<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://draft.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-3355259866565760309', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Aku + Periuk Tanah = ???

Minggu lepas , semasa minum petang di Panddington House Of Pancakes. Kak Amy , beria-ria menyatakan : " Ada Hadiah untuk kamu , Megs ". Aku pun puas lah berfikir , apalah hadiah yang sangat istimewa itu.Hurm , mungkin kak amy mahu bagi hadiah harijadi ?? [ Selepas aku ingatkan dia.Yang masa harijadi aku , dia lupa nak bagi hadiah ahahaha].Pelik , kenapa kenapa tiba-tiba kak amy ,mahu beri hadiah. Hadiah apa ?? Untuk apa ??..Arghhh sampi berpintal dan ketat, saraf otak aku mencari jawapan.

"Tapi hadiah ada kat kereta..balik nanti kita pergi ambik ok ",lancar kak amy memberi arahan. Lagi senak otak aku tertanya-tanya. Hai , hadiah apalah yg sampai kene ambik kat kereta nieh ??. Besar sangat ker , sampai tak boleh nak diangkat ??. Hurm..aku diam kan saja dalam hati. Karang banyak soal , tak pasal-pasal pula hadiah kene tarik balik.

Habis minum petang di panddington , kami pergi dine pula di Restaurant Ayam Penyet. Sambil duduk bergossip-gossip , otak aku sambung balik meneka-neka. Tak kan makcik nieh , nak bagi Fridge Magnet ??. Ataupun dia nak bagi sepeket soup segera cap Meggi ?? [ Macam dia dah buat ,berapa minggu yang lepas ].Tepat jam 10:30 , aku terus bagi hint kat Ray, [ Masa lepak sudah tamat ,sebenarnya aku yg tak sabar nak terima hadiah ]. Disebabkan , kak Amy parking kereta di Level yang berbeza. Akhirnya kitaorang plan untuk jumpa di tempat lain." Megs , kita jumpa kat Stesen Petronas The Curve ". Huh , hebat memang hebat. Hadiah ini memang teramat istimewa agaknya, sampaikan proses penyerahan pun banyak langkahnya.

[10 Minint kemudian ]. Kereta aku parking di sebelah kereta kak amy. Aku turunkan cermin kereta , ingat nak hulur tangan saja untuk ambik hadiah." Apa hadiahnya tu ?? ",aku dengan muka blur bertanya kepada kak Amy. "Hah sini cepat , turun" . Aku dengan langkah lemaunya , keluar dari kereta. "Cepat megs..ambik nieh ",terus kak amy melambungkan 2 set periuk tanah kepada aku !!!!. Ya Allah , bagilah aku ambik nafas dulu.

Dengan terkocoh-kocohnya , cepat-cepat aku menyambut hadiah yang dibungkus dengan kertas itu. Yay ,spontannya terus aku tergelak-gelak besar ,di tepi stesen Petronas itu. Ingatkan apalah tadi yang dia beria-ria nak bagi. Patutlah malu nak bawak naik dan bagi masa di Paddington. Nak beri set periuk tanah rupanya , hohohohoho. Seperti kata kak Amy , proses pemberian hadiah , memang dah macam orang seludup dadah !.[ Ye la , sampai kene sorok-sorok bagi ]. Ok , terus terang cakap . Memang aku gumbira dan terkejut. Ye lah , hidup dah berabad . Ini kali pertama aku terima Hadiah seunik macam ini. Bak kata pesan kak Amy.. "Dengan Periuk Nieh ,senang nanti u nak masak soup ".

Dan sekarang , aku akan lagi rajin dan Happy untuk memasak.Terima Kasih sekali lagi kepada Kak Amy, untuk hadiah Besar ini...hohoho

Resepi Pertama aku masak ,dengan mengunakan Periuk Tanah Ini.
Sup Ayam Halia Berlada
~
Yay , memang sedap.Sangat berbeza rasanya jika mengunakan periuk besi. Malah terus boleh diguna sebagai bekas makan. Tak lah perlu, aku guna bekas dan mangkuk lain.[ Memang Practical ].Owh ,hadiah ini memang penuh makna.Terima Kasih , untuk segala kasih sayang ini. Amin

“Aku + Periuk Tanah = ???”

  1. Blogger ♥Syamelia♥ Says:

    alhamdulillah....
    glad u loved it megggs....

    patutla hr 2 u gigih nak blk, kedai nk ttp la, apa la... rupanya u x sabar... next tyme ckp je la... adaoyyyy... kn dah kantoi!!!

    the main reason i bg coz u suka masak n u kata nk diet.. so if buat sup xyah la nk letak myk byk2, juz rebus jer, or tumis with a lil oil...

    n guna pun senang..
    xyah letak mangkuk bagai...
    boleh terus serve....

    happy cooking megggssss....
    luve ya....


    ps: btw, hr 2 i x bagi meggi ok.. i bagi bubur.. tp meggi gaks :)

  2. Blogger ☺[ai][sUmi]☺Chan Says:

    memang unik hadiah nih.. suke memasak yer? nampak sedap sup tu :)

  3. Blogger jejaka anggun Says:

    pandainyer memasak....

  4. Blogger k.A Says:

    nampak sedap la.macam nak kena cari gak periuk tanah tu.haha

  5. Blogger Muhammad Says:

    Kak Amy - hahahaha , yeah..terkantoi pula. Tak pa , janji dah dapat hadiah nieh. Hohohoho , tq tq again kak amy. Now , hari2 berasap lah dapur. Me janji..akan kurang2 kan utk makan di luar. Yay !!!

    Aisumi - Hurm..u pun boleh try. Senang jerk lah. For me , memasak adalah satu terapi. U masak utk buat diri , dan orang lain happy !!.

    Shaz - Ala awak pun pandai gak kan !!. Errr...pandai kan ?? err tak ??

    K.A- Hohohoh , carilah..mmg bagus dan menjimatkan. Dapat segera di pasaraya2 yg berhampiran.

    :-)

  6. Blogger edzlin007 Says:

    haha suka baca apa megat taip ni. tp kalau saya pun, tak terfikir periuk tanah hadiahnya. mmg unik. dan sgt berguna :)

  7. Blogger Mr NAEmnzr Says:

    sangat2 menarik.keempat2nya.

    1: Kak Amy [pemberi]
    2: Periuk Tanah [subjek]
    3: sup ayam [kesan/akibat]
    4: En megat [penerima]

    owh...Indahnya!

  8. Blogger Muhammad Says:

    edz - now , me pun setuju. Ianya mmg sebuah hadiah..yang sangat2 berguna !!!.

    Nae - Owh..me suka formula itu. Kamu sangat bijak En Nae.

    :-)