<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-3355259866565760309', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Stage I

Tajuk : Photoshoot utk Pelajar Fotografi [Giat Mara]

Lokasi : Tasik Titiwangsa
Jam : Sesudah makan sarapan.
Mood : Happy + Panasssss lohhh .


Lama aku tak bercerita panjang kat blog nie. Bukan apa , bussy jerk manjang. Sibuk dengan hal-hal duniawi yang tak berkesudahan. Ok , kali ini . Aku nak bercerita tentang photoshoot yang aku terlibat sama. Sebenarnya , photoshot ini adalah tugasan protoge aku ...iaitu En Chapeq. Memang stress lah nak setelkan photoshoot nie. Dah la, aku bagi bantuan dari segi Idea kreatif , jadi model sekali n [itu x-termasuk ngan item-item lagi ]. Huik , En Chapeq just tukang snappy snap jerk. Ehh...memang bertuah lah ko , jadi protoge aku.


Act i - Sebelum first shoot. Kene ambik mood dulu. Untuk tugasan kali nieh , ada 3 model . Iaitu aku , Kim dan Mimi. Kim memang kawan aku , jadi aku taklah segan or susah nak berkerjasama. Walaupun ini kali pertama , aku deal dengan dia. Cuma dengan mimi nieh , aku segan-segan kucing sket. Mula-mula tu , langsung aku tak cakap apa2 pun dengan mimi. Ye la , kang dia kata aku plak yang over. Tapi selepas 3-4 minit sesi photoshoot berlangsung , baru aku boleh gelak-gelak joker dengan dia. See...siap boleh main tiup-tiup straw lagi. Hahahaha..mmg ada kimia antara aku & mimi.

Act ii - 1,2,3 ... klick klick !!! . Photoshoot pun bermula. Terus terang aku cakap , mula-mula mmg huru-hara. Sebab aku terkejar jadi model , then nak kene bagi direction kat En Chapeq lagi. Lagipun , photoshoot nieh ..melibatkan 3-4 orang photographer. Jadi , aku , mimi dan akim jadi keliru untuk start bagi action kat siapa dulu. Dah lah , camera keliling. Nak fikir pose lagi , nak kene fikir photographer lagi . Wahhh , stress aku naik 67 darjah. Tu belum campur dengan suhu alam yang panas. Tapi nasib baik , hari tu agak windy sket. Jika tak , ada harapan aku terjun tasik.

Act iii - Ambik kau. Dulu masa aku jadi photographer , suka-suka hati jerk bagi arahan . Dulu aku yang bagi direction kat orang. Siap terjerit-jerit lagi. Banyak lah mangsa aku. Hahahahaha, tu belum kira yang kene marah lagi . Tapi hari ini...skunk , aku pula yang merasa. Hahahahaha , karma betul lah. Tapi sorrylah , bout nak bagi pose tu . Aku mmg tiada masalah. Cuma tu lah , aku jadi terlalu analisis bila bagi pose. Betul cakap orang , photographer jika jadi model. Musti ader kaku sket. Aku tak tahu , nak cakap. Bagus ker tak hasilnya. Korang boleh tgk n kutuk lah sendiri. Hohohohoho.

Act iv - Ini hasilnya, bila model pose secara solo. Tadi ramai-ramai , boleh lah cover kelemahan satu salam lain. Hahahahaha. Now ambik korang. Tiada talian hayat dah. Tapi terus terang cakap , semua model mmg ada kelebihan masing-masing. Macam Mimi , muka dia mmg fotogenik. Lagi satu bila bergambar , dia terus jadi orang lain. Dia mmg ada karekter. Ye la , dalam real life .. dia mmg funny gilerz. Ye la budak baru nak ambik SPM. Tapi bila dah bagi direction , dan camera dah snappy snap , hasilnya mmg gempak wooo. Dia nampak berusia dari age yang sebenar.
Kim pulak , muka mmg market asia. Ala-ala macam boyband korea , type muka dia. Dia mmg ada pekej yang lengkap. Dengan badan Kurus - Kulit sihat dan muka mmg boleh jual lah. Dari 10 snap , aku rasa 8 mmg boleh pakai. Cuma tu lah , dia kurang dari segi kreativity . Camner nak bagi pelbagai act kat photographer. Tak pa , by time..sure dia fahamlah tu kot. Hohohohoo.

Act v- Untuk menyiapkan tugasan nieh. Kita orang pilih banyak lokasi di sekitar tasik titiwangsa. Ini adalah untuk menghasilkan , banyak kepelbagaian dalam hasil kerja En Chapeq. Jadi tak derlah , model pose kat lokasi yang sama jerk. Gila lah..tak kan dari 500 snap , lokasi tak bertukar !!!. 2 lokasi yang terakhir adalah atas pilihan aku , wah pengakuan bongkak nieh. Dah tu , En Chapeq asyik bising jerk. Mana lokasi..mana lokasi ??. Hah ambik kau. Kat Hutan kelapa Sawit tu aku kasi. Tapi , yang aku tak boleh lupa . Tengah-tengah pose , tiba-tiba handphone kim berbunyi. Abuya dia call rupanya !!!. Cehh , tak amatur tul lah. Please ... matikan handphone next time. Sewaktu sedang berkerja... yeah. Hahahhahaha.

Act vi - Nie lah , Jurufoto-jurufoto yang bertugas hari tu. Ramai lah sangat kan. Ada Cim Bam , En Amir@Cicak , En Ramzi, En Amir yang macam biskut. [ Kejap ada..kejap hilang]. Hohohohoo. Dan termasuk protoge aku , En Chapeq yang suka ilang-ilang gak . [ Ilang mood katanya]. Siottt , tengah-tengah kerja. Boleh sempat nak ilang mood. Tak fikir aku punya ilang lagi. [ Ilang sabau dengan en chapeq]. Tapi mmg tul pun. Kerja ramai-ramai nieh , kena banyak sabau. Dengan cuaca panas lagilah. Tu yang iman boleh jadi senipis capati tu. Tapi aku ok jerk. Penat aku buat lawak n jadi badut sarkas. Utk kasi hip sket suasana ceria di lokasi. Siotttttt...ingat aku apa ?? . Semua benda, aku nak kene buat !!!.

Act vii - Boleh ...aku pun jadi jurufoto balik. Sebab aku terlalu suka sangat , dengan lokasi yang terakhir kami pilih [ Kami ??? bukan aku sorang jerk ker ]. Idea untuk letak Mimi atas pokok tu pun, adalah idea aku. Wah...suka-suka hati ko jerk. Tapi mmg chumel dowh. Mimi jadi macam ..errr macam apa ??. [ Kang aku kata...beruk , ader ker beruk secantik dia ??]. Ok lah , macam puteri yang tunggu putra datang selamatkan. [ hahhaha, apa punya plot lah]. Tapi berani cakap , ini mmg shoot yang paling gempak, yang kitaorang buat hari tu. Sian mimi , kene sangkut kat pokok itu . Demi merealsasikan visi aku tu. Hohohohoo.

Finale - Around jam 4 petang. Kita orang habiskan kerja. Memang penat , letih dan kepanasan. Tapi puas hati lah dengan hasilnya. Aku memang enjoy gila dengan photoshoot nieh. Ye la , dapat geng dan kawan sekutu yang baru. Tu belum kira pengalaman berharga , yang aku dapat nieh. Aku harap , ini jadi bukti kepada sokongan aku. Kepada jurufoto-jurufoto baru yang baru nak belajar. Macam yang aku cakap kat En Chapeq : " U patut rasa untung , couse tak semua orang dapat peluang yang sama ". Yeah , aku sokong apa chapeq nak buat. Bagi aku .. ini adalah impian dia. [ Untuk jadi jurufoto famous amos katanya].Jadi sebagai kawan , ini adalah tanggungjawab aku . Untuk membantu dia mencapai impian. [ Adoiii...drama tul lah , part nieh ]. Hohohoho.

Apa-apa pun. Huaahhh , at last setel sudah sesi hari pertama. Yipeeee !!!

“Stage I”

  1. Blogger Prince Nepths a.k.a Damian Says:

    bile nak jadi photographer tuk roy lak?

  2. Blogger edzlin007 Says:

    suka baca apa yg megat cite ni. pic mimi atas pokok tu mmg cantiklah...

  3. Blogger Afeeqa Says:

    kerja dalam panas memang membuatkan hati lebih panas. :P

    but, pic yg u snap sgt smart. :)

  4. Blogger Muhammad Says:

    roy - bila me tul2 free ?? hohoho.

    edz - dah dia mmg cantik. Ko letak kat mana pun. cantik jugaklah hasilnya.

    afeeqa - yipeeeee..tu lah. walau hati terbakar hangus. tapi nasib baik result gempaks !!.