Ubah-Rasa
3 Hari berturut-turut,aku bertungkus lumus mengecat semula bilik studio ini.Kesibukan dengan kerja,dan ruang masa yg terhad.Membuatkan aku terpaksa membuat semuanya dengan pantas.Dari mengemas dan mengeluarkan barang.Sehinggalah kepada kerja-kerja mengecat.
Dengan masih mengekalkan warna yang sama,seperti sebelum ini. Entah mengapa,aku masih suka dan ketagih dengan warna "Blue Ocean".Memang siri warna-warna biru adalah diantara warna kegemaran aku. Aku masih ingat lagi ,semasa pergi memilih-milih cat yang sesuai untuk bilik ini.Owh, memang jadi keliru dan rambang mata dibuatnya.Kerna terdapat berpuluh-puluh pilihan untuk warna biru sahaja. Akhirnya aku pilih "Blue Ocean",kerna warna birunya ada unsur-unsur kehijauan seperti warna Turquoise.Warna lain seperti "Red Rouge", juga menjadi pilihan.Tapi nanti dululah, selepas warna biru ini pudar.Pasti aku akan mengecat lagi,dengan warna merah itu pula.
Sekarang aku benar-benar sudah puas hati.Warna ini, memang memberi ketenangan.Duduk diam,melukis dan membuat kerja di sini, memberi aku banyak idea.Seolah-oleh terapung hanyut di laut luas.Idea pasti akan datang mencurah-curah masuk, ke dalam kepala. Walau aku sekarang,sudah makin jarang-jarang mengunakan bilik ini.Tetapi,ada masanya.Bila kesempatan itu ada,memang mendamaikan bila berada di dalam dakapannya.
August 18, 2010 at 9:51 PM
adakah anda mengecat seorang diri? fuh penat. encik sila tinggalkan emel fb anda -adi miranda-
August 18, 2010 at 10:53 PM
calm...
August 19, 2010 at 12:12 AM
kandang apa depan pintu tuh? puppy?
August 19, 2010 at 9:50 PM
Adi - tak juga...sebab kita buat untuk diri sendiri. Jadi kita tahu , bila patut berhenti.
:-)
here : euandenemo@gmail.com
Qarl - Krik2...bunyi cenkerik.
Memang , tenang di sini.
Shaz - itu , sofa bed lah. hohooh