Lagenda Budak Setan [ 3 Jun 2010 ]
Buku Novel ‘Lagenda Budak Setan’ [ LBS] , bagi aku adalah sebuah karya hebat bila dibaca. Aku sudah hampir lupa-lupa ingat [ Rasa-rasanya ketika aku masih di tingkatan 2 ]. Zaman dan ketikanya…aku duduk diam membaca buku lagenda ini. Bagi mereka yang pernah melalui zaman pertengahan 90’an. Pasti mereka tak akan sesekali lupa , bagaimana buku-buku hasil penulisan Ahadiat Akashah [ AA ] adalalah buku rasmi yg perlu dibaca.
Bila memegang buku penulisan beliau , memang amat mudah untuk aku melupakan tentang nota-nota peperiksaan , mahupun buku-buku kuliah. Mengadap dan menikmati buku-buku penulisan Ahadiat , adalah lebih puas dan mengkhayalkan. Malah , aku masih ingat. Bagaimana buku-buku beliau , bertukar-tukar tangan dari satu kelas..ke kelas yang lain. Ianya sentiasa menjadi rebutan untuk dibaca. Isinya bagaikan mentera pukau , sentiasa menambah pengikut , menjangkiti dari seorang ke seorang yang lain. Dan sekarang lihatlah , buku novel ini masih lagi diulang cetak , walaupun sudah hampir bertahun- tahun di pasaran.
Bila memegang buku penulisan beliau , memang amat mudah untuk aku melupakan tentang nota-nota peperiksaan , mahupun buku-buku kuliah. Mengadap dan menikmati buku-buku penulisan Ahadiat , adalah lebih puas dan mengkhayalkan. Malah , aku masih ingat. Bagaimana buku-buku beliau , bertukar-tukar tangan dari satu kelas..ke kelas yang lain. Ianya sentiasa menjadi rebutan untuk dibaca. Isinya bagaikan mentera pukau , sentiasa menambah pengikut , menjangkiti dari seorang ke seorang yang lain. Dan sekarang lihatlah , buku novel ini masih lagi diulang cetak , walaupun sudah hampir bertahun- tahun di pasaran.
Kenapa orang suka membaca karya beliau ??. Alasan nya mudah sahaja . Ini kerana bahasa buku beliau , amat dekat , dan ada banyak kesamaan dengan dunia realiti remaja . Hero yang berlagak sempoi dan penuh kecelaruan emosi . Wujudnya , heroin yang cantik-cantik , namun sentiasa dirundung luka dan kecelakaan. Dunia fantasi nya pula , sentiasa di gamit dengan kemewahan dan kekayaan tanpa sempadan. Bagi kami , pembaca setia yang duduk di pinggir-pinggir Bandar . Buku penulisan AA , menarik kami sebentar untuk lari ke fantasi-fantasi ini. Seperti lampu rumah api yang memberi panduan , kami membesar dalam penuh berangan-barangan. Malah…ramai di antara kawan-kawan aku , tak malu utk mengaku . Mereka sentiasa bercita-cita mahu menjadi seperti hero-heroin dunia penulisan AA. Mahu jadi Kacak , bergaya , cantik , mempesona , memiliki kekayaan. Dan yang paling penting. Walau dilanda seribu ribut gelora hidup , namun masih menang dalam menempuh laluan sukar ....dalam mencari erti Cinta.
Bila buku ini di adaptasi ke filem , aku memang rasa teruja. Ternanti-nanti , apa lah rasa dan rupanya. Bila setiap watak dan karekter buku ini , dihidupkan di wayar lebar.Sewaktu menerima jemputan ke tayangan review untuk para media dan wartawan. Aku jadi kebudakan sebentar. Manakah tidak ???. Sejarah kesukaan waktu aku muda terimbas semua. Perasaan yang sama aku alami , waktu Transformer ke layar perak. Kita jadi tak sabar-sabar dalam menunggu. Apa lah rupanya , bila imaginasi kita menjadi satu realiti di layar ??.
Selepas habis waktu menonton. Perasaan aku bercampur baur. Ada suka dan duka , yang terpaksa aku telan.
Watak : Penghayatan , memang bagus. Setiap para pelakon , baik yang baru atau lama . Semuanya memberikan penghayatan yang baik. Malah aku teruja , melihat lakonan mantap dari para pendatang baru . Lakonan Nubhan AF6 dan Syed Nabil , amat kena sebagai geng budak setan. Ya , lakonan Nubhan mmg bagus. Ada peningkatan sejak kali terakhir , aku melihat aksi lakonan beliau dalam satu program terbitan “ Azwan Ali ”. Satu lagi perkara yang amat aku suka , ialah lakonan berkesan dari Nur Fazura . Aku bagi 5 bintang…yups , 5 bintang. Betapa hidupnya Mimik muka , gerak bahasa tubuh beliau sebagai wanita yang mengejar dan kecewa dalam cinta. Semuanya amat terbias mudah. Malah , aku amat mudah dalam memberi simpati kepada watak beliau sebagai “ Katerina”.
Que Haidar sebagai ‘Azmi ’ , tak perlu dipertikaikan lagi. Perasaan benci mudah meluap melihat kepada sifat sadis beliau. Que haidar amat tengelam dalam menjiwai Azmi. Kecalaruan dan cinta berahi yang tak terkawal. Amat berkesan dalam membuat Azmi tercipta sebagai , manusia psycho yang gila dalam menguasai cinta. Tapi , aku rasa sedikit pudar..bila melihat “ Kasyah” . Entah mengapa aku rasa , Farid Kamil agak tengelam timbul emosinya. Sebentar dia agak romantik , terlalu berseni , celaru , lemah dan tak tentu hala dalam mengawal watak.
Kasyah yang aku kenal dari buku , adalah lelaki setan yang ada sisi manusianya. Tetapi , Farid Kamil … menjadikan kasyah terlalu kusut dan keliru. Seolah-olah dia tidak tahu apa yang dia mahu. Dia melafaz cinta , tetapi amat tidak menyakinkan kata-katanya itu. Malah setiap penekanan terhadap wataknya..bagaikan satu kepura-puraan. Sudah tentu ini amat , mengecewakan. Bila melihat “ Budak Setan” , tengelam lemas dan hanyut …di dalam perjalanan ceritanya sendiri.
Hal-hal lain mengenai filem ini , aku tak perlu persoalkan. Mungkin akan wujud sureal dan fakta yang kelihatan amat tidak logic dalam berbaur . Tapi biarlah , aku sudah terlalu muak untuk terus menelanjangkan fakta itu.
Sinematografi filem ini , memang amat kemas dan indah. Dunia ‘Lagenda Budak Setan’ , amat sempurna dibina di layar. Cuma…jika terdapat kekurangan yang aku rasa. Itu adalah kerana , aku masih mengharap lebih dari sepatutnya. Kepada anda yang meminati karya ini. Aku rasa , kamu harus pergi duduk menonton. Rasailah keajaiban tragedi cinta yang wujud ada .
Cuma , aku berpesan … kamu mungkin akan rasa , apa yang aku rasa . Iaitu ttg sedikit kekeliruan dalam memahami watak dan dunia LBS. Jika anda belum pernah membaca novelnya .. penerimaan itu mungkin berbeza. Tetapi jika sudah , perasaan ttg kekurangan pasti akan datang mengehentam bertalu-talu.
Walau apa pun yang aku tulis tentang filem ini. Aku masih merasakan filem ini masih hebat utk berdiri sendiri. Jadi , pastikan anda ke panggung pada 3 Jun 2010 Ini. Rasailah semula ….kisah cinta waktu muda kita.
p/s : 5minit...selepas aku selesai menaip review ini. Tiba-tiba datang seorang teman , memberi aku pinjam novel " Lagenda Budak Setan " dan " Pilot Cafe ". Owh...memang magic dunia ini.
May 26, 2010 at 2:38 PM
wajib tgk!!
lagi2 FAZURA ada!
o yeah!
May 26, 2010 at 2:50 PM
Qarl - Yups,,u patut pergi. Fazura mmg hebat.
:)
May 26, 2010 at 2:53 PM
a confession: sanggup mencuri di kedai buku...sebab terlalu fanatik ngan karya Ahadiat Akasyah, tapi tak mampu...paling halal pun, menunggu dijual murah, dua buku dengan harga RM9.90...karya AA terlalu bernilai buat kita-kita di zaman itu...hoho
itu cerita lama saya dan kengkawan mase kat boarding skool...
memang karya AA sangat sinonim ngan remaja skolah...gaya hidup rollerbladers...skateboarders... Setiap karakter lelaki & perempuan di spesifikkan begitu jelas...ketinggian, warna kulit, ketampanan, kecantikan... sumenye mengulit fantasi pembaca.... & kisah cinta tragis yang digarap indah, lucu & spontan...
semoga filemnya seasyik naskhahnya...
May 26, 2010 at 3:43 PM
wont miss it...
hahahah..
May 26, 2010 at 4:24 PM
alhariez - hahahaha , betul tu.
u u tahu tak , copy yg me dapat nieh . Empunya yg bagi pinjam pun mengaku...dia curikk dari sapa tah.
Wow , buku nieh..mmg hasil karya agung.
yups..u patut nonton.
Sara - Pergi , pergi penuhkan panggung k.
May 26, 2010 at 5:58 PM
hahahha...
orait...
May 26, 2010 at 8:03 PM
lagenda budak setan. saya sangat tertarik dengan sinematografinya. sangat cantik. pasti tonton nanti
May 27, 2010 at 11:03 AM
ohhh..rindunya saat2 keghairahan membaca novel2 ini semua. pilot cafe? waaa...sangat rindu!!
May 27, 2010 at 12:28 PM
sara - okiez
edz - pergi nonton ya...edz.
:)
May 27, 2010 at 4:04 PM
Anez - yups..yups , me baru masuk bab 2 pilot cafe. :p
hahaahhaha
May 31, 2010 at 4:05 PM
xpernah baca novel ni.. ske betul fazura lakonan lisa mcm mana pula?