<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-3355259866565760309', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Satira Sang Penjaga Syurga

Sama ada kerana kerja,atau kerana tuntutan hidup.Aku dapati hidup aku sekarang , berpusar di atas paksi yg sama sahaja. Hari-hari itu , buat aku berdiri di depan pentas untuk mengambil gambar, leka makan malam bersama teman-teman,atau di dalam kelas melayan para pelajar.Semuanya menuntut dedikasi dan komitmen yang serupa. Dan konflik diri itu pun bermula.Seperti Sang Titan yang menelan anaknya.Aku sudah mula musnah, dan terasa hancur diri dari dalam.





Aku amat benci situasi.Waktu bila kita perlu memuaskan hati semua orang.Apatah lagi,jika aku perlu memberi dan memberi tanpa diberi pilihan.Aku juga ada suara dan perasaan yang mahu dijaga. Aduhai,apa aku ini hanyalah hamba kerja ??.Mereka patut mendengar dengan lagi lebih.Apa perkara yang ingin aku katakan. Apa kerna mereka tak mendengar, yg hati aku ini rentak berdegup.Maka mereka fikir aku cuma objek kaku ??.Aku bukan mahu di angkat jadi malaikat.Tapi,hayati sahaja aku seperti lagu.Nyanyikan sahaja tanpa lirik pun, dan kamu masih mampu dapat merasa indah...sebuah alunan.

Tetapi, hari-hari yang dilalui ini.Aku cuma mahu rasa sedikit gembira.Tapi ada masanya aku tidak. Dan perkara ini, buat aku benar-benar bimbang.Aku sangat kenal diri ini. Sebuah aku adalah manusia yang bersemangat terlalu bebas.Kamu tak mampu menahan aku dari terus mengalir.Jika tak kerana laut yg terbentang luas.Sudah tentu aku sudah berlari dan menetap di bawah ufuk langit.Aku tak patut di kongkong, kerana binatang liar dalam diri ini.Akan mati reput jika di sangkar.Buat masa ini, aku akan setia untuk berpura-pura gembira. Tapi untuk hari esok ??. Biarlah, biar sahaja takdir itu meneriak ceritanya.

Kerana manusia seperti aku:
Terlalu bodoh, untuk mengariskan kehidupan sendiri.

“Satira Sang Penjaga Syurga”

  1. Anonymous Anonymous Says:

    Tabahkan hati ya.Masih ada ramai yang sayangkan kamu.Jangan bimbang dan fikir-fikirkan sangat.Dunia ini masih perlukan kamu ,En Pelukis.

  2. Blogger Muhammad Says:

    Terima Kasih
    :P
    Mr Anon