<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

SELL OUT ! - [ 7 May 2009 ]

SELL OUT!
Malaysia-wide release date: 7 May 2009
Official site : www.sellout-themovie.com


Aku terpaksa pergi meeting sebentar lagi. Balik nanti, aku akan review ttg film ini.
Yang aku anggap sebagai,antara filem terbaik Malaysia bagi tahun 2009 .

~
Pernah lihat sebuah filem yang sarat dengan imej dan rupa "Malaysia" ??. Jika tidak , Sell Out ialah jawapan kepada pentian anda selama ini. Terus terang cakap , semasa menerima jemputan untuk ke tayangan perdana .( aku tiada idea , ini cerita tentang apa ?? ) . Aku pula memang bukan jenis yang suka untuk study atau cari info ttg sebuah filem yang bakal ditonton. Sebab aku tak mahu spoil mood. Pelik bukan , jika kita mahukan satu KEJUTAN . Tapi masih gatal tangan , menaip kata carian di You Tube untuk melihat Trailer. Jika kita sudah melihat sedikit , dan meratah ... apa lagi kenikmatan semasa menonton yang mahu kita enakan ??

Jadi , bila aku menonton cerita ini. Ketawa , suka , sedih dan keasyikan nya memang benar-benar neutral. Sepanjang tayangan , aku enjoy sangat-sangat. Tiada sedikit pun masanya aku mengangkang kebosanan. Ok now , aku bagi 5 sebab kenapa filem ini harus korang tonton dan penuhkan panggung bersama kawan atau lawan.

1 - Idea segar
Aku terpaku bila melihat jalan cerita yang mudah , simple tapi penuh dengan penghayatan . Ya , mungkin ada babak-babaknya kelihatan amat melampau . Tapi itu lah realitinya. Di dalam dunia Sell Out , semuanya pasti. Realiti dan fantasi itu berasimilasi cantik. Sehinggakan kita , penonton mampu menelan TAK LOGIC itu dengan sedap .

2- Malaysia
Aku selalu bertanya , apakah filem malaysia itu yg sebenarnya ?? Adakah filem itu perlu ada muka melayu atau bercakap guna bahasa melayu ??. Dan Sell Out , memberi jawapan. Dunia malaysia itu ada banyak sisinya. Jika selama ini , kita asyik disogok dan disuap dengan " ayay-ayat cinta melayu " . Bagaimana pula dengan kaum-kaum lain yang menjadi jiran-jiran kita ?? . Aku pasti , akan keluar isu . Owh cerita cerita orang putih .Ini bukan cerita melayu dan bukan cerita malaysia. Ehhh , kitab mana yang mengariskan sebuah filem itu harus menjadi KLON , hanya kepada satu bangsa ??. Jika itu yang kita mahukan , lihatlah bayang kita pun sama hitam , walau apa warna sekalipun bezanya. Dan Kehadiran Sell Out , amat menjadi satu pilihan untuk kita. Satu yang baru untuk satu malaysia.

Aku puas dengan apa yang diberi oleh filem ini. Setiap ruang nya di penuhkan dengan RUPA Malaysia. Dari kedai kopitiam , ke gerai di jalanan..sehingglah ke kota atau desa. Rupa rakyat malaysia itu di ubah segar dan indah. Aku suka bagaimana sorotan kehidupan rakyat malaysia itu digambarkan. Ianya amat real sehinggakan , aku sebagai penonton pun setuju.


3 - Ideologi
Aku ketawa dengan jenaka sinis yang dipersembahkan. Tapi dalam aku ketawa-ketawa itu. Aku menangkap banyak perkara. Sell Out , meneriak tentang sifat prejudis , perkauman , hak seorang wanita , biokrasi dan budaya. Cinta pun ada , tapi cinta yg wujud dalam Sell Out adalah tragedi. Satu kefahaman yang sebuah filem bukanlah hanya perlu jadi macam hikayat snow white. Tiada pasangan bahagia bercinta di sini. Sebab inilah realiti nya. Siapa kata bercinta sampai ke jinjang pelamin ??? Penolakan atau kisah cinta tak kesampaian pun satu hiburan untuk di saksikan.

4 - Logic
Aku tahu , isu terbesar yang akan keluar dari mulut orang yang sudah menonton. Ialah , EH MANA LOGIC !!. Ya , ianya jadi tak logic sebab kita yang tak mahu menerima hakikat. Terlalu angkuh mungkin . Tapi Inilah satira hidup yang kita buta untuk rasa. Ideologi dunia lama yang terlalu membenam dalam kepala , sehinggakan kita pun percaya kematian itu perlu jadi terlalu romantik. Aku suka dengan tema KEMATIAN dalam sell out. Kita selalu percaya yang mati itu hanya pada orang tua dan sakit. Dan orang sakit itu pasti akan mati dengan mudah . Seperti menunggu bateri yang sudah lama dipakai. Kita akan mudah menjangka bila kuasanya akan berakhir. Tapi Sell Out menjeritkan kefahaman benar. Mati itu bukanya atas kuasa kita. Siapa kita untuk mengatakan dan mengagak bila seseorang itu akan mati ?? Dan , bila kematian itu benar-benar diatas tangan kita untuk tentukan ?? adakah kita akan membuat pilihan yang betul ?? untuk memiliha siapa yang harus mati ??? . Tontolah sell -out dan anda akan dapat jawapan bagi setiap persoalan hidup.

5 - Dunia Sell-Out
Aku suka..ya aku amat suka dunianya. Dunia dimana perkara remeh temeh itulah yang menjadikan kita manusia. Tiada siapa yang benar-benar sempurna di sini. Dan ketidaksempurnaan itu lah MANUSIA yang sebenarnya. Yang penting , ialah bagaimana kita mengunakan masa dan peluang yang ada. Itu sahaja !!

Motivasi dari dialog dan lagu yang berkumandang , membuat aku terfikir. Adalah aku akan mengeluh lagi ?? . Bila masalah dalam hidup datang menghujan. Adakah aku perlu jadi bijak atau bodoh dalam menilai ?? . Hukum karma itu berputar-putar , dan setiap tindakan akan dihantui dengan pembalasan. Sell Out , menterjemahnya dengan lagi mudah , bersama jenaka gelapnya. Amat sinis dan bisa. Tapi , diakhir malam. Ketika aku keluar dari panggung. Aku cuma berkata


7 bintang untuk Sell Out

“SELL OUT ! - [ 7 May 2009 ]”

  1. Blogger Qarl Says:

    SELL OUT amat indah kerana;

    - lagu-lagunya (soundtracks)
    - lakonan pelakonnya yg bersahaja dan berkesan
    - karya yg jujur... realiti sgt2

    hehe

    berbaloi menonton film spt ini...

  2. Blogger alhariesz Says:

    dah baca review Ray @ yoyooh...fused plak ngan review megat = sah kena tengok...

    tak sangka peter davis & hannah lo bleh blakon...

    makin ceghah mase depan filem Malaysia... :)

    A: why you look so pale?
    B: i'm half white...

    ngee :D

  3. Blogger wénkt Says:

    i terkejut bila ramai kata filem ni tak besh.

    tapi i suka giler

    dont BUT me, i dont like peoples who BUT me

  4. Blogger ikanbilis Says:

    review yang bagus, thanks!

    I'm all hyped up to watch. when is it going to the cinema?

  5. Blogger MORIBAYU Says:

    karl - me suka soundtrack nya. indah terlalu indah untuk dimiliki !!

    alhariez - errmmm , mana u tahu quotes tu ???

    wenkt - errmmm , sapa yang cakap ??? 4 dari 5 orang yg duduk menonton bersama with u ???. jika tak sedap...camner leh menang award ?? hohohoho

    ikan bilis - 7 mei nanti :)

  6. Blogger Abir Abhar Says:

    bilala dia nak ajak kita lak kan..
    hasih2

  7. Blogger MORIBAYU Says:

    abir - bila masa berbisik

    " jumpalah abir tu.....bawak dia gie minum petang "

  8. Blogger Edzlin Says:

    nak tengok....

  9. Blogger MORIBAYU Says:

    ya , harus tonton
    :)

  10. Blogger hafizzuan Says:

    7 bintang???
    ni yg xsabar nak tgk sell out...

  11. Blogger Abir Abhar Says:

    megat
    megat delete facebook ke?