<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Rubens

Every child has the spirit of creation.
The rubbish of life often exterminates the spirit
through plague and a souls own wretchedness.
- Peter Paul Rubens

Petang tadi ,sedang aku leka dalam mengemas-gemas rak buku. Tiba-tiba , aku telah terjumpa buku ini. Yay , sudah lama aku tidak melihat , duduk dan membaca buku ini. Ini adalah diantara buku-buku terawal , di dalam koleksi simpanan aku. Sudah tentu aku amat sayang buku ini . Malah , aku masih lagi , di mana dan tahun bilanya aku membeli. [ Jika aku tak silap , sekitar tahun 2001. Dengan harga buku ini , adalah kurang dari Rm30.00 . Memang amat murah dan berbaloi , jika mahu dibandingkan dengan isinya ].

Perkara pertama, yang menarik minat aku terhadap hasil kerja beliau. Adalah tentang fizikal manusia gemuk dan berlemak yang beliau paparkan. Berbeza sekali dengan pelukis-pelukis lain sebelum zaman beliau .[ Yang lagi gemar melukis tubuh manusia kurus dan ideal@ataupun cantik sasa dan penuh otot-otot ].Rubens pula amat berani dan terbuka , dalam memberi definasi nyata terhadap subjeknya. Segala kejelekan tentang obesiti , kelihatan amat indah dan natural di dalam karyanya. Aliran kesedaran baru ini , telah memberi rupa dan jiwa baru terhadap paparan fizikal manusia. Rubens telah memberikan keempukan daging, lemak pejal dan kelembutan pada tubuh manusia. Tiada lagi imej manusia yang kaku dan keras. Bagi rubens , manusia adalah satu entiti yang hidup. Kekurangan atau kelemahan patut di hidupkan di atas karya. Dan hasilnya ?? Sudah tentulah sebuah karya agung. Hey , menakjubkan bukan.

[ Rubenesque = Paparan fizikal manusia yang +++Size @ Obese ]

Kenapa aku amat sayang buku ini ??.Yay , Sebab rubens adalah pelukis yang paling aku sanjung hasil kerjanya. Bagi aku , rubens lagi berbakat dari Leonardo. Malah beliau lagi prolific dari mana-mana pelukis yang aku minat. Rubens memang tak dapat nak disangkal kehebatannya dalam dunia seni.Beliau telah menghasilkan beratus hasil kerja seni agung, yang kukuh mendominasi Sejarah Flemish-Baroque. Aku amat-amat meminati sentuhan beliau , dalam mengimaginasikan subjek Allegorical yunani. Lihat sahaja , karya-karya beliau seperti : 'Prometheus Bound' - 'Venus' -'Peace and War' - dan sebuah karya indah yang sentiasa aku suka untuk tenung , iaitu :

Battle of Anghiari

Beliau telah melukis dalam bermacam-macam jenis subjek [Keagamaan-Mythological-Portraits-Landscape].Ternyata sekali, bakat beliau tidaklah hanya tertumpu kepada satu tema dan subjek. Memang hebat bukan !!. Sekarang baru aku tahu dan sedar.Kenapa dan sebabnya...aku tidak memiliki.Walau sebuah buku pun,tentang hasil kerja 'Leonardo'.

“Rubens”

  1. Blogger alhariesz Says:

    kadangkala populariti & pengaruh seseorang mampu menenggelamkan segala-galanya, termasuk bakat orang lain...

    maka wujudnya versus antara superiority + inferiority...

    yang mampu menembusi sempadannya adalah mata-mata neutral yang 'celik'...

  2. Blogger MORIBAYU Says:

    alhariez - " kesedaran " , adalah roh sebenar yang membawa perubahan. Dan , me selalu teruja , bila melihat perubahan itu wujud.

    :)