<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-3355259866565760309', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Air

~
Sejak Bulan Februari - Aku sudah semakin kurang pergi berlari. Entah kenapa...aku lagi selesa untuk menghabiskan masa di kolam renang. Jika ke seremban , aku akan sentiasa pastikan . Setiap masa yg terluang , akan di habiskan di Kolam Renang Awam.

Aku baru belajar berenang , kira-kira 4 tahun yg lepas. Sebelum itu , aku memang takut dengan air. Trauma kerana pernah hampir lemas ketika berumur 4 tahun. Telah memberi kesan trauma yang amat mendalam , sepanjang hidup aku. Aku sentiasa gementar dan takut..bila mandi di laut atau sungai. Malah ,aku tak pernah jejakan kaki di mana-mana kolam renang. Tapi , itu cerita dulu. Sekarang tidak lagi . Kerana aku sudah berjaya mengatasi segala rasa gugup , dan takut dengan air.

Setiap kali pergi berenang .. aku akan pastikan , setiap sesi akan berjalan selama 2-3 jam. Entah lah , aku rasa tenang setiap kali terapung bebas di permukaan. Hilang segala masalah dalam kepala. Ketika tengelam di dasar. Perasaan yang aku rasai , adalah situasi yang amat sunyi sekali. Segala perasaan bodoh dan kekecewaan yang membelenggu , akan mudah utk aku lupakan. Dunia di bawah permukaan , benar-benar memberikan aku sedikit ketenangan.

Di sini....Aku akan sentiasa terbang bebas dan angkuh seperti rajawali.

“Air”

  1. Blogger Dasuki D5T7 Says:

    dasuki 'like this'.

  2. Blogger jejaka anggun Says:

    so bole la ajar JA berenang bak penguin ye....

  3. Blogger Afeeqa Says:

    megat patut tgk cerita dyesebel. hehe. ;)

  4. Blogger alhariesz Says:

    naik kapal terbang pun tak pnah..jadik impian sy sejak kecit adalah... nak TERBANG...

    jd, bila tiap kali impian tu muncul....sy pun akan buat yg sama...

    tenggelam timbul dlm kolam... hoho

    *kadang2 kita perlu 'escapism'...untuk tenggelam & gembira dlm dunia sendiri...

  5. Blogger Muhammad Says:

    Dasuki - Terima Kasih , me pun suka blog kamu. :)

    Shaz - u nak jadi penguin ??.Bukan u nak jadi "perenang renang berirama" kah ?? hohohohoho

    Afeeqa - Owh tidak...me tak suka cerita tu. ( matilah..kawan2 me yg suka..sure pelangkung me , kejap lagi !! )

    Alhariez - betul....kita perlu cari dan bina dunia kita sendiri. Kita cuma mahu , rasa happy dan selamat .

    :)