Muallaf - Sebuah Planetes Asteres
Aku hanya tersenyum bila mendapat sms dari Doc Joey. Tentang betapa dia tidak dapat memahami " Dunia Muallaf ". Begitu juga dengan 2-3 pandangan lain yang aku terima tentang filem ini. Semuanya mempunyai pendapat yang hampir sama. Yang filem ini terlalu mengelirukan. Amat payah untuk difahami dan ditelan maksudnya.
Bagi aku ianya nampak berat , apabila ianya melibatkan kepercayaan dan kefahaman kita tentang agama. Selain dari itu , ianya amat jelas dan mudah . Cuba lihat dengan hati yang tidak prejudis. Maka gambaran sebenar yang di paparkan adalah sesuatu , yang amat terang sebenarnya. Yang filem ini adalah tentang isu Kasih-sayang , Persahabatan dan sifat Kemanusian. Setiap sisi ini harus dipecah-pecahkan .. dan baru kita dapat melihat , jalinan teka-teki yang terungkap di dalam filem ini.
Muallaf adalah cerita tentang sebuah " Perjalanan ":-
Setiap Watak-wataknya bagaikan Planetes Asteres . Sentiasa bergerak tanpa henti dalam mencari kebenaran. Seperti kata Brother Anthony - “Setiap orang sedang mencari Tuhan dalam caranya sendiri".
Kita melihat perubahan Brian - dari seorang lelaki yang beremosi kaku , berkira dalam berbelanja dan sentiasa membawa kereta secara slow ( bagi menjimatkan minyak ). Akhirnya berubah. Beliau lahir semula ..menjadi insan baru yang tidak lagi terlalu mementingkan diri sendiri. Lihat saja bagaimana beliau ke hospital dan membacakan terjemahan Al-Quran kepada pesakit yang koma.
Malah beliau tidak lagi berkira , ketika membeli makanan kucing . Brian yang sedang bertransformasi , akhirnya sudah mengajak Rohani ke restaurant Sushi . ( walaupun sebelum ini , brian mmg jelas seorang yg amat berkira ). Dan lihatlah juga , ketika beliau memecut kereta laju di jalan raya - kerana ingin pulang mencari Rohana. Walau tabiat beliau yang sentiasa memakai kasut sehingga ke dalam rumah , masih tak berubah. Tetapi di situ , kita dapat melihat. Bagaimana " Cinta" , itu mengubah prinsip , mampu melembutkan hati ...dan membawa kepada satu perubahan.
Rohana dan Rohani - adalah pengembara yang mencari kedamaian. Mereka bukan lari .. kerana mereka amat menyanyangi orang tua mereka. Cuma kerana sikap Bapanya yang suka mabuk , dan berpesta di kelab malam . Membuatkan mereka lari..lari untuk mempertahankan keimanan mereka. Tindakan bapanya membotakan rambut Rohani ( ketika sedang mabuk ). Membuatkan Rohani amat membenci " Arak".
Rohani tahu .. beliau tidak akan selamat selagi berada di rumah sendiri . Tindakan zalim oleh bapanya , bagaikan satu pangilan . Untuk beliau membawa diri bersama adiknya ke bandar Ipoh. Indah bukan ..didalam kembara mereka mencari keamanan dan kehidupan baru di kota singapura. Takdir telah membawa mereka jauh ke " Ipoh ".
Persahabatan - Walaupun Cindy amat membenci Rohani. Tetapi lihatlah , bagaimana cindy mengirim duit kepada rohani. Kerana beliau tahu .. apa masalah yang menimpa kedua adik beradik tersebut. Malah mungkin tindakan beliau , mahu rohani segera di pecat. Dari terus bekerja di kelab itu , adalah kerana beliau amat memahami. Itu bukan tempatnya , untuk seorang gadis melayu yang beragama islam mencari rezeki. Malah , cindy berbelas hati ketika mengirim duit beliau kepada Rohani . Walaupun beliau baru sahaja , teruk dibelasah ( dari memberitahu ttg lokasi , di mana adik beradik itu tinggal ).
Tetapi , sisi gelap dan terang amat harmoni di situ. Apabila , rohani menyeru kepada para pengunjung untuk tidak membeli arak. Malah , menasihatkan mereka untuk hanya membeli air mineral !!!.Dia tahu , betapa arak itu membawa kemusnahan. Sungguh kuat .. Muallaf , melaungkan tentang betapa arak itu adalah sesuatu yang sia-sia.
Rohana - aku suka melihat watak ini. Kerana mungkin ada yang terfikir. Adakah wujud manusia berpikiran sebegini ?? . Aku cuma cakap..kenapa tidak ??. Dunia ini luas , tak kan tiada seorang pun manusia mempunyai kerektor sebegini. Di didik oleh arwah emaknya tentang agama dan ilmu , telah melahirkan seorang " Rohana" , yang sentiasa mengulang nombor-nombor dan terjemahan dari Al-Quran , Santo Augustine , Injil dan Tao Te Ching. Bagi aku , rohana bukan mengunakan ayat-ayat itu untuk dirinya. Tetapi dia menjadi " Peringat" , kepada manusia di sekeliling beliau.
Watak Rohana , mengingatkan aku kepada watak Damian dari filem ( Millions ) . Kehidupan mereka adalah, berdasarkan sempadan yang amat spiritual. Rohana adalah insan yang amat " Jernih "dalam menzahirkan..apa yang dia rasa. Seperti cermin , dia tak membias tentang dirinya. Tetapi , menjadi medium untuk manusia di sekelilingnya..mencari kebenaran.
Agama - Ramai yang merasakan pendekatan Muallaf , amat angkuh dan berani dalam mengulas isu agama. Secara dasarnya , Brian tidak marah kepada bapanya yang telah menghukum dan memalukan beliau. Tetapi , ada satu perasaan benci yang telah beliau hidapi. Apatah lagi , saat beliau di seret keluar rumah..dengan bapanya melaungkan " Tuhan akan menghukum kamu !!! ".
Dan sorotan terakhir beliau dari dalam kereta : Bukan melihat wajah ibunya ..tetapi lebih kepada Kayu salib yang kaku di atas muka pintu. Dari situ , Brian seolah merasakan , yang agama itu menghukum. Agama itu tiada kasih sayang dan keampunan. Maka lahirlah , Brian...seorang manusia yang amat degil untuk ke gereja . Walaupun hanya untuk menemani ibunya.
Kemaafan - Kawan aku , Cik Nad .. telah menangis teresak2 sewaktu babak " Brian pulang ke rumah dan menemui ibunya". Tiada dialog..tiada skrip , cuma ada satu babak yang amat meruntun hati dan perasaan. Betul cakap orang " kadang-kadang ...kita tak memerlukan suara untuk berbicara, ". Kemaafan jugalah , yang membuatkan rohani dan rohana , sentiasa memaafkan orang yang menyakiti hati mereka. Setiap malam , sebelum tidur .. mereka akan memberi kemaafan dan kemaafan. Tak tahu kenapa , air mata aku juga , hampir tumpah ketika babak ini. Mungkin kerana aku juga memahami .
Apa itu erti kemaafan ??. Ianya bukan perkara mudah..tak semudah melafazkan nya di bibir. Bagi mereka yang hidupnya sentiasa mengalami kekecewaan , apatah lagi sentiasa di malukan oleh ibu-bapa sendiri. Tiada yang lebih sukar..dari memaafkan orang yang paling hampir dan sedarah dengan kita. Muallaf memberi satu kekuatan , untuk mereka di luar sana. Mencari dan memberi kemaafan. Kerana itu sahaja pilihan yang ada..dalam mencari ketenangan yang hakiki.

Tetapi jika dilihat dengan tepat , masih ada kelembutan di situ. Bukankah setiap agama itu, harus mencari harmoni diantara satu sama lain.
Sungguh harmoni :- Saat seorang lelaki berjubah ( Seorang lelaki tua berserban dan berjubah putih ) , membantu lelaki berjubah yg lain..bangun dari terjatuh di jalan raya ( bro anthony ). Ketika melihat Rohani dan Rohani , datang ke hospital. Dan duduk membaca terjemahan al-quran , bagi gadis cina yang koma. Mungkin akan ada yang sinis berjenaka :- Di dunia nyata.. perbuatan itu memang - Adakah atau perlukah ??. Aku tak tahu...apakah itu wajar atau tidak. Tetapi , bagi aku. Inilah satu nilai yang sudah di lupakan. Di mana kasih dan sayang kita ??. Adakah kita prejudis lagi ??.
Di akhirnya -.. Muallaf mengajar aku banyak perkara. Tentang satu Cinta :- yang tiada sempadan dan tak mengenal rupa , bangsa , keturunan dan agama. Mungkin , ramai yang tak setuju dan bersependapat. Ramai lagi yang akan bersorak menghina-caci . Mengatakan ini adalah satu naskah yang sesat , lagi mengelirukan umat islam. Aku tak kan berpihak kepada sesiapa. Aku cuma mampu berkata :-

~
I wish I could show you
when you are lonely or in darkness
the astonishing light
of your own being
the astonishing light
of your own being
December 26, 2009 at 4:09 AM
I likeee! :)
December 26, 2009 at 2:05 PM
penjelasan yang membuatku ingin ke Pangung...yeah..thnx 4 ya info ya..:P
December 26, 2009 at 4:03 PM
best review ever.
December 26, 2009 at 4:40 PM
suka baca apa yg kamu tulis ni megat. siapa tak faham filem muallaf patut baca ini
December 26, 2009 at 6:30 PM
Uncle Ajami - Terima Kasih Uncle , me pun suka sangat-sangat , filem ini.
:)
December 26, 2009 at 6:31 PM
Louie - Pergilah , dan rasai mimpi yg terakhir ini.
:)
December 26, 2009 at 6:57 PM
Faiz - terima kasih , kerana sudi membaca. Ini cuma sedikit apa yg me faham.
:)
Edz - owh tidak , masih ada banyak lagi review yg lagi bagus.
:)
me cuma menulis dari apa yg , me faham. itu sahaja.
December 28, 2009 at 1:10 PM
Hoho mmg sedih lahh part briann balik rumah tu! 'ter' nangis je ! :p btwww thxx for elaborate! Sebenarnye lepas cerita2 balik. baru lahh faham that moviee :D
December 28, 2009 at 6:39 PM
i realise 1 thg, filem2 arwah selalunya memberi pelbagai bentuk perspektif ttg seseorang, dan saya dapati saudara punya jiwa kemanusiaan yg sangat tinggi terhadap manusia lain.
December 28, 2009 at 9:24 PM
nad - ye lah , me baru nak nanges..u dah nanges dulu. Now i tahu..kenapa u beli cupcakes coklat tu. ohohoho , memujuk diri kah ??.
Fadz - Yeaps .. menonton filem Kak Yasmin , seperti melihat sebuah cermin. Terlalu banyak yg boleh , di biaskan.
:)
apa yg tidak bewarna - itu angin
apa yang tidak berasa - itu air
apa yang tidak berbentuk - itu cahaya.
bagaimana kita tahu ??
Sebab kita sentiasa peduli dan merasa.
December 28, 2009 at 11:41 PM
i knowwwww!! korang dua mmg nak nangis ! but tahann kann kannn. cehhh. bukan lah, cupcakes tu tau dtg time me tghh nak memujuk diri :p
December 29, 2009 at 6:59 AM
yolah..me nak nanges , but sebab u dah teriak dulu.
kang me nages + u nanges = sapa nak pujuk ??.
huaaahhuaa..cupcakes owh cupcakes !!.
tak pa , next time me bersidai lama2 kat sunway tu.
:P
December 29, 2009 at 9:58 AM
waw
December 30, 2009 at 6:24 PM
abir - hoh !!
December 31, 2009 at 1:47 PM
saya baca ulasan kamu ini dulu, lepas tu baru ada kesempatan nak tonton semalam..
trima kaseh untuk review ini, tontonan saya semalam jadi lebih bermakna..
saya paling banyak nangis pada babak ani dan ana di atas katil, memaafkan semua orang sebelum tidur...
January 1, 2010 at 12:47 AM
cik husna - Baguslah..jika my review membantu.
:)
yeah..kita pun , now ..kenelah belajar untuk memaafkan orang.