Sup Untuk Jiwa
Sudah 2 minggu pergi berlalu~Dan aku sudah tidak lagi memasak seperiuk nasi.
Setiap hari,aku cuma memanaskan periuk dan merenih suam sup bebola ayam.
Masukan saja sekeping mee kering.Dikacaukan perlahan bersama dedaun sup.
Angkat~masukan ke dalam mangkuk.Digaulkan bersama sambal goreng dan cili.
Ini adalah menu paling terhebat untuk dipuja.Sajian terbaik untuk mangsa selsema.
January 26, 2012 at 11:50 PM
nampak sedap.. nak cube? ^__^
January 27, 2012 at 12:23 AM
Cik Aisumi~Oh memang mudah saja nak buat.
i-Masak sup seperti biasa (campurkan serbuk sup bersama kiub pati ayam maggi )
ii-letak bebola ayam dan daun sup.
iii-Selepas itu renih sup bersama mee kering.Apabila mee sudah kembang.Angkat dan masukan ke dalam mangkuk.
iv-Gaul bersama kicap dan sedikit minyak zaitun.
v-Tuangkan air sup kedalam mangkuk,dan masukan mee yg sudah digaul tadi di.
v-Hidangkan bersama cili potong,bawang goreng dan sambal cili goreng.Jika nak masam sedikit,perah sedikit air limau.
taraaa~senang saja bukan.
January 27, 2012 at 6:09 PM
sedapnyer... pandainyer masak...
January 27, 2012 at 7:53 PM
As much as the content looks yummy, mangkuk tu jugak yg I suka. Very nicely cubist. Hehe... :)
February 1, 2012 at 12:22 PM
shaz~masak maggi ? yay,semua orang pun memang pandai masak meggi.
:P
February 1, 2012 at 12:23 PM
zamri~err me beli mangkuk itu di pasaraya giant.Yay,sebab memang suka dengan kemasan warna dan bentuknya.
February 14, 2012 at 1:37 PM
macam sedap... uit, diet ke or takde selera?
February 14, 2012 at 10:05 PM
reen~errr selera itu,masih ada.Tapi me pilih diet.
:-)