<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-3355259866565760309', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Harus aku Berubah ???

" Aku pasir - Sejuta ombak memukul - Tiada aku berbeza "


Perlukah aku mengubah tema pengisian blog ini ?? . Sebab aku selalu dapat respon yang berbeza bila berjumpa " Pembaca blog ",ini.Yang biasa aku akan dengar ialah" You yang tulis blog aku pelukis ?? "-" What ??? Blog tu kamu punya ??? "-" Kamu nampak berbeza dari karekter dalam Aku Pelukis ".Adakah itu satu pujian atau kekeliruan.Entahlah..aku tak mengerti.Kadang-kadang,aku pun keliru.Apa yang patut aku sampaikan pada pembaca. Adakah mereka mahukan," Jiwa Matang ".Atau " Jasad keanakan " aku yang selalu buat orang keliru.

Dari luaran aku hanya seorang remaja lelaki berumur 25 tahun . ( tapi orang selalu ingat aku 18 tahun. Baru semalam, seorang pakcik yang jual cupcakes di IKANO berfikir aku masih terima elaun bulanan ). Tapi pemikiran aku ??

Maaflah jika ada yang berfikir.. aku seolah mahu berlagak. Tapi itu kenyataannya. Aku membaca buku mengenai revolusi perancis seawal umur 7 tahun. Malah aku masih ingat , ketika bermain card ketika berumur 6 tahun - Card yang mewakili " King " - aku sebut sebagai " King Tut " , dari nama Tutankhamun. Ketika sekolah menengah , di dalam makmal. Aku leka membaca " This Sceptred Isle ". Jadi secara dasar , aku akan menulis dalam gaya yang terlalu tua utk dimudakan.

Tapi di dalam dunia nyata. Aku masih kanak-kanak remaja. Aku masih suka lepak di kopitiam , atau berjalan-jalan dengan kasut canvas. Malah aku akan berhenti sebentar di depan cermin kedai . Utk melihat edisi terbaru robot Gundam. Malah aku masih beli komik dan mangga . Errr...dan aku pun minat Beyonce.

Tapi apa yang lebih-lebih aku banggakan. Ialah bila ada seorang teman rapat aku berkata :


"Kau pandai simpan rahsia..lain yang berlaku,lain yang kau sampaikan.Walau hidup kau sentiasa penuh dengan bermacam benda2 hebat.Tapi kau menulis penuh dengan rendah diri."

Ya..itu aku akui. Seharian , hidup aku pasti berjumpa atau berada di tempat-tempat yang baru. Tapi aku masih seperti dulu. Aku tak berubah. Aku hanya seorang budak dari pekan kecil. Kota ini hanya pentas. Aku tak berangan mahu jadi orang lain.

Aku hanya aku..
tak pernah sekelumit pun berubah.

“Harus aku Berubah ???”

  1. Blogger Abir Abhar Says:

    Papa tak bagi elaun kat kita ke bulan ni adik?

    haha...

    "be true as what u are, because u r who u r.."

  2. Blogger Princess Ayang Says:

    sy peminat senyap blog kamu..hehehe..
    sy suka apa yg kamu tulis.. teruskan menjadi diri sendiri..
    kamu adalah kamu..
    gudluck

  3. Blogger alhariesz Says:

    please be YOURSELF....kawan...

  4. Blogger a.z.n.e.e Says:

    Huhuhu..

    Nothing to be worried.. u r what u r.. kalo dia kata muda, bagusla.. awet muda, kan?? ala... me too.. xserupa 28tahun.. masuk fun fair pun bole dapat rm1 = rege kanak2..

    Ur words are come from ur hearth.. Itu yg sebetul2nye.. Tiada pemalsuan.. Biarkan mereka berkata2..

  5. Blogger sabun pink Says:

    yeah..
    tak perlu senangkn hati orang sedang kita yg rasa beban..
    nop..
    bukan nak jadi hati kering..
    awet muda ape umur 25 tp orang sangka 18..
    just ignore what people said..

  6. Blogger a sinner Says:

    Bagi saya lah kan, kita hidup untuk diri sendiri bukan, so, jadilah diri sendiri. apa saja yg makes u yourself happy. :]

  7. Blogger edzlin007 Says:

    saya suka je blog anda ini. :)

  8. Blogger k.A Says:

    mcm semua org ckp,jadilah diri sendiri. but tak salah sekali2 sekala berubah demi menjaga hati org lain.

    thanx for following me
    :)

  9. Blogger Hairi Lasim Says:

    Each human being is different. The difference makes us unique. The uniqueness makes us interesting. Being interesting makes us more alive or we become stagnant. Stagnation make us boring. Being boring makes us lifeless.....be yourself to be different

  10. Blogger jejaka anggun Says:

    kata shaz johar la kan....

    "I don't care what you say about me, as long as you say something about me, and as long as you spell my name right. thank you."

  11. Blogger Mr NAEmnzr Says:

    nk tambah qoute ur fren:
    ...dan kamu menulis dgn sgt ikhlas en megat!!!
    itu yg naem rasa bila baca blog ni.
    x kesah la en megat nk jd matang atau terus sbg remaja atau apa,yg penting,hasil tulisan kamu ikhlas.
    itu yg naem rasa.

    p/s: en megat,bila nk buat sessi bertemu peminat ni?sembag petang bersama en. megat ka,hari keluarga ka...boleh?