<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-3355259866565760309', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Ilustrasi


Aku baru habis menyiapkan ilustrasi ,yang di minta oleh seorang teman.Ini adalah kali ke-2, me mendapat tawaran untuk membuat ilustrasi untuk cover buku.Masa kali pertama, aku hanya mengunakan AI. Dan kali ini ,aku kena mengunakan cara lama.Yups,ilustrasi hitam putih dengan pen dan dakwat. Dengan berpandukan maklumat dan data yang diberi.Aku mula duduk seharian mencari idea. Mencari idea itu,memang mudah sahaja bagi aku.Tetapi di dalam memilih idea yang sama ,dengan apa yg di fikirkan oleh klien. Itumemang sangat-sangat susah.Kita kena sentiasa letak diri ,di dalam kasut mereka.Dari situ,baru kita boleh membayangkan..apa yg patut di lukis.Seolah-olah,kita membuat semua kerja ini, adalah untuk diri sendiri.Tahap kepuasan terhadap hasil kerja itu,harus jadi lagi tinggi melangit.Malah setelah menyudahkan 2-3 ilustrasi,aku masih lagi leka duduk melakar-lakar.Kenapa ??? Sebab,aku sendiri pun...masih tak mencapai tahap kepuasan itu.


Apa yang diminta oleh klien , sebenarnya memang mudah. Beliau mahu ilustrasi " sebuah bangunan yang terapung di langit,dengan dihiasi seni bina angkor wat ataupun candi-candi di indonesia.Latarnya langitnya pula..adalah kapal-kapal angkasa dan planet-planet ".Yups..memang mudah sahaja bukan ??. Aku terus merujuk pada buku , gambar dan data dari internet. Bagaimana rupa sebenar seni bina bangunan-bangunan ini. Berpandukan dengan 10-11 keping gambar.Aku mula duduk melakar-lakar kosong. Hari demi hari, aku tumpukan pada kerja ini.Tanpa tidur yang cukup,dicampur dengan kerja mengajar aku lagi.Akhirnya,selepas hampir 3-4 hari bertungkus lumus.Aku berjaya menyiapkan 4 ilustrasi. Walau di minta hanya satu,tapi memang aku kene beri banyak pilihan.Jika satu ilustrasi di tolak,aku masih ada yang lain untuk di pertimbangkan.


Owh,tuhan sahaja yang tahu betapa letihnya minda dan tangan ini. Dengan dateline hanya dalam seminggu.Aku kene siapkan ilustrasi ini,sepantas yang mungkin. Dan dalam masa yang sama,menepati dengan apa yang diminta oleh klien.

Pada hari aku pergi menghantar ilustrasi ini.Memang aku rasa teramat berdebar-debar.Bermacam-macam perasaan yang aku rasa.Gementar dan takut, jika apa yang aku buat tidak menepati visi klien.Malah bercampur juga,dengan sedikit rasa suka dan tenang.Sebab,aku sudah berjaya menyiapkan apa yang diminta.Apatah lagi,aku masih mentah di dalam bidang ini.Jadi bila ada peluang sebegini tiba.Aku rasa ianya adalah satu penghormatan.Malah ianya satu ruang..untuk aku memahami " Apa itu dunia Ilustrasi " , yang sebenarnya.Sekarang, apa yang boleh aku katakan.Cuma :

" Syukur kepada-NYA , kerana Ilustrasi aku telah diterima".

:- )

“Ilustrasi”

  1. Blogger adi miranda Says:

    susahnya dan bt ilustrasi macam tu. tapi pada tangan yang berbakat itu adalah kerja yang senang.

  2. Blogger MahaMahu Says:

    Nice lukisan tu ada imagenasi tersendiri..

  3. Blogger Muhammad Says:

    adi - me cuma mencuba. Syukur,semuanya usai sudah.

    mahamahu - hohohoho , terima kasih.

    :P

  4. Blogger ♥Syamelia♥ Says:

    of coz diterima...
    kerana hasilnya sggt indah...ressiole

  5. Blogger Farazila Says:

    wah..akhirnya berjaya juga siapkan....mesti puaskan..

  6. Blogger Little Darkstar Says:

    boleh tanye cover buku ape yg
    awk dberi job ilustrasi? angkor wat pelbagai....

    Selamat hari raya Muhammad, MZB ;)

  7. Blogger Muhammad Says:

    lilo - hahahaha , ye la. First cover me buat untuk u , kan ??.

    Darkstar - Hurm , nanti dah siap. Me beritahu ya.

    Ya..Salam Hari Raya juga untuk kamu.

  8. Blogger edzlin007 Says:

    teringin juga nak lihat hasil dan buku itu.

  9. Blogger Muhammad Says:

    Edz - Insya Allah , jika ada rezeki untuk me n semua orang. Pasti me buat berita susulan,ttg project ini.