KULIHAT MATAMU PADA BINTANG
SENYUMAN MELAMBAI
DI BAWAH SINAR BULAN GEMILANG
KERDIP HANYA TANPA SUARA MENYAPA
HATIKU BIMBANG
KUNANTIKAN LAGUMU SAYANG
DARI BINTANG KE BINTANG.......
Waktu: Ketika setan berkeliaran - Mak aku yang selalu cakap :P
Bersama : Uncle Ajami & Ray
Dengan nawaitu yg ini adalah hadiah hari jadi untuk diri aku. ( walau masih ada 24 hari sebelum tarikh keramat itu dan aku bayar tiket masuk rm 30.00 sendiri !! ) . Kami ambik seat depan sekali. Bukan sebab kami VIP ,tapi sebab aku rabun, maka tak la mahu ada otak orang bersarang tengkorak menghalang pandangan aku. Bila ibu Fauziah Nawi mula mengambil tempat dan aksinya bermula. Aku tengelam....terus lemas dan hilang dalam sebuah karya yg hebat. Ray cakap , muka aku ketika menonton penuh emosi .Sampai berkerut-kerut mata ( Mungkin sebab mata aku masih pucuk melihat dalam gelap , selepas terlalu manja menonton wayang lebar ) Dan reaksi yang aku buat , seolah mahu menelan tanpa kunyah...semua yg diluah oleh Ibu Fauziah ketika itu. Yeah , aku akui hakikat itu ..sebab itulah aku. Mata aku liar , gatal dan nakal. Aku lihat semua apa yang aku mahu lihat. Malah ada ketika , aku menonton dari bias cermin yang menjadi prob di sisi kiri pentas. Aku melihat dari semua sudut. Ketika Ibu Fauziah menari , aku kira langkah kakinya yang berjoget. Supaya aku boleh tiru , sebab pada malam joget lambat yang lepas aku kelihatan macam monyet sarkas.
Cinta tidak akan pudar walau sang kekasih itu sudah menjadi debu. Walau masa dan takdir itu merobek kenyataan.Tapi jika kita masih ada cinta yang utuh. Maka mana mungkin kesetian itu berubah. Tapi yang berlawanan ialah. Jika cinta itu palsu dan cuma topeng bagi satu kebahagian. Sudah pasti ianya tidak akan kekal walau insan yang kita suka itu dari kesempurnaan macam arjuna dewa dari langit ke-8.
Bila Uncle Ajami berkata " pementasan ini macam blog aku ". Yeap , aku setuju. Sebab setiap bilah kata yang di ucapkan penuh makna dan kiasan ( Macam aku la...cakap sure ada kias , ada alas sebab aku melayu ). Ada banyak part-part yang aku suka. Sampai aku lupa untuk merakam walau masih dibenarkan untuk mengambil gambar tanpa mengunakan flash. Sebenarnya aku mmg sengaja. Sebab aku tak mahu tumpuan aku tergangu. Sebab jika aku leka pasti aku hilang punca pada jalan cerita.
Jadi pic yang aku letak kat post nie , ialah semasa ibu fauziah membuat ucapan terima kasih pada sesi penutup. Uncle Ajami..kenapa ianya macam lukisan ?? sebab dari itu cara aku melihat pementasan ini. Cinta Julia ibarat tragedi hikayat lama. Ada suka,duka,perit,gembira dan 1001 serpihan rasa yang mampu difahami manusia. Yeah , ada saat aku rasa macam nak menagis. Bila ada kata-kata yang menyentuh ttg hubungan ibu dan anak. Cinta Julia membuka mata aku ttg maksud bagaimana aku harus menilai manusia.
Ini kali pertama aku menonton teater . Jadi ada banyak benda yang buat aku terpesona dan jakun sedikit. Bermula dari aku suka rashid sibir, sebab dari drama nya aku minat Ibu Fauziah. Aku membesar, dengan melihat dia yang meruntun jiwa dalam peti talibesen kat rumah. Babak lakonan Ibu yang paling aku suka ?? Dari filem Man Laksa. Bila time langsir terbakar...kenapa ?? sebab abah aku orang perak dan aku peminat Budak Kampung dari Dato Lat. Babak itu lengkap dan padat untuk merupakan jati diri orang Perak.
Tapi dari pemetasan ini , Bila Ibu Julia mengajar anaknya ttg kehidupan. Seolah aku pun terajar sama. Satu jam yang berlalu ( Selain buat aku kagum dan melopong melihat Ibu Fauziah nawi , yang tidak berhenti semangat dan stamina ), benar-benar buat aku puas. Aku tinggalkan Dewan Bahasa & Pustaka dengan hadiah yang terlalu bernilai. Dalam masa yang sama , kata-kata puisi yang dilagukan terus menemankan aku pulang.....
Uncle Ajami yang tulis
Ibu Fauziah Nawi
AkulahRawana






wahhh! dah jadi lukisan pic ibu fauziah ;-)