<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

Buffet Ramadhan@Intekma [Resort & Convention Centre]

Masih tercari-cari tempat yang sesuai untuk berbuka puasa ??.Owh tidak,kenapa perlu aku mulakan post ini dengan gaya iklan " Jalan-jalan Cari Makan " !!.Yups...Blog ini, bukan blog tentang makanan. Tetapi apakata sempena di bulan puasa ini. Aku sisipkan sedikit info dan maklumat tentang makan-makan.Ok,tak mahu cerita banyak..aku cuma nak mencadangkan. Apa kata, di bulan puasa ini.Kita pergi berbuka puasa di INTEKMA Resort & Convention Centre.



Bagi warga Shah Alam, pasti sudah tahu.Di mana letak duduk lokasi INTEKMA ini.Sebenarnya mudah sahaja untuk kesini. Hanya 5 minit waktu perjalanan dari Shah Alam, dan 25 minit dari Kuala Lumpur. [ Tetapi, waktu perjalanan boleh jadi 1 jam setengah, jika korang tersangkut di dalam kesesatan lalu lintas]. Bagi aku, memang senang sahaja nak ke INTEKMA ini. Jika korang tahu di mana pintu pagar UITM Shah Alam, maka senang lah nak mencari. Jika masih blur-blur lagi. Maka sila-sila lah try tgk di Google Maps.Tak jumpa juga ??..Ok lah, jika masih benak dalam mencari, maka rajin-rajinlah turun dari kereta dan bertanya.Insya Allah,dengan niat nak berbuka puasa itu..semoga terbuka mata hati korang. Dalam mencari jalan keredhaan..ehh silap, Maksud aku, ialah mencari jalan ke INTEKMA ini.


Untuk Lebih Info Mengenai INTEKMA


Jika datang berbuka di sini. Ini adalah antara juadah yang aku syorkan. Iaitu , Murtabak Istimewa INTEKMA. Terus terang aku cakap , ini adalah antara Murtabak paling sedap yang pernah aku kunyah dan telan. Jika tak sedap, tak lah aku susah payahkan diri. Untuk snap n edit picca Murtabak nieh. Mungkin ada yang berasa skeptical, ala murtabak kat tepi jalan itu pun sedap. Ya, itu sebab aku cakap " INI ADALAH ANTARA ".Ada aku tulis..ini memang murtabak paling sedap di semenanjung Malaysia ??. Tak ada kan , hohohoho.

Ok berbalik kepada Murtabak sedap nieh.Dengan lapisan-lapisan tepungnya yang tebal.Di kayakan pula dengan resipi yang dirahsiakan ( Macam KFC lah pulak ). Setiap gigitan akan memberi rasa yang tak akan di lupakan. Jangan terburu-buru untuk menelan, biarkan murtabak itu di dalam mulut buat sementara. Buka segala deria rasa..untuk menikmatinya. Dengan baunya yang harum semerbak. Di rendamkan celup kan pula , di dalam kari pekat penuh rempah ratus. Owh.....kenikmatan menikmati Murtabak ini,adalah erti 'kesempurnaan' yang sebenar.


Yay,terliur balik aku di buatnya.[ Buat post pasal food,di bulan ramadhan ini..memang amat menerujakan].Bagi aku, Murtabak INTEKMA ini..mmg ada keistimewaan tersendiri.Lihatlah, betapa cantiknya rupa murtabak ini.Selepas di potong-potong pun, sangat kemas lagi teksturnya.Dan ianya taklah berminyak-minyak, macam yang selalu aku jumpa di pasar malam.Malah, isinya pun tak lah penuh dengan potongan bawang sajork eh.Jadi, untuk korang yang mahu merasa Murtabak Istimewa nieh,maka rajin-rajinkan lah diri untuk datang ke sini.

ps: Lepas snap bubur lombok nieh . Kawan aku terus makan. Ceh,baru aku nak rasa.huhuhu

Satu yang aku perasan dengan cara buffet di sini. Ialah penyediaan juadahnya dalam portion yang comel-comel sahaja. Maksud aku , ada di antara juadah. Memang dah disediakan untuk mudah di ambil. Malah staff-staff yang bertugas pun, pantas dalam menyediakan makanan. Tak perlu nak beratur lama-lama tunggu turn. Tahu-tahu jerklah, orang kita. Baru nak mencedok sendiri ,time tu lah nak angkat phone, anak datang ganggu kacau, dan kawan sebelah pun ajak berborak-borak .Al kisah, sampai habis azan isyak pun , tak lepas turn orang belakang nak ambik makanan.


Selain dari Murtabak Istimewa ini , terdapat juga bermacam jenis kudap-kudapan dan Kuih Mueh [ Kepada sesiapa yang masih di dalam program berdiet Dr Romzi, ini memang sesuailah untuk korang ]. Jika tidak berdiet , sila teruskan langkah kaki korang ke meja buffet yang seterusnya.Tapi , jika rasa-rasa nak feeling-feeling raya dulu. Hah , pergi lah ambik rasa kueh Tat gulung tu.


Untuk buffet ini . Harganya cumalah
RM 43.00 Seorang [ Dewasa ]
Rm 22:oo [ Kanak-Kanak ]
Setiap RM 1.00 akan didermakan kepada Badan
dan Kebajikan Rumah Anak Yatim.
------------------------------------------------------
Promosi Harga Istimewa : Hanya RM35.00 Seorang.
Dari 12 sehingga 17 Ogos 2010


Ini adalah diantara lebih 40 juadah yang ditawarkan oleh Buffet Ramadhan@Intekma. Mee kari ini pun korang patut cuba dan rasa. Walaupun kuahnya agak pedas [ Bagi aku lah, sebab aku selama nieh. Jika memasak selalu guna black paper sajork].


Kepada pengemar cucur udang, type yg comel-comel ini..memang untuk korang. Tak yah susah-susah nak potong jadi 4 bahagian. 2 kali kunyah dah selamat masuk dalam perut. Rajin pulak, staff dia masak cucur udang cute-cute macam nieh. Mak aku if masak cucur udang, sure akan guna sendok berdiameter 30 cm jerk. Yang penat mengoreng aku lah.Next time , aku patut bawak mak aku rasa n makan cucur udang kat sini. Nanti aku nak cakap:-" Siapa bilang, cucur udang kene berdiameter 30 cm ?? ".


Untuk pengemar lauk-pauk kampung. Banyak pilihan untuk di pilih. Kambing Panggang,sup ekor asam pedas dan Nasi Ayam berempah pun ada untuk di cuba. [ Aku cuma mampu renung dari jauh. Hohohoho, program diet aku baru masuk 3 hari ]. Tak apa , next time aku datang. Memang aku nak cuba gulai kawah tu. Dah 3-4 kali datang berbuka puasa kat sini, asyik terlepas pandang sahaja.


Tapi terus cakap , memang puas hati dan perut berbuka puasa di sini. Ada bermacam-macam jenis kuih-muih, lauk-pauk , beskot-biskit dan pencuci mulut untuk dicuba. Memang amat berbaloi dengan harga yang dibayar. Sambil berbuka puasa dengan keluarga dan teman.Ada juga residen artist yang membuat persembahan. Kepada korang yang nak jadi penghibur waktu-waktu maghrib tu, memang amat dialu-alukan.[ Lagu nasyid dan ghazal kan banyak.Jadi boleh juga berhibur, sambil sampaikan mesej-mesej keagamaan]. Kepada yang ada kesempatan untuk membayar Zakat. Boleh juga membuat pembayaran, kerana kaunter pembayaran ada disediakan.Jika masih terlupa nak bayar untuk tahun ini, tak tahulah apa lagi aku nak cakap.

Untuk akhir kata, jangan lupa memasukan INTEKMA di dalam list Tempat Berbuka korang untuk tahun ini.Tak salah pun..jika tak datang kemari. Tapi macam aku selalu cakap kat kawan aku : " Murtabak memang kat mana-mana pun ada..tapi tetap tak sama macam kat sini !!! ". hohoho.

ps: dah 3-4 kali aku berbuka puasa kat sini.Murtabak nieh jugak yang aku carik dulu.Yay , murtabak magic ker apa nieh ??. :-P

.............
Ribuan Terima Kasih kepada Pihak INTEKMA Resort & Convention Centre
Dan kepada Puan Emilia Basri , kerana memberi jemputan.
Begitu juga kepada staff-staff Intekma yang banyak membantu.

“Buffet Ramadhan@Intekma [Resort & Convention Centre]”

  1. Blogger ceksumolek's Says:

    kuah nyer tu yg menaikkan selera.. ayam ke daging?

  2. Blogger solomolo Says:

    sgt mengujakan yer murtabak tue...

  3. Blogger jejaka anggun Says:

    nampak sangat sedap

  4. Blogger ♥Syamelia♥ Says:

    murtabak itew nampak lg best dgn sentuhanmu...

    xsabar nk tgu posting itewww...

  5. Blogger Farazila Says:

    nmpk menarikkk

  6. Blogger ♥Syamelia♥ Says:

    omg!!! megss....
    i mcm x caya ini adalah blog u...
    for once u buat review psl food dan ia sggt detail...
    wah!!!
    rasa mcm nak coment satu persatu jer, tp kalu buat cam2, mau2 i terus buat posting jer....

    xtaw nk komen apa ecekeli...
    but i like yr review la...
    beside ckp psl food, siap promot, ckp psal jalan, staf, presentation...
    boleh dikatakan.. complete la...
    yg plg best, ada gak unsur2 diet dr rozmey (bkn romzi okies)...

    n i suka part senduk 30cm... beso 2...

    n yr pic mmg nice...
    terus org akan jd berselera....

    i give 2 thumbs up!!!

    thx 4 the post megggs....

    ps: pasni me kena 'bungkus' blog lorrr... coz da ada competitor...
    MFC - megat food channel...

  7. Blogger Qarl Says:

    huhu..

    MEGAT FOOD CHANNEL - cool kak syamelia!

    nk jugak invitation! hehe

    happy fasting megat!

  8. Blogger adi miranda Says:

    1stly selamat berpuase pada anda.
    2nd, well tulisan yang bagus sehingga mahu singgah di sana, iklan yang berkesan even dalam blog je.

    3rd ting... well, semua pic anda ada perubahan dan ada peningkatan dari yang lepas lepas, dari zaman myspace sehingga ke blog sendiri..

    well, orang dah berbakat...
    keep it up. -adi miranda-

  9. Blogger MORIBAYU Says:

    Aisumi - Me kurang pasti ,sama ada ianya ayam atau daging. Tapi rempah dan ratusnya mmg cukup.

    try lah.

    Solo Molo - Memang antara Murtabak paling sedap. huhuh

    Shaz - Nampak dah sedap , makan lagi lah.

    Lilo - pergi lah , nanti minta kak amy bagi diskaun...opsss.

    Kak Amy - ahhaha ,tu lah. Me if menulis bout makan2 nieh. Memang ada semangat sikit. Tapi itulah ,blog ini about art sebonarnya( n sikit-sikit ttg my life).

    Hurm, memang kene tulis panjang lebar sket. gila tak detail. Orang datang suruh buat review,me buat review lah.Kang duduk makan jerk..mau kene humban dalam pool tu.

    Hahahah,MFC punya Ranting dah potong AFC !!!.

    Tak pa , me still akan jadi fotographer utk rancangan makan2 u tu. Okiess.

    Qarl - Hahahahha,try lah berbuka kat sana. Memang sedap woo.Harus next time , me jadi Duta Murtabak Intekma. hohoho

    Adi - Salam Berpuasa Adi.

    yups , pengalaman dan masa memang banyak mengajar.Terima Kasih kerana memberi sokongan.

    :-)

  10. Blogger alhariesz Says:

    senyum panjang baca review nih...ngahahhahahaa

    juga mampu membuatkan perut berhenti berdegup selama 5 saat... [err, perut ada bunyik kah] wakakakaakakakaa

    salam ramadhan en.megat

  11. Blogger Ainul Mustafa Says:

    hai there! saya br plan nk bw family buka pose kt intekma minggu depan. TQ for the good review.tak sabo nk p :)

  12. Blogger MORIBAYU Says:

    alhariez - Salam Ramadhan En Alhariez!!!.Maaf,ya...kerna sudah agak kelewatan mencucap selamat.

    :-)

    Cik Ainul - Sama2,yups..sila-silalah ke sana ya.