Bagaimana Aku Tak Jatuh Cinta ???
Hari ini, aku akan ke Kuala Selangor. Walaupun pergi di atas urusan kerja.Tapi,aku akan gunakan waktu ini,untuk merehatkan fikiran.Dari 2-3 hari lepas,aku sudah teruja untuk kembali ke sini.Macam ada perhubungan diantara semangat aku dan tanah di daerah ini.Yups,aku memang suka berada kawasan desa.Masa berlalu amat perlahan di sini.Aku snap picca ini, semasa lawatan yang dibuat pada bulan lepas.Sekarang, selepas hampir 30 hari berlalu.Anak-anak padi ini, pasti sudah makin meninggi besarnya.
Memang aku tak akan dapat bayangkan.Betapa indahnya kawasan desa ini.Terlalu lama hidup di rahim kota, membuatkan otak aku jadi terlalu sebu dengan debu dan batu. Tetapi hari ini, adalah hari untuk aku berhenti sejenak. Lupaka semua kekusutan. Lupakan hal kerja. Masa dan detik ini...adalah ruang untuk aku sahaja. Jadi, tarik nafas dalam-dalam.Dan diam sebentar, dalam mengagumi setiap keindahan-Nya.
Hurmmm,petak sawah yang makin menghijau.Langit yang makin biru.Angin panas yang menderu-deru dalam lariannya.Yay,sudah pasti aku akan terlena di tepi bendang.
September 27, 2010 at 11:55 AM
selamat mengembara di bumi Allah :)
September 27, 2010 at 1:08 PM
Insya Allah , jauh berjalan...jauh lagi me memandang.
:-)
September 27, 2010 at 1:45 PM
kerana bergelumang dgn debu kota, buat kita lebih mneghargai apa yang kita 'tinggalkan' di belakang...
September 27, 2010 at 2:13 PM
suka 2nd pice.. cantek sangat!
September 27, 2010 at 3:38 PM
jauh berjalan , jauh pemandangan.
jauh berjalan cepat lah berpeluh ya!
P
September 27, 2010 at 10:32 PM
alhariez - kadang2 kita mmg kene menoleh ke tempat yang lain.
aisumi - terima kasih , hey...u pun patut pergi ke bendang.
acap - u lah , me tak.
September 28, 2010 at 5:42 PM
sy suka desa juga..harap dpt posting ke desa 1 hari nanti :)
September 28, 2010 at 6:47 PM
LD - Insya Allah , jika ada rezeki. Tentu takdir dan masa,akan membawa kamu ke sini.
:-)