<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-3355259866565760309', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Apa pendapat Anda ??

Aku tak tahu , apa yang dah merasuk aku hari ini. Kelaparan kerana diet membuatkan aku senyap dalam bilik. ( ada banyak masa yang terbuang , diantara waktu sarapan, lunch dan minum petang ). Aku capai arang dan canvas , dan terus melakar dan melukis. Aku tak tahu apa yang aku buat. Aku cuma melakar , mengores dan leka menyapu arang di atas canvas kasar. Dalam kepala ini , aku cuma mahukan sesuatu yang baru !!!. Sesuatu yang aku tak pernah buat. 3 jam , aku menahan lapar. Aku mahu semua kegilaan ini , di siapkan cepat.
1) Mula- mula , aku sapu arang secara menyeluruh diatas canvas. Lepas itu aku ambik air dan basahkan canvas. Warna hitam yang penuh tone terus menjadi latar. Waktu canvas masih lembab . Terus aku start melakar asas. Dan soft pastel warna putih menjadi asas warna kulit. Disebabkan canvas lembab , jadi warna mudah diratakan dengan jari. Aku tak guna kan berus. Sebab meratakan warna amat mudah dan cepat dengan mengunakan hujung jari.

2) Terus melakar dan mewarna dengan warna-warna tone gelap. Hitam , kelabu , putih dan coklat .semuanya bersatu. Mengemaskan outline dengan arang. Itu saja kerjanya. Dan lihatlah hasilnya. Amat menakjubkan ?? Hampir.....

Secara kasar , membuat karya dari arang dan soft pastel adalah amat mudah. Sebab aku boleh mengawal warna dan tone dengan sapuan warna , dari hujung jari. Mudah , amat mudah. Aku dapat emosi dan riak wajah yang aku bayangkan. Ini adalah hasil kerja yang amat aku banggakan. Sebab aku tak sakit hati pun bila tgk hasilnya. Aku dapat senyuman yang aku mahu. Dan renungan itu...yeap , renungan itu. Apalah saja maksudnya. 
Housemate aku , sudah memberi komen dia secara jujur 5 minit tadi. Sekarang aku mahu melihat dan membaca komen dari pembaca blog ini pula. Jangan risau..aku amat terbuka untuk menerima kutukan dan cacian. Kongsikan apa yang anda lihat. Mungkin kata-kata anda itu ada benarnya...siapa tahu ??.

" Pentas Terakhir "
Media - Arang + Soft Pastel + Canvas
Saiz [ 90 cm x 60 cm ]

“Apa pendapat Anda ??”

  1. Blogger Qaisy Jaslenda Says:

    To be honest, it's beautiful.

    but I just can't stand his/her left arm.

    you did something I'll never do.

    ;P

  2. Blogger alhariesz Says:

    megat...

    sejujurnya, dari bahagian kepala ke atas cukup sempurna cuma bahagian badan saya rasa ada sedikit janggal...(pada hemat saya yang cetek ilmu seni nih..ampun...)

    tak pasti samada proportion tubuh atau warna merah yg megat guna tu...

    tapi paling saya suka pada ekspresi dan mimik muka, serta matanya yang menyorot tepat ke 'sesuatu' atau ke seseorang...ehehe...tahniah, megat sudah begitu hampir kepada Durer... :)

    tak lama lagi michaelangelo ye...huhu

    konklusinya, jangan berhenti hanya kerana komentar ini ya...lagipun seni itu universal sama seperti sastera, tiada salah dan tiada betul....

    dan ADA APA DENGAN JUDUL nya? sedih bebenor...macam mengisyaratkan sesuatu...

  3. Anonymous Anonymous Says:

    I see hope in the eyes. Perhaps i said so because he looks like Barrack O. ?

    Hmph, from me with zero knowledge of art. -_____________-"

    -D

  4. Blogger jejaka anggun Says:

    cam obama...
    heheh..

  5. Blogger fendy0211 Says:

    sangat indah, Megat...
    sorotan matanya seakan memberitahu jiwanya kekosongan...

  6. Blogger hafizzuan Says:

    unique,scarry but yet still an awesome art..!!!

  7. Blogger GC Says:

    kalau nak komen pasal karya org kami x pandai...
    tapi nak kasi komen pasal 'diet'..dengan pantun ini:-

    alam ciptaan jadi lukisan
    indah nya bakat kurnia Tuhan
    kalau nak dapat tubuh idaman
    jgn lah sampai merana badan.

    emmm...pantun pun x berapa pandai ^.^

  8. Blogger anaaiman Says:

    emm...baju dia n badan pelik la. macam tak bersatu dgn wajah

    dari..
    yang buta seni

  9. Blogger edzlin007 Says:

    saya selesa tgk hasilnya, matanya sangat menarik.

  10. Blogger A.Z.N.E.E Says:

    is it reflection of yourself???

  11. Anonymous Anonymous Says:

    barack obama..
    love the tones..colors..
    tp badan dia mcm takngam..mayb ur style..

  12. Anonymous Anonymous Says:

    ehh...hmm...ntah...mungkin saja dia ni seorang lelaki yang wajah saja nampak lelaki+keras+jiwa kental tapi jiwanya
    lembut.badan dengan baju merah itu bagi saya "perempuan".

    ntah...BukanKasutTumitTinggi

  13. Blogger |Liyana PELANGIā„¢ | Says:

    sangat indaH!
    matanya sangat memberi makna yg tersirat..
    sangat cantik dan halus lukisan u megat!

  14. Blogger Muhammad Says:

    Qaisy - dan awak pula membina , apa yang me tak mampu. :)

    Alhariez - terima kasih , sebab me melukis adalah kerna ada yang mahu melihat...jadi me sentiada duduk dan melakar. :)

    Anonymous - Ya , ada mirip OBAMA ..tapi me tak bermaksud Obama. Mungkin satu kebetulan.

    Shaz - Me pernah botak dulu..u tak cakap OBAMA pun :P

    Fendy - Kekosongan itu harus disi , terima kasih En Fendy . Kerna sudi singgah lalu.

    Hafizzuan - :)

    Gc - hahahaha , menarik pantun itu. Ok , me akan ingat. Sure me akan makan after this.

    Anaiiman - Pelik itulah objektifnya. :) Kesempurnaan akan buat orang lupa. Tapi yang berbeza-beza itulah yang akan buat kita ingat.

    Edzlin - Makasih ya..atas kata2 itu.

    Aznee - Mungkin juga kak..siapalah yang tahu ?? :)

    Anonymous - :) Ya , mmg disengajakan.

    Anonymous - Pandangan yang bagus..apa2 pun. Ianya seharusnya berbeza.

    Liyana - :) Terima kasih atas sokongan awak ,Misz Liyana

  15. Blogger mangosteenskin Says:

    mula2 memang ternampak obama, lepas tu saya nampak orang lain...hehe apa2pun saya suka strokenya!

  16. Blogger Muhammad Says:

    Kak Mango-Kebtulan kot,jadi Obama.
    :-)

    terima kasih.

    Harap ini,dapat membantu kamu ya.
    Nanti,jika buat buat artwork lagi.
    Me cuba try video kan.
    Insya Allah.