Muse
Entah mengapa~Di dalam sebulan kebelakangan ini.Aku seperti sudah kehilangan arah tuju dan punca idea untuk melukis.Berjam-jam aku menghabiskan masa,dengan duduk termenung mengadap siling bilik.Sepuluh bilah jari-jari tangan aku ini,sampai berpeluh mencekik sebatang pensel.Tapi tiada apa-apa pun yang berlaku.Akal aku seolah-olah sudah buntu.Semuanya jadi serba tak kena.Aku lukis sebuah bentuk 'kotak' ianya menjadi 'bulat'.Aku lukis 'bangunan' ianya menjadi 'sekor ikan'.Aduhai,kenapa tiba-tiba jiwa aku berombak tak punya rasa tenang ?.Seolah ada sesuatu yang menganggu seluruh daya tumpuan aku.
Untuk sedikit inspirasi~Aku tenung kosong permukaan siling bilik-Aku lihat kepul-kepulan awan di luar tingkap-Aku pasang lagu demi lagu-Aku tacap mata,kepada hasil karya-karya orang lain.Dan hasilnya,otak aku masih kekal menepu dan setia kosong dan lohong.Mungkin aku perlukan sedikit masa?.Baik~mari kita duduk menonton DVD,sehingga sebakul idea turun dengan ikhlas dari langit.Selepas 3 jam tamat dan ratusan detik masa berlalu pergi.Sehelai kertas lukisan di atas meja sana,masih suci bersih tak dicabuli.Aku sudah tidak tahu lagi,mahu melukis dan meconteng apa.Nafsu untuk berkarya,seperti sudah ditambat mati.Apa yang sudah jadi ?.Aku pun tidak tahu.Minda dan Semangat aku,seperti sudah tidak selari.Aku sudah pergi membeli pen dan kertas-kertas baru.Sebagai pembakar semangat didalam melahirkan karya-karya baru.Sudah beratus halaman buku-buku seni,aku selak bagi mencuri sedikit idea.Aku buat bermacam cara,sebagai pencetus bara inspirasi.Tapi ? Hasilnya masih kekal melahirkan 'Hampa'.Aku sudah bodoh-buta-dan tuli untuk melukis lagi.
Apa aku sudah kehilangan sebab-mengapa dan kenapa ?.
Mungkinkah juga kerna aku sudah tak lagi mempunyai 'Muse'.
Dia yang selama ini menjadi 'Inspirasi'~Sudah hilang tanpa hadir
Dia yang selama ini menjadi 'Inspirasi'~Sudah hilang tanpa hadir
January 26, 2012 at 11:44 PM
cuba fikirkan sesuatu yang menggembirakan.. mana tau ilham datang?? :)
January 27, 2012 at 12:25 AM
Cik Aisumi~Entahlah,kadang-kadangkala me rasa macam tipu diri sendiri.Ada masa memang me tak gembira.Tapi me cuba buat-buat gembira.
Dan hasilnya ?
akhirnya..kita pun sendiri nampak.
Me memang tak happy.
Ahhhh~mungkin me patut pergi tenangkan hati sebentar.
January 27, 2012 at 6:10 PM
cube fikir tentang ai. mesti banyak ilham datang...
January 27, 2012 at 7:39 PM
Sometimes minda perlukan rehat. Great ideas can't be forced, it should come naturally without you never knew it would. That's why some great masterpieces came from a very un-forceful nature of the master itself...
*hmmm. Sbb tu org ajak pi mkn roti canai kat seremban. Mana tau, ideas will flow...haha! :)
February 1, 2012 at 12:28 PM
shaz~fikir tentang kamu.Me sudah berguling tergelak-gelak terbayang kan jenaka Kougar dan Tabu~yay macamana tu ?.
February 1, 2012 at 12:31 PM
Zamri~Setuju.Idea dan perlu mengalir dari minda yang paling alami.Itulah,mungkin sebab ada banyak sangat benda-benda remeh yang me terlalu fikirkan.Sampai tersumbat otak,dari berkarya dan bersantai.
hurm~moga selepas ini,me rasa tenang sedikit. *bergolek atas katil,sambil merenung dan membaca buku-buku kesayangan.
ps:Wah kedai roti canai mana pula,yang sodap bonar dokek seromban tu ?
February 1, 2012 at 12:31 PM
Zamri~Setuju.Idea dan perlu mengalir dari minda yang paling alami.Itulah,mungkin sebab ada banyak sangat benda-benda remeh yang me terlalu fikirkan.Sampai tersumbat otak,dari berkarya dan bersantai.
hurm~moga selepas ini,me rasa tenang sedikit. *bergolek atas katil,sambil merenung dan membaca buku-buku kesayangan.
ps:Wah kedai roti canai mana pula,yang sodap bonar dokek seromban tu ?
February 15, 2012 at 3:22 PM
Maaf jika saya katakan yang kebanyakan lukisan awak, nampak sedih.Tapi saya kagum dan cemburu dengan bakat awak.
February 15, 2012 at 5:20 PM
Yanti~Salam
terima kasih kerna mahu untuk suka.
:-) Sedih ?,ahhh mungkin sebab me selalu melukis mengikut rasa.
February 17, 2012 at 8:05 AM
gimana? sudah jumpa inspirasi?
salam Pelukis.
lama tak singgah sini.
February 18, 2012 at 3:06 PM
Bulan~Belum,me masih belum jumpa yang sesuai.