Erti Sebenar ...
Lama aku merenung lukisan ini. Aku lupa apa judulnya. Yang aku tahu , lukisan ini diam saja di balai Galeri Negeri Melaka. Otak aku berpusing berfikir [ tetapi tidaklah sampai pening ]. Kali pertama aku melintasi lukisan ini. Hati aku terus tertarik. Lama aku berdiri melihat , merenung-renung dan menilik-nilik. Aku tak tahu kenapa. Tapi aku benar-benar terasa sayu bila melihat lukisan ini. Kerana terasa ada kasih sayang yg terpamer.
Siapa perempuan dewasa itu ?? Mungkin seorang Ibu , atau seorang Nenek. Mungkin juga seorang makcik jiran. Atau insan yang langsung tidak dikenali oleh budak kecil disebelahnya. Namun cara wanita itu menyandarkan belakang nya kepada budak kecil itu , penuh perlindungan. Seolah memberi budak itu tempat untuk bersandar dan bermanja. Dengan warna baju yang sama..pasti ada "satu ikatan" yang menyamakan mereka. Sama-sama berlindung di bawah bayang pokok dari panas. Duduk diatas hamparan batu yang dekat. Mereka berdua " amat hidup untuk, bergantung di bawah satu perlindungan "
Wanita itu memandang 1001 erti. Budak itu hanya diam saja. Apa sajalah maknanya
February 22, 2009 at 4:15 PM
megat..
luv it..
classy sgt!
February 22, 2009 at 8:20 PM
luv ?
sama apa ya ?? karl
February 23, 2009 at 12:28 AM
megat..
errrr...
luv sama u.. hahahaha...
sah2 la sama ur masterpiece.
by looking at d pic, i guess ni cam zmn2 80's la.. kt kg2 nelayan.. hehe dats my POV la..
February 23, 2009 at 7:47 AM
master piece ?? no lah
:)
hehehehe
yeah...lukisan yg terpamer di balai seni melaka nie..mmg penuh pelbagai makna..just berhenti sebentat dan hayati :)