<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Serabut


Ya..aku selalu mendapat tawaran kerja,untuk mengambil gambar.Jika difikir-fikirkan semula,bayaran yang bakal diterima itu memanglah amat lumayan.Namun,aku masih berkeras hati untuk menolak segala peluang.Bukan hanya sekali,bukan 2..tetapi sudah menimbunpermintaan itu.Yang semuanya aku sambutkan dengan perasaan hambar dan sepi.Setiap tawaran yang datang,hanya akan buat aku jadi serba salah.Tersepit,diantara prinsip kerja dan situasi untuk memuaskan hati orang.Yang benar,jauh terdetik di dalam hati.Aku sentiasa rasa ini cuma satu permintaan yang mengundang masaalah.Ya,ianya memang satu masalah.Masalahnya,adalah kerana~'Aku bukanlah seorang Jurugambar '.

Minggu lepas,kawan baik aku memberi satu lagi tawaran kerja.Aduh,aku sudah mula tak senang duduk.Untuk mengambil gambar-gambar di Majlis perkahwinan.Majlis itu, dijangka akan berlangsung selama 3 hari berturut-turut.Aku sudah mula pening kepala.Kawan itu,sudah puaslah memujuk-mujuk. Untuk aku segera berkata 'YA', dan mengambil tugasan itu.Dan puas jugaklah, dari pihak aku untuk setia dalam berdolak-dalih.Sambil berkira-kira,aku bermain tarik tali pula.Apa kata jika aku hanya mengambil tugasan untuk satu hari sahaja ???.Lagipun,aku memang tak pernah berpengalaman pun.Apatah lagi,di dalam mengambil gambar di majlis perkahwinan.Aku memang tiada pendedahan yang banyak,di dalam bidang ini.

Pernah juga,aku mendapat peluang sebegini.Kadang-kadang,tugasan yang aku terima itu.Aku akan segera berikan kepada kawan-kawan jurugambar yang lain.Rejeki untuk mereka,segera aku niatkan di dalam hati.Memang lah ada klien yang terasa dan berkecil hati.Aku pun tak suka nak menghampakan orang.Tapi,entahlah...aku masih rasa.Aku masih terlalu hijau,untuk berkarya di dalam dunia foto.Ataupun dalam katalain,aku masih tak terbuka hati.

Aku rasa..hasil kerja aku selama ini,bukanlah bagus sangat pun.Walau sudah hampir 6 tahun berlalu.Sejak hari pertama aku duduk memegang lensa.Namun,itu bukanlah satu jaminan yang kukuh.Aku pun tak pernah nak suka,tentang apa yang aku dah hasilkan.Jika aku pun tak berapa nak berkenan.Apatah lagi nak mendabik dada.Dan meneriak pada kalian.Malulah,nak pukul keliling pada umum.Nanti orang bilang "Cakap sahaja berdegar-degar..tapi hasil kerja,macam rojak buah " !!!.

Sekarang,aku masih setia dengan prinsip yang satu ini.Aku hanyalah manusia yang masih jahil.Masih banyak perkara-perkara yang perlu di pelajari.Mungkin tawaran ini,aku akan terpaksa tolak lagi.Teman-teman yang rapat,sudah pasti akan mulai bising dan berleter mulut.Merungut,tentang 1001 penolakan dan alasan yang aku berikan.Aku ada alasan,dan mereka mahukan jawapan.Owh,apalah yang mahu aku "goreng" kali ini ??.

Maaflah,ini bukan tentang hal-hal mengenai bayaran.Maaf,jika kebisuan aku,merupakan satu penolakan.Biar masa memberitahu kelak.Bila dan saatnya,yang aku telah benar-benar sedia~Untuk berkata 'YA'.Kita tunggu dan lihat sajalah.Hohohohoho ~ Maaf sekali lagi,jika aku ini~telah menghampakan.Ini kerana,aku masih selalu merasakan..yang diri ini.Masih tak sesuai dan layak untuk dikenali.Biarlah,mereka yang benar-benar memahami apa itu "Seni foto".Menerima sahaja semua tawaran-tawaran dari kalian.Kerna,yang nyata.Aku cumalah " manusia penyibuk".Yang hanya bersuka-suka, dengan idea tentang bidang ini.~Hohohohohoho

P:s-Hey,besok pagi aku ada sesi bergambar dengan kanak-kanak tadika.

“Serabut”

  1. Blogger ♥Syamelia♥ Says:

    dulu i selalu tertanya, kenapalah i x kenal u bfore my 'big day'? now i know jawapannya...

    nasib baiklah my 'big day' dah berlalu, if i kenal u before i kawen, i pun akan berkeras nk u jadi my photographer... n leave u dalam dilemma...

    ~~~

    mmg la ramai photographer di luar sana, tp u laen, u amek gambar 'dari hati'...

  2. Blogger MORIBAYU Says:

    Kak Amy-wow..me ada hati???.Selama ini,me ingatkan me dah kehilangan satu.

    Hurmmm..tak mengapa.
    Gambar lepas kahwin,kan sudah ada banyak sekarang ini.hohoohoh