<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Post Great Grains

Sekarang aku paling suka sekali dengan cereal,dari jenama Post.Sudah hampir 4-5 bulan  berlalu.Dan aku masih setia,untuk masih mengunakan produk ini.Kali pertama,aku tahu tentang jenama ini.Adalah semasa,mencari-cari sekotak cereal untuk juadah sarapan.Aku tak pernah pun tahu,tentang jenama post sebelum ini.Ya,aku pernah guna 2-3 jenama produk yang berbeza.Tapi tiada satu pun,yang buat aku untuk terus setia.Jadi,dalam mencari-cari produk terbaru.Taraaa...aku ternampak di atas rak.Deretan kotak yang cereal,yang sangat bewarna-warni.Pada kali pertama,aku tersua~aku terus jatuh suka dengan harga yang berpatutan.(Satu lagi,aku suka dengan design kotak luarnya,sangat colourful dan amat menarik nafsu untuk makan).Sekarang,hampir setiap bulan.Jika aku ke GIANT.Aku pasti beli 2-4 buah kotak sekali gus.Kadang,sangup aku pergi giant.Hanya semata-mata sebab stock kat rumah dah habis.Lain cawangan Giant,lain perisa yang aku jumpa.Ada yang display,3-4 jenis perasa.Ada juga hanya 2 perasa (Huaaa...habis stok sudahkah?).Tapi,itu tak kira rak yang telah kekosongan produk.Kempunan pula aku nak bersarapan dengan cereal ini.Yay,rakyat malaysia~ramai sangatkah yang guna jenama ini ?.Tapi,tak mustahilah kan.Sebab Cereal Post,memang ada kualiti dan penuh khasiat.Jika aku pun,sekali membeli sampai 2-3 kotak.Apatah lagi orang lain,kan !!.


Hurmmm...rasa macam dah ketagihan pula.Yay~Sebab cereal Post,memang punya rasa yang sangat sedap.Susah nak cakap,apa yang sedap sangat jika makan cereal.Bagi anda,yang biasa makan cereal,sebagai diet.Tahulah,macamana nak bezakan rasa diantara produk yang berbeza.Namun,bagi aku.Aku suka dan jatuh cinta banget~sama Cereal Post.Sebab produk ini tak sama macam cereal jenama lain.Pertama~Aku suka,sebab rasanya yang pelbagai.Cereal ini taklah terlalu tawar.Dan best,sebab ada banyak Biji-bijiran.Sangatlah sesuai untuk,insan-insan yang tengah berdiet.Paling penting,cereal post memang berkhasiat dan amat mengeyangkan.Cara nak sediakan pun,memang mudah.Memang untuk jenis-jenis manusia sibuk seperti aku.Yang tak punya,banyak masa untuk menyediakan sarapan.
Cereal dari Post ini,memang satu pilihan yang bijak.Ada bermacam jenis perasa untuk di pilih.Aku dah cuba 4-5 perisa.Yang paling aku minat adalah Crunchy Pecans (Aku pernah buat kerja gila,beli 2-3 kotak berperisa ini.Dan hanya makan cluster dan kacangnya saja.Cerealnya aku terus tolak ke tepi..hahahahahaha).Satu lagi perisa yang aku gemari.Adalah Blueberry Morning.(Rasanya sangat segar,dan amat tepat untuk dimakan di pagi hari).Begitu juga,dengan perisa-perisa yang lain~semuanya lansung tak mengecewakan.(Perisa Pisang-Cranberry-Dates n etc).Ditambah pula,dengan ketulan bebola-bebola 'Cluster' yang rangup.Tambahkan apa saja,untuk dimakan bersama Cereal.Tetapi mutu kerangupan,tetap tak akan berubah.( tak seperti cereal dari jenama lain.Baru dicampur dengan susu.Tapi sudah mula kembang-lerai-hancur dan lembik kepingan cerealnya).Aku tak mahulah cakap,dari jenama apa,anda semua pun tahulah kan.Yay,itulah sebab,aku berhenti makan cereal yang ada cap ayam itu.Tapi,jika dari jenama Post,ternyata keragupan cereal masih teguh dan kekal.

Dari ice-cream,yogurt,susu segar dan jus buah.Semuanya enak,untuk dicurahkan ke dalam mangkuk sarapan bersama cereal Post.Macam aku,aku lagi suka.Untuk makan cereal Post,bersama jus buah di waktu pagi.Ataupun digaul dengan ice-cream,dan dimakan pula pada waktu petang panas~Yay,memang satu keasyikan.Dengan makan hidangan sebegini sahaja,sudah pun lebih dari mencukupi.Untuk aku benar-benar rasa kenyang,selama sehari suntuk.Jadi kepada anda di luar sana.Yang selalu rasa binggung,untuk mencari juadah bersarapan.Tuangkan saja cereal Post ke dalam mangkuk.Jelas...jenama ini,tidak akan sekalipun mengecewakan.











Untuk Informasi Lanjut > Postcereals

“Post Great Grains”

  1. Blogger l.u.q Says:

    wah..cereal addict ni..hahha..sedap memang sedap..tapi harga die mahal skit kan bro..sbb import kot..hahaha..tapi bile baca entry bro ni..wat terasa nak g giant skang gak..hahaha...ok2...cube try makan ngan oats ataw nestum..sedappp~hahah n menyihatkan

  2. Blogger MORIBAYU Says:

    l.u.q~mahal sikit lah.Tapi memang puas hati.Dalam 12-13 ringgit sekotak.

    Ini tips dia.Jika u beli cereal post.U tambahkan saja dengan oats.Masukan semua,ke dalam satu bekas.Jadi taklah cereal post u,cepat habis.