Sesat
"Hey,kamu buat apa kat sini ??"
Ketika aku sedang leka mengecat
Dengan jendela yang meluas terbuka
Deruan angin dan panas di lewat musim julai
Mengheret masuk bersama, si kecil yang bersayap ini
Kamu sesat ??
Jangan takut : Ini bukan biru laut yang melemaskan
Jangan gentar : Ini bukan biru istana yang mengurung
Jangan murung : Ini hanya bilik kecil yang sedang di indahkan
Jangan suram : Kerna aku sedang gembira membina syurga kecil ini.
Dinding biru ini mungkin mengelirukan kamu..ya
Biru warna biru yang aku sapu ini..bukan langit kamu
Lihat dan Ingat, tiada awan yang beralun di sini
Tiada juga , debunga-debunga yang terapung melawan bumi
Mari , aku tunjukan di mana ufuk langit ini
Agar kamu terbang bebas jauh dari kekeliruan
Jangan , jangan sesekali diamuk kekalutan..dan gusar si kecil
Sesat kamu...Hanya mimpi yang sebentar
August 19, 2010 at 5:36 PM
mendalam tapi jelas maksudnya. cun foto nih.
August 20, 2010 at 12:45 AM
alhariez - terima kasih...
:-)
August 24, 2010 at 12:20 AM
Kamu bertanya saya
saya baru nak terbang tinggi-tinggi
saya tidak sangka awan biru itu
dinding rumah mu..
thankS God ..awak telah lepaskan saya..
saya sempat singgah tuk melawat awak..
hehehe ..burung tu saya ler tuew..
August 25, 2010 at 5:55 PM
sumi suka awan.. bila kamu ckp pasal dinding biru yg mengelirukan tu.. terus rasa macam nk cat biru jugak bilik sndri.. dilukis dgn awan2.. wahh.. mesti cantek ^__^
August 26, 2010 at 1:24 PM
megat,
kamu memang truly idola saya..
8)
August 26, 2010 at 11:29 PM
Louie - itu kamu ??.Nasib baik me lepaskan. Jika tidak..sudah tentu,kamu tak dapat on9 selalu.
:-)
Aisumi - huh,catlah.Tapi jangan di lukis matahari sekali. Sunburn kamo nanti.
:-)