kamu pun jumpa..kesempurnaan hidup itu.

  14. Blogger edzlin007 Says:

    Selamat Tahun Baru Megat. Suka background tu.

  15. Blogger Muhammad Says:

    Edz-Selamat Tahun baru

    :-)