Petang itu, aku duduk keseorangan melihat matahari yg jatuh terbenam.
Aku lihat , ada cahaya emas yang amat indah menyapu kaki langit.Di hadapan ruang mata aku...Kelihatan ada seorang pokok yg keseorangan.Samalah kita berdua , kata aku di dalam hati.Pokok itu sudah mati mungkin.Dari hari pertama,aku melihatnya [ Sejak 3 bulan yang lalu ]...daun-daun hijau tak pernah lagi mekar dan subur.Namun, dahan-dahan pokok itu..masih tak lagi jatuh mereput.Ranting-ranting di dadanya masih kasar, tegak dan tetap tegar mengusik awan. Kenapalah ianya masih tegak berdiri ???.Pokok bisu sebegitu harus tumbang membawa malu.Tanpa cinta yang subur..apalah erti berdiri megah sebegitu ??.Berdiri pokok itu seorang..amat memilukan hati bukan ???.Kasihan-kasihan ,hati aku berbisik perlahan.
.....Pokok itu tak keseorangan kata seorang malaikat yg lalu :
"Lihat...Dia masih setia dengan tanahnya"
This entry was posted by MORIBAYU , on
10.8.10.
You can Klik Untuk Tinggalkan Komen.
August 10, 2010 at 12:31 AM
masih setia pada yang satu :)
August 10, 2010 at 3:39 PM
Baguslah...me sahaja, yg masih mencari tanah untuk diam dan setia.
:-)
August 10, 2010 at 10:16 PM
tanah ada di mana mana, anda punya pilihan bukan?
August 27, 2010 at 12:06 AM
Adi - Pilihan dan di pilih , adalah 2 benda yg berbeza.