<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Lorong

Sedar tak sedar.Sudah hampir 10 tahun,aku telah jatuh cinta kepada lorong ini. Setiap kali melaluinya,aku akan terasa seperti berada di dunia lain.Di sini,alamnya amat sunyi tanpa litasan bunyi.Lihatlah,permukaan tarnya..masih kekal bersih dan elok terjaga.Ada waktu dan ketika,akan kedegaran~Suara si anak kecil bermain seorang.Atau,gema-gema batuk di peluk uzur,dari para penghuni-penghuni tua.Bersama alunan dentingan punyi pintu terkuak.Kelihatan seekor kucing,melintasi bumbung kayu.Indah memang indah.Setiap sisi ruang,bagaikan gulungan filem yang tak berhenti berputar-putar.Udaranya pula berpadu dengan wangian bau setanggi.Bersulam haruman bunga-bunga,dari pasu yang meretak.Di sini,aku jumpa rasa aman dan selamat.Satu perasaan terasing,yang berjaya melontar aku jauh dari hiruk pikuk kota.Aku rasa selamat.Bila berada di bawah bayangan bangunan lorong ini.Aku tak dikenali.Aku tak dicari.Aku bukan sapa-sapa untuk di persoalkan.Di sini,aku seolah-olah baru dilahirkan.Mereka memandang aku,dengan penuh minat.Apabila 2 kehidupan mahu bertemu,mulut mula rajin menguntum senyum.Rasa prejudis pun gugur dari kandungan fikiran.Dan aku pula,merakam-rakam dengan penuh rasa tamak.Segala sisi dan rupa kehidupan mereka.Seolah bayi yang baru mengenal kehidupan.Aku belajar.Aku perhatikan~Masa silam,seolah-olah amat terbeku di sini.Detik saat,bagaikan tak pula mahu wujud.Atau pun pernah bersorak melalui.Walaupun,aku tak pernah pun tahu...apakah nama lorong ini.Itu bukanlah satu perkara yang terlalu penting,untuk difikirkan.Kerna yang nyata~'Aku sudah pun jatuh Cinta'

“Lorong”

  1. Anonymous Andre Says:

    sudah jatuh cinta?
    seronoknya..

    mana capture ni?

  2. Blogger MORIBAYU Says:

    Andre-Me jatuh cinta pada apa sahaja.
    Asalkan bukan manusia.

    :-)

    Owh,ini kat melaka.
    if u pergi satu hari nanti.
    Carilah...

  3. Blogger Amna Shark Says:

    gambaran yang lengkap.. sehingga saya rasa bagai berada di sana..

  4. Blogger MORIBAYU Says:

    Cik Amna-Terima kasih.

    :-)

    Ada waktu dan kelapangan.
    Pergilah berdiri di lorong ini.
    Rasa dan faham,apa yg telah me lalui.

    ok